CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Australia Hantar Pulang Sirul Azhar Dalam Tempoh Sebulan

8-6-2018 05:25 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 10107| Komen: 71

Sirul Azhar Umar dijangka akan pulang ke tanah air dalam tempoh sebulan.

Laporan akhbar Britain menyatakan pihak berkuasa Australia telah meluluskan permohonan Malaysia untuk mengekstradisi pesalah tersebut.


The Guardian melaporkan pegawai polis yang disabitkan dan dijatuhi hukuman mati atas pertuduhan membunuh Altantuya Shaariibuu, akan meninggalkan Australia selepas Malaysia bersetuju untk menampung kos kepulangannya.

Sebelum ini Australia menolak ekstradisi Sirul kerana ia melanggar undang-undang negara yang tidak menghantar pulang seseorang yang berdepan dengan hukuman mati.

Foto: Freemalaysiatoday
Walau bagaimanapun pihak berkuasa Malaysia memberi jaminan Sirul akan menerima layanan yang adil apabila pulang ke tanah air.


Sirul juga bersedia untuk membantu kerajaan baharu dengan mendedahkan kisah sebenar jika diberikan pengampunan penuh daripada Yang di-Pertuan Agong.

Sirul juga tidak berpuas hati kerana semasa perbicaraan, saksi utama tidak dipanggil.

Pada 23 Ogos 2013, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan sebulat suara telah melepas dan membebaskan Sirul Azhar (tertuduh kedua) dan bekas anggota unit selam tempur UTK, Azilah Hadri (tertuduh pertama) selepas berpuas hati bahawa tidak selamat untuk mengekalkan sabitan dan hukuman gantung yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 9 April 2009.

Pada 2015, Sirul melarikan diri dari Malaysia dan kini berada dalam tahanan di Brisbane, Australia.

Pada 16 Mei lalu, Presiden Mongolia, Khaltmaagiin Battulga dalam satu perutusan kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meminta supaya membantu menegakkan keadilan dalam kes Altantuya.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyarankan supaya Sirul dibawa pulang ke Malaysia untuk perbicaraan semula. -CARI
14

Bagus
8

Marah
16

Terkejut
21

Sedih
11

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (84 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote laksmanabentan 8-6-2018 11:31 AM
Agak2 mamat ni sempat balik ke Malaysia ker?
Belum sempat balik Malaysia, tetiba kena tembak ker... kena bunuh ker...
perhhh...
Quote Maideen. 8-6-2018 11:48 AM
Baguslah jika berita ini bener. Ianya menunjukkan kepercayaan Australia terhadap Attorney General yang baru (yakni mereka tahu AG baru ini ada integrity punya orang).

Orang yang biasa dengan cara AG's Chamber berkerja semua takajut apabila Razak Baginda punya acquittal dulu tidak di rayu oleh Pendakwaraya dan mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena.

Jika berita ini bener, semoga kebeneran akan timbul.

Wallahualam.
Quote zaziot 8-6-2018 11:48 AM
akhirnyeeee...yessss
Quote mjla 8-6-2018 11:50 AM
Ha ha ha
Crita bersiri tul kisah Jibun
Selagi tak sangkut
Quote netto_ 8-6-2018 11:51 AM
Seronoknya mkn pop corn selori smpai thn dpn ni.
Quote noradaniez 8-6-2018 11:53 AM
Razak baginda tu ada lg ke kat malaysia?
Quote Denco 8-6-2018 11:59 AM
oiii x sabonya nk tunggu kes ni dibuka semula..

razak baginda, najib razak...siap sedia laaaa
Quote haryatie 8-6-2018 12:02 PM
semakin menarik nii...
x sabo nak tunggu ending nya apa yg sebenar benar nya..
Quote laksmanabentan 8-6-2018 12:04 PM
Razik Baginda tu da duduk London kan...
boleh ler pulak dia tenang2 kat sana..

boleh ler dia siap2 packing beg balik mesia lepas raya ni ya Razak Baginda...
Quote akakdendeng 8-6-2018 12:06 PM
taksabar nak tunggu
Quote naina 8-6-2018 12:10 PM
Semua yg terlibat ada kaitan dgn najib kan
Rupanya dua orang pengawal.peribadi najib eh..
Tuya plak setiausaha sulit kan..
Hai laaa najib.
Quote SLAManya 8-6-2018 12:10 PM
i masih kabur lagi
macam mana sirul ni boleh lari eh?
Quote SWORKS27 8-6-2018 12:11 PM
jeng..jenggg....bongkar lagiiii...
Quote carly_lah 8-6-2018 12:12 PM
dia ada peluang lagi x utk larikan diri sebelum dihantar pulang?
Quote Maideen. 8-6-2018 12:13 PM
Baru dua minit yang lalu di sidang medianya YAB Tun Mahathir semasa menjawab soalan wartawan mengatakan "Sirul will not come back because he will be hanged if he comes back."

Dan begitu jugaklah fahaman Maideen bahawa Australia tidak akan menghantar pulang Sirul jika dia akan menghadapi hukuman gantung.
Quote OsHiN_hOnEy 8-6-2018 12:23 PM
Maideen. replied at 8-6-2018 12:13 PM
Baru dua minit yang lalu di sidang medianya YAB Tun Mahathir semasa menjawab soalan wartawan mengata ...

yup because australia will never extradite to country with capital punishment, but berita ni dah berleluasa deen. maybe ada sesapa dah bagi guarantee that he won't be hanged? jgn sirul bunuh diri sudah sebelum di hantar pulang, he is not looking forward to life behind bars
Quote Arry 8-6-2018 12:49 PM
Edited by Arry at 8-6-2018 12:52 PM

yg iolss tau, RB ada diMalaysia masa election hari tu... pastu dua tiga hari lepas election nak cabut balik London... dah naik flight katanya... kene escort turun dari katerbang... itulah cerita yg iolss dengar dari gossip kelas atasan ye... bukan dari makcik bawang dan pakcik bawang
Quote OrenTheReturn 8-6-2018 01:02 PM
Nanti kjaan PH nak abolish hukuman mati. Maybe ramai yg dijatuhkan hukuman gantung selamat dr hukuman ni.
Quote Maideen. 8-6-2018 01:04 PM
OsHiN_hOnEy replied at 8-6-2018 12:23 PM
yup because australia will never extradite to country with capital punishment, but berita ni dah b ...

Did someone tell - or rather gave a guarantee to - Australia  that the King will pardon him and he will therefore, not be hanged? (Btw, did you know that the correct past tense for hang is hung tapi lawyers tak tahu tu? Prrrrrrrrrrpffftght )

Ntahlah Shin......kita tunggu dan lihat.

Some facts yang Shin mungkin nak tahu juga ialah Wong Kian Kheong adalah classmate isteri Razak Baginda di Universiti. Wong telah graduate dengan 1st Class Honours dan memang seorang  brilliant lawyer. Yang Arif  Dato Wong Kian Kheong sekarang adalah seorang hakim di Mahkamah Tenggi.

Semasa isteri Razak, Mazlinda (pernah menjadi majistret) meminta Wong Kian Kheong mewakili Razak, Wong adalah seorang rakan kongsi di firma tetuan Lee & Hishamuddin. "Hishamuddin" di situ adalah Hishamuddin bekas mentri pertahanan kita. Pendapatan Wong di firma Lee & Hishamuddin sangat sangat lah lumayan tetapi beliau telah keluar dari firma itu (disyaki diatas sebab rakan kongsi lain tidak mahu dia terlibat dalam kes political) untuk menolong Mazlinda.

Wallahualam.

Lihat semua komen(71)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 08:12 PM GMT+8 , Processed in 0.152631 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top