CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

Ucapan Selamat Hari Jadi Izzue Islam Untuk Isteri Buat Netizen Tersentuh

21-6-2018 12:09 PM| Diterbitkan: Cari-suzy| Dilihat: 10682| Komen: 33|Original author: Oleh: Suzy



Bahagianya apabila memiliki pasangan yang sanggup bersama di saat susah dan senang serta mengenali kita sejak dari awal perkenalan dan membawa sehingga ke alam perkahwinan. 

Jarang kita melihat perhubungan yang berlandaskan pengorbanan sehingga mengikat tali perkahwinan. Kisah cinta Izzue Islam dan isterinya adalah salah satu kisah yang menarik perhatian kerana ianya bermula saat Izzue masih belum terkenal.


Foto: Ig Izzue Islam


Biarpun mendapat pelbagai reaksi saat mengumumkan perkahwinan dengan wanita yang mesra disapa Awin Nurin itu, Izzue dan Awin tidak lagi memandang ke belakang dan terus saling menyokong. 

Maka, sempena dengan ulang tahun kelahiran isterinya baru-baru ini, Izzue telah memuat naik sebuah video berserta kapsyen yang meluahkan rasa cinta yang tidak berbelah bagi kepada isterinya.



Ucapannya yang sederhana tetapi penuh makna itu mendapat perhatian netizen. Video dengan jumlah tontonan hampir setengah juta itu menjadi tular kerana aksi mesra dipamerkan keduanya. Ini membuktikan bahawa fitnah sebelum ini yang menyatakan Awin menggunakan bomoh untuk memiliki Izzue adalah tidak benar sekali. 

Jelas pada wajah mereka kebahagiaan sebagai pasangan suami isteri. Selamat Hari Lahir diucapkan kepada Awin Nurin! Semoga perkahwinan mereka kekal sehingga ke syurga. - CARI
4

Bagus
3

Marah
13

Terkejut
3

Sedih
4

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (29 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bbalik 21-6-2018 12:31 PM
nak kene cari laki rabun waarna gak lah
Quote Rainrein 21-6-2018 12:56 PM
Bini dia ni kalu groom rasanye jadi gak semenggah sikit. Ni x, dari memula kawen sampai laaa ni tara tu je. Xde berubah sikit pun. Tu pasal all bawangs dok mengata.
Quote bambimo 21-6-2018 01:19 PM
agak2 nye kalo la si awin ni xsusah payah bawa izzue dlm industri..smpai la dia keje kantin bancuh air kat syabas....
awin iols pernah jmpa depan2..ok je dia
happy birthday awin...
Quote Suchi 21-6-2018 01:34 PM
Tak phm kenapa org tak abis2 nk pertikaikan dorang laki bini.

Igt cantik kt mata kita sama ke kat mata org lain?
Cara izzue tu pandang bini dia tak sama mcm kita2 pandang bini dia so tolonglah terima ye.
Kita rasa bini dia kalo mekap lawa tp di mata izzue mungkin dia rasa bini dia tak mekap lebih cantik dimata dia. So gasak lah.
Kdg2 ade benda yg kita rasa hodoh pd diri kita tp di mata org lain mende tu menarik bg dia cth ade yg suke ngn perut boroi suami dia. Rasa sedap peluk. Ade suami yg suke ngn pipi tembam bini dia, walopun bini dia rasa hodoh dan gems  tp pd mata laki dia pipi tembam tu comel sonok leh cubit hari2.
kecantikkan tu subjektif dan normal is boring.
Quote saviour_09 21-6-2018 01:51 PM
lor
why bother dgn netizen?
all this bawangs memang hidup memekak kan life orang je
life sendiri huru-hara
Quote bolamata 21-6-2018 02:01 PM
cantik itu subjektif... why la orang malaysia ini typical cantik bagi diaorang putih, gebus, mata buat2 besar... for me, ada la kecantikan awin yang izzue nampak terpaku wow... adik adik bawang jeles tengok awin bole bahagiakan izzue..

Go izzue...puji la sentiasa wife tu sebab dia layak untuk dipuji dan dimanjakan...
Quote fushimi 21-6-2018 02:04 PM
errrmmmmmmmmmmmmmm
Quote umbut 21-6-2018 02:12 PM
Awin buat gigilah, groom sikit.. cam kakak izzue
Quote paz 21-6-2018 02:16 PM
Teruk orang yang mengutuk bini dia ni. Bukan lah selekeh sangat bini dia tu.

Elok lah lagi dari bertepek make-up berkati2 sampai lain jadi rupa.

Banyak betul masa menganalisa rupa orang.
Quote friedfishsoup 21-6-2018 02:26 PM
Pada i, Awin ni lawa jugak. Ok pe Awin ni bukan nya kepam. Kira presentable jugak .
Quote idakamaruddin 21-6-2018 02:30 PM
bambimo replied at 21-6-2018 01:19 PM
agak2 nye kalo la si awin ni xsusah payah bawa izzue dlm industri..smpai la dia keje kantin bancuh a ...

iols pn yakin awin ni sejenis x makan gambar means dlm gamba mcm x elok muka tp kt luar ok je mcm org biasa

cuma biasa la laki ensem gila so netz expect muka bini pn kene la lawa mcm ala2 cite novel


Quote mieymiey 21-6-2018 02:59 PM
Ini membuktikan bahawa fitnah sebelum ini yang menyatakan Awin menggunakan bomoh untuk memiliki Izzue adalah tidak benar sekali.



Amboi
Quote gummygummy 21-6-2018 03:14 PM
untung awin dapat laki cam izue. acik2 tu yang kena doa skli laki dorang tak lari kalo dorang da tak lawo one day. or anak2 dara tu kne doa dpt laki seperti izzue.
Quote lasagnaklcc 21-6-2018 04:35 PM
Bab kemanjaan izzue and awin tu iols rengsa bila tgk.
Quote bukan_ustazah 21-6-2018 05:10 PM
Jehan pun boleh bertukar wajah apatah lagi you awin. Wakeup gurl!
Quote mommymonster82 21-6-2018 05:13 PM
Kenapa mesti nak aturkan hidup org lain? Netizen ni sakit jiwa ke apa?
Apa masalahnya kalau pilih pasangan kurg rupa????
Izzue ni me rasa dia mmg ikhlas sygkan istrri dia..sama macm hafiz rushdi tu..
Sakit jiwa betul manusia2 ni..
Bila life org xikut seperti apa yg dorg percaya..apa yg dorg angankan teruk kena kecam..
Quote de_ikea 21-6-2018 05:21 PM
Biarlah tak lawo bak bidadari, asal membahagiakan. Kalo lawo ensem, tp perangai hauk bikin merana pun apa guna. Netizens mudah nau nau tertipu dengan kecantikan. Wake up world.
Quote mintu 21-6-2018 05:45 PM
janji muka x fake akibat make up tebal sgt..sweet je muka awin ni,  ntah2 bukan sbb muka si awin tu yg izzue pandang,  ntah2 hebat kat katil ke apa... yg asyik nk condemn muka si awin ni je dr dulu, ketahui la bahawa rasa cinta,  kasih dan syg antara suami isteri tu bole dtg dr pelbagai cara. kang awin ni make up dikatanya xsedar diri la apa la..ye la mentang2 izzue tu tasty kan,  ada je yg x kena dgn awin ni
Quote bakingsoda 21-6-2018 07:14 PM
izzue cakap kat meletop raya tiap2 tahun kat rumah bini dulu, raya ke 3 baru balik klate. takde take turn ke ape

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 10:01 PM GMT+8 , Processed in 0.072141 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top