Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menggesa kerajaan menangguhkan dahulu projek kereta nasional baharu, sebaliknya meneruskan projek pengangkutan awam seperti Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) dan Tren Aliran Massa 3 (MRT3).
Menerusi laman Facebooknya, Najib menyifatkan projek kereta nasional baharu dan pelaksanaan semula langkah perlindungan hanya akan membebankan rakyat dengan kenaikan harga kereta dan kos pembiayaan. Loading FB Post...
"Ketika saya menjadi Perdana Menteri, saya mengutamakan pengurangan harga kereta dengan mengurangkan cukai dan memperkenalkan insentif, serta memperluaskan projek pengangkutan awam. "Hasilnya, harga kereta kini lebih murah berbanding ketika saya mula-mula menjawat jawatan berkenaan, manakala penggunaan pengangkutan awam pula meningkat. "Dalam jangka masa panjang, langkah memperbetulkan masalah legasi lalu ini akan menguntungkan rakyat dengan nilai ratusan bilion Ringgit di samping menawarkan pengangkutan alternatif yang lebih cekap, kos efektif serta kurang kesesakan dan pencemaran. "Janganlah batalkan projek berkenaan hanya kerana saya yang melaksanakannya dan kembali kepada projek lama atas sebab maruah yang hanya akan membebankan rakyat," tulisnya. Memetik BH Online, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini memutuskan membatalkan projek MRT3, manakala pembatalan HSR tertakluk kepada perbincangan dengan Singapura kerana implikasi kewangan yang tinggi. - CARI
|
11
Bagus |
7
Marah |
6
Terkejut |
13
Sedih |
15
Lawak |
9
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
fly_in_d_sky replied at 11-6-2018 04:02 PM
buat kereta ni tak murah .. lama
kalau kata MRT, HSR dan ECRL tu ada kroni .. siasat tapi jangan k ...
Bedah.Cun replied at 12-6-2018 12:37 PM
Ai agree dengan statement neh. Scrutinize perjanjian buat pengangkutan awam tue dan jangan quit te ...
mjla replied at 12-6-2018 12:33 PM
Madey baru cadang
Ko dah melalak
Tak cukup ke berbilion duit ko sapu
Maideen. replied at 12-6-2018 12:36 PM
Bila kleptokrat yang dibenci rakyat berkata kata.....Prrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrpffftght
Apa apa p ...
ninja9 replied at 12-6-2018 02:33 PM
najib bercakap walau ada point tetapi masyarakat bukan nak dengar pun apa dia cakap skrng. Hanya p ...
ADVERTISEMENT