CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Degup Ramadan 2018 Lihat artikel

"Dahlah Mahal, Baju Balut Aurat, Kesian Mangsa Fesyen"- Diana Amir

21-5-2018 04:52 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 26467| Komen: 145|Original author: Oleh: Azza


Persiapan raya Aidifitri seakan menjadi pesta bagi sesetengah umat Islam yang ghairah mahu menyambutnya. Maklumlah setelah sebulan berpuasa Ramadan, jadi ini dijadikan rutin mahu serba baru termasuklah baju raya.

Tapi, sejak dua menjak ini, ramai yang menyatakan harga baju raya berganda-ganda mahalnya berbanding raya tahun lepas. Jika dulu harga baju raya siap boleh dibeli dengan harga kurang RM200, kini kualiti yang sama tetapi dengan harga RM400. Wow! Mahalnya.

Inilah yang disuarakan oleh Diana Amir dalam post di Instagramnya. Harga RM400 bagi sepasang baju kurung atau kebaya dianggap biasa sekarang. Mungkin jika kualitinya bagus tiada masalah pun tetapi ramai pula butik yang meletakkan harga sama sedangkan hasil jahitannya entah apa-apa.



Foto : Ig Diana Amir

Ia disokong oleh netizen yang turut menyatakan lebih baik, bajet RM400 tersebut disalurkan pada persiapan raya yang lebih penting.

Lagipula tak semua baju yang mahal dan mahal itu menepati citarasa mereka. Ada yang tidak menutup aurat dengan betul.
Memandangkan Diana sendiri sedang berbadan dua, jadi proses pencarian baju raya yang cantik tetapi menutup aurat dengan sempurna agak sukar untuk direalisasikan. Justeru, Diana meminta para pengikutnya mencadangkan butik yang sesuai kepadanya. Maka, ramailah yang menyenaraikan butik yang dirasakan sesuai. 

Dengan tanda pagar #masihmencaribajuraya, #sukabajucantiktapitakbanyakchoice dan #inimasalahbesar, ternyata ia adalah cabaran buat muslimah yang masih belum mendapatkan baju pilihan. Namun begitu, dengan cadangan netizen pasti ada baju yang sesuai untuk Diana Amir dan muslimah yang lain.

Lagi satu, kalau Diana Amir yang berstatus selebriti pun merasakan harga baju raya yang cantik sikit pun, harga terus ke langit, ini kan pula kita yang biasa-biasa sahaja. Moga para pereka dan butik tempatan mampu memikirkan solusi yang tepat untuk masalah ini. - CARI 
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rogayahtop 21-5-2018 05:09 PM
pakai je apa yg nak dipakai nork. manusia ni dah pakai macam meja makan pun tetap akan membawang. nak ketat nak sarung nangka nak berjubah manik. pedulikan je mulut manusia neraka.  lagipun kalau yg kat ig tu ramainya duk zon ulu banat.  belum lg yg mengumpat kain org rupanya jual kain beli kodi kat masjid india jual.online.
Quote alieyrina 21-5-2018 05:21 PM
Btul jugak sbb aku baru p butik cari baju kurung..saja2 lah nk tgk sbb dh ada sepasang..

Kt butik tu design biasa..kain jenis panas..semua baju situ kalau aku pakai balik kg  raya sohih mgelupor panas..set2 utk org duk dlm ekon 24jam ok la..pastu jenis lace renda kerawang dr hujg pala sampai hujg kaki..cmna korg pakai ekk..kalau tesangkut bucu2 tajam..kes naya ..kut tesangkut tali henbag ka
Quote tomaz 21-5-2018 05:57 PM
Baju raya tp mcm baju nak bertunang. Den nak berayo bukan nak bertunang di hari raya. Bosan jgk baju ropol2 kembang semangkuk bagai. Less is more acik designer

Quote AmandaRollins 21-5-2018 06:10 PM
Sukanya tgk diana amir ni..salah seorang pelakon fav sy..blakon pun xkayu,unlike pelakon zmn skg..semua batu bata
Quote doubleA 21-5-2018 06:11 PM
Ikut kemampuan & level melaram di hari raya iols kedekut rasa nak keluarkan duit sampai 400 hanya utk sepasang baju raya. Iols pilih sederhana
Quote wana89 21-5-2018 06:28 PM
Tahun lepas ada sepasang baju wana xpakai.. So tahun ni pakai baju tu jah..
Quote munchkin 21-5-2018 07:52 PM
biaq pilah
Quote lilac85 21-5-2018 07:52 PM
Mahei la baju
Quote Knowlee 21-5-2018 07:57 PM
I pakai baju kurung pakai gi kerja je. Abis citer. Takde sapa kisah pun.
Quote Peliktapibusuk 21-5-2018 07:58 PM
Banyak je yg jual elok2 sopan, dia yg buat susah nk cari ceh
Quote Aduradura 21-5-2018 08:03 PM
iolls penah la pg pkns shah alam, ingat murah2 la khenn...sekali baju raya yg simple je pun  RM429...kau rase...choi
Quote Orix 21-5-2018 08:33 PM
Nama pun berniaga dekkk.... kau nak merempan pasal apa... kalau baju tu mahal takyah la beli... bukan mati pun ko tak dpt pakai baju mahal2 tu... nak lg senang dan murah jahit sendiri... lain la ko merempan harga makanan mahal ke kemudahan awam mcm tiket bas bagai tu mahal ke mmg patut lah...

Kau pn, bertudung, bertutup sikit terus buat buku Islamik... choi

Patut la isele tak maju.. semuanya nak kebajikan, bantuan, derma, murah semuanya serba serbi..
Quote HannahMontana 21-5-2018 08:55 PM
suami dia yg sanggup berhenti  berkerja dmei nak jual tudung bersama dia di KL sana .


Suami ikut bontot isteri .
Quote monsterwife 21-5-2018 08:59 PM
Akak pakai kurung cotton je dik.tahun sblm tu beli ctcreation.kualiti hauk.thn ni tak kuasa nak beli baru...pkai yg last year jelah
Quote miu84 21-5-2018 09:00 PM
Meols sentiasa tempah sahaja. Kain boleh pilih, pakai pun sedap (takde tersenteng, terlabuh, terketat bagai hoiiii menyusahkan). Design baju kurung biasa jah chuols. Supaya boleh pakai utk tahun tahun mendatang hauk sangat rega baju sekarang ni.
Quote Joannalee 21-5-2018 09:58 PM
KLu ada duit y not,
Quote chazey 21-5-2018 09:59 PM
wana89 replied at 21-5-2018 06:28 PM
Tahun lepas ada sepasang baju wana xpakai.. So tahun ni pakai baju tu jah..

Aiol pon. Tapi ai dah tak minat baju tu. Ai banyak baju baru bertahun2 belom dipakai.
Quote barfi 21-5-2018 10:03 PM
Baju ashannas pun mahal. Rm299 sepasang. Patutnya rm199 je.. overpriced la..
Quote amyza 21-5-2018 10:05 PM
Ye,design yg cantik2 rm300 keatas. Yg biasa rm150 camtu. Ikut kemampuan lah. Nak beli murah tunggu lepas raya kot.

Lihat semua komen(145)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 07:45 PM GMT+8 , Processed in 0.077152 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top