CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Degup Ramadan 2018 Lihat artikel

"Dah Macam Pakai Baju Raya Ja" - Netizen Teruja Bintang Spiderman Berbaju Melayu

18-5-2018 02:41 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 7984| Komen: 13|Original author: Oleh: Azza



Biarpun The Avengers : Infinity War sudah pun tiga minggu ditayangkan dan para penonton sendiri seperti sudah menerima hakikat bahawa hero mereka 'hilang', namun demam hero Marvel ini masih dirasai peminat setianya. Apatah lagi mereka begitu obses dengan apa sahaja yang dilakukan oleh pelakon yang menerajui filem tersebut.

Antara yang comel dan lucu di Twitter ialah post NadiahVerse yang memaparkan gambar bintang Spiderman, Tom Holland memakai sepasang baju berwarna biru. Menariknya baju tersebut kelihatan seperti baju Melayu yang biasa dipakai oleh lelaki Melayu Malaysia. Post tersebut membuatkan dia terasa Tom sangat comel.

Foto : Twitter Nadiahverse

Post tersebut ternyata mendapat perhatian ramai netizen lain. Ada yang mengatakan ia bukan baju melayu kerana nampak tali pinggang. Tetapi, ada juga yang mengatakan ia seperti baju Melayu. Macam-macam mata manusia kan?


Ada pula netizen yang mengusik dengan menyatakan bayangkan Tom memakai persalinan lengkap dengan samping, pastinya nampak segak sekali hingga mencairkan peminat bintang Avengers ini.

Namun, ada saja yang salah faham dengan post Nadiah. Beriya-iya menyatakan ia bukannya baju Melayu, sedangkan ayat asal pun menunjukkan ia kelihatan 'seolah-olah' memakai baju melayu, bukannya betul-betul baju Melayu. Baca betul-betul ya dik!

Paling lucu, bila ada remaja perempuan yang menulis bahawa dia akan memberitahu emaknya untuk bersedia dengan perkahwinan, dek kerana terpikat sangat melihat Tom memakai baju Melayu.


Oh! Sebelum terlupa, ada satu lagi yang membanggakan kita rakyat Malaysia, apabila Tom Holland telah retweet video anak muda Malaysia yang membuat parodi filem Avengers :Infinity War. Ya! Pencapaian yang menakjubkan.


- CARI 
1

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih
3

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pearl.silver 18-5-2018 03:11 PM
X pecah ovary ke
Quote RatuDunia94 18-5-2018 03:12 PM
Pemuda BN ke heols?
Quote mdhelmi 18-5-2018 03:16 PM
terujanya saya
Quote besarkecik 18-5-2018 03:19 PM
Hati aku membuak buak nak melontar batu kerikil dekat vagina pompuan pompuan ni!!!!
Quote grizz 18-5-2018 03:36 PM

xpecah pon..hancor bekecai je..
Quote salmon-suki 18-5-2018 08:33 PM
Parents budak2 ni tgk xde rasa malu ke especially y komen menggeletis menggelenyar tu?
Quote Sazida 18-5-2018 09:06 PM
best ke twidderrrr ni
Quote munchkin 18-5-2018 11:12 PM
Ah ah macam baju melayu
Quote Themilo 19-5-2018 01:50 PM
ini la budak yang berlakon cerita tsunami kat thailand dulu tu kan? dah besar, rembes plak iols  
Quote chinta89 20-5-2018 12:29 PM
takde komen pecah ovari kali ni?
Quote precious_chicas 21-5-2018 04:07 AM
heleh....nak cakap ovari terasa nak pecah la tu.
Quote Fafaa 22-5-2018 07:31 AM
adik tom ni dlu ada tahi lalat maneh kt dagu kan?  sejak jd spiderman makin naik saham. sangat down to earth budak ni
Quote annehuda 22-5-2018 07:43 AM
aku rasa ni mcm baju tido yg satu suit tu.

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 04:28 PM GMT+8 , Processed in 0.105772 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top