CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Yang di-Pertuan Agong Perkenan, Tommy Thomas Peguam Negara Baharu

5-6-2018 10:17 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 19154| Komen: 268

Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V berkenan dengan pelantikan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz berkata,  Seri Paduka telah menitahkan perkara itu mengikut Perkara 145 (1) Perlembagaan Persekutuan.


“Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV menyeru semua rakyat Malaysia untuk menerima bahawa pelantikan Peguam Negara Malaysia tidak patut menimbulkan konflik ke atas kaum atau agama, kerana semua rakyat Malaysia harus dilayan dengan adil tanpa mengira bangsa dan agama,” katanya.

Tommy Thomas, Foto: The Star
Harian Metro melaporkan, kenyataan bertarikh 4 Jun itu, Seri Paduka bertitah pelantikan tersebut tetap memelihara hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera serta kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan.


"Setelah mengambil kira pandangan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja tentang pelantikan (i) Peguam Negara Malaysia, (ii) hak Bumiputera serta (iii) peranan Majlis Raja-Raja di bawah Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku juga memperkenan penamatan perkhidmatan Tan Sri Mohamad Apandi Ali sebagai Peguam Negara oleh kerajaan Malaysia."

Menurut Wan Dahlan, Yang di-Pertuan Agong berasa dukacita dan bimbang dengan laporan media yang bersifat negatif dan tidak tepat kebelakangan ini kerana ia boleh mengancam keamanan dan keharmonian Malaysia.

“Seri Paduka Baginda menitahkan bahawa Baginda mempunyai kewajipan untuk menegakkan peruntukan-peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan memelihara hak-hak orang Melayu dan Bumiputera serta melindungi agama Islam."

Tommy Thomas menggantikan Mohamad Apandi. -CARI
5

Bagus
1

Marah
3

Terkejut
4

Sedih
7

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (25 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Siti_Mustaqim 5-6-2018 08:07 AM
I'm so depressed over this news..I think I just have to let go..to let go everything, my stance, my belief..and observe how things are working at per current and future.

So much in despair....

Quote Andyscenes 5-6-2018 08:12 AM
See, Agong perkenankan jugak. So sape yg tak berpuas hati sebelum ni boleh bergembira.
Quote mie07 5-6-2018 08:13 AM
apa kaitan 20 Mac 2010 ..xfaham
Quote roy3 5-6-2018 08:15 AM
Daulat tuanku
Quote zidane_ziege 5-6-2018 08:17 AM
Hanya pembangang aje yg dok menggelupur pasal agama dan bangsa..benda dh seal ikat mati dlm perlembagaan kot..tara baca ka?
Quote Burong_Hantuk 5-6-2018 08:21 AM
moga sumuanya dalam keadaan yang baik & terkawal
Quote Aliaskotonggo 5-6-2018 08:22 AM
TM = 2    Sultan = 0
Quote SWORKS27 5-6-2018 08:23 AM
selagi kita ada YDPA, usah risau pasal agama Islam dan Melayu...
kita masyarakat majmuk..
boleh ketepikan dah sentimen perkauman..

walaupun tau thomas ni sblm ni pernah buat keputusan kontrovesi..tak bermakna dia akan terus mengulangi kesilapan dia..dia pun sblm ni peguam yang cari makan dengan kes2 tertentu..
dan sekarang, dia mendapat mandat terbesar dari Kerajaan dan dibawah naungan YDPA.mesti dia akan buat terbaik lagi baik dari sebelum2 ni..
yang penting...dakwa penyangak duit secepat2 mungkin..
tangkap habis semua jerung2 besar yg bebas selama ni..
jangan kasi muka.
Quote OmJualGas 5-6-2018 08:23 AM
Abisla itu bijan kena cukup2 nanti
Quote SWORKS27 5-6-2018 08:24 AM
aku pun cuba berfikir secara positif walopun pada awalnya menentang pelantikan thomas tapi apakan daya...
Tuanku dah membuat keputusan.
Quote kucen_miang 5-6-2018 08:26 AM
dah takda lagi mulayu yg layak..pakaton sudah menang.
Quote Siti_Mustaqim 5-6-2018 08:26 AM
Edited by Siti_Mustaqim at 5-6-2018 08:31 AM

Hmmm..rasa sebak ....mcm rasa betrayed dengan current leaders as well as previous leaders..malays in particular. Rasa macam dah tak nak dah ambil tahu...
segala tindak tanduk pemimpin merobek robek hati sebilangan rakyat..

sungguh sungguh menangis ni..aku yang tak pernah amik tahu hal politik kecuali kes Anwar..berapa kali air mata ni tumpah. Terima kasih pemimpin ku..terima kasih...terima kasih atas wayang dunia yang kau semua dah buat.

Tindakan kamu semua sgt terkesan di hati rakyat marhaen. Siapalah kami...
Quote Suchi 5-6-2018 08:28 AM
Kat malaysia ni pun kebanyakkan peguam2 yg hebat pun mmg byk dtg dr kalangan org india kan ke iols terlepas pandang ade loyer melayu muslim yg tak kurang tandingnya.
Quote ra5101 5-6-2018 08:30 AM
Ingat lagi tak Augustine Paul sebagai hakim kes liwat Anwar. Dia bukan melayu.
Quote haruslah 5-6-2018 08:32 AM
baru la puak2 tu puji YDPA kannnn

kalau x mesti menyalak x hingat
Quote MarryPottet 5-6-2018 08:34 AM
janji najib tumbang
#sistolongratibjer
#tobbywannabe
Quote ra5101 5-6-2018 08:36 AM
Thomas pernah menjadi peguam untuk kes2 berprofil tinggi.  Ada sesapa boleh senaraikan kes yang dia menang.
Quote gujiwa 5-6-2018 08:36 AM
diperkenan pun mesti ada sebab.. di reject pun mesti ada sebab,...
Quote SWORKS27 5-6-2018 08:37 AM
haruslah replied at 5-6-2018 12:32 AM
baru la puak2 tu puji YDPA kannnn

kalau x mesti menyalak x hingat

angkut tetap angkut...jubake puak2 tuh...

Lihat semua komen(268)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 10:17 PM GMT+8 , Processed in 0.111365 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top