CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Degup Ramadan 2018 Lihat artikel

Nak Beraya Bak Superhero? Tudung Fareeda Tampil Idea Luar Kotak

23-5-2018 12:14 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 9444| Komen: 56|Original author: Oleh: Azza


Di kala pengeluar busana dan tudung sibuk mengeluarkan variasi tudung dengan renda, konsep warna dan sebagainya di bulan Ramadan, Fareeda yang terkenal dengan tudung sarungnya pula muncul dengan kolaborasi bersama DC Comics Super Heroes. Wow! idea di luar kotak sungguh.


Tiga Superhero dipilih untuk menghiasi bahagian atas hijab iaitu Batman, Superman dan Wonder Woman. Loga ketiga adiwira pujaan ramai itu dihiasi dengan batu jemeki yang menyerlahkan lagi penampilan pemakai.

Foto : IG Fareeda Group


Malahan di laman instagram pemilik Fareeda, Mawar Karin sendiri, beliau memadankan imej anaknya memakai sut 'Supergirl' dan di sebelahnya tudung Superman. Nampak comel kan?


Ada yang tidak sabar-sabar untuk memiliki koleksi ini nampaknya?

Malahan, ada yang bergurau mahu meminta hero Badang sebagai pengganti. Namun, ada juga yang menyatakan ia kreativiti yang tidak bertempat.


Ada juga netizen yang tidak mahu membeli tudung ini walaupun dahulunya dia adalah pembeli tegar.




Walau apapun, kita tunggu dan lihat, mungkin raya nanti ramai pula yang menggayakan tudung dengan sentuhan Marvel Dc Comics ini. - CARI 
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Orix 23-5-2018 12:15 PM
Wah. Peridah akan bayar royalti kah utk dptkan logo2 tu ?
Quote Victorioussss 23-5-2018 12:21 PM
Betul ke under license dari DC Comics?
Mohon DC boys tnya fb DC pls

Inb4 im a marvel guys
Quote beeeee 23-5-2018 12:23 PM
cer citer nak kemana tu pakai tudom gini?
Quote mizruncing 23-5-2018 12:37 PM
ade ke yg nk beli ?? macam makin merepek je design fareeda ni
Quote lumie 23-5-2018 12:42 PM
Ok je i rasa.. Definately not for Raya... Tp boleh pakai g annual dinner tema superhero.. Hehe
Quote Cikkebom 23-5-2018 12:56 PM
Adoii..makin merepek lak tudung diorg ni. Ada ke org nak beli ni..
Quote grizz 23-5-2018 12:57 PM
nape nmpk cm buruk je dimate iolls..
Quote nisako 23-5-2018 12:59 PM
hmmmm x cantik la...…. ade logo le pulak fesyen skrg
Quote chinta89 23-5-2018 01:00 PM
maka acik2 pun pegi beli kat pasar malam je...dah ade keluaran blm?
Quote alieyrina 23-5-2018 01:28 PM
Mesti lqki dia punya idea ni
Quote cairel_azlie 23-5-2018 01:49 PM
tak kena saan ker?
Quote fushimi 23-5-2018 01:51 PM
tudung ko dah tak laku dah
Quote lucky_peace 23-5-2018 01:53 PM
fareeda ni dah mmg sendu dah kan, tak fenomena macam dulu dah..
Quote paz 23-5-2018 02:00 PM
kat atas kepala ye area logo tu. hahahaha
Quote mieymiey 23-5-2018 02:10 PM
Hauknya kat dahi tetiba ada logo macamtu
Quote drivethru 23-5-2018 02:14 PM
Xde ke buat gimik orang beratur pakai costum superhero nak beli tudung haprak superpuki.
Quote krustykrab 23-5-2018 02:16 PM
sama huduh mcm tudung duck yg ada gambo bangunan2 tu
Quote AmandaRollins 23-5-2018 02:17 PM
Siyes la mawar???
Hodoh la
Quote mohdcrow 23-5-2018 02:18 PM
dc kureng la kak...baik buat marvel...ramai peminat

Lihat semua komen(56)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 01:03 AM GMT+8 , Processed in 0.273341 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top