CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Nikah Guna Skype Pun Boleh

21-6-2018 05:37 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2032| Komen: 1

Upacara pernikahan adalah antara momen terindah buat semua insan di dunia ini terutama jika berlaku insiden unik ketika majlis  berlangsung.

Memetik Harian Metro, pernikahan pasangan Mohd Saiful Ridzuan Jasmin, 32, dan Saidah Hafizah Mohd Hanapi, 27, dari Taman Kayu Manis, Seremban ini memang lain dari lain apabila mereka menggunakan aplikasi Skype lima tahun lalu pada 3 Mei 2013.


Foto: Harian Metro

Menurut Mohd Saiful, mereka terpaksa menggunakan kaedah berkenaan kerana isterinya ketika itu masih menyambung pelajaran dalam bidang syariah di Universiti Yarmouk di Jordan.

Katanya, ibu mentuanya terpaksa menukar rancangan di saat akhir dengan mempercepatkan majlis berkenaan dari tarikh yang dipersetujui berikutan masalah kesihatan disebabkan penyakit jantung, kencing manis dan darah tinggi dialami bapa mentuanya.


"Berikutan itu, saya dan isteri yang masih berada di Jordan membuat persiapan sewajarnya termasuk berurusan dengan Jabatan Agama Islam Pahang (MAIP) kerana majlis pernikahan dilangsungkan di FELDA Kota Gelanggi 2, Pahang.

"Saidah tidak dapat pulang ke Pahang kerana akan menduduki peperiksaan akhir tahun selain kos perjalanan yang terlalu tinggi. Adik ipar mencadangkan supaya isteri saya menyaksikan majlis itu secara langsung menggunakan aplikasi Skype dari Jordan.

"Kami kemudian mendapatkan kebenaran MAIP dan Alhamdulillah semua urusan berjalan lancar, termasuk proses pendaftaran pernikahan," katanya.


Foto: Kampus Uols

Difahamkan, jurunikah turut teruja dengan cara majlis berkenaan dilangsungkan kerana ia adalah pengalaman baharu untuknya.

"Majlis itu disaksikan melalui skrin layar besar oleh kira-kira 300 orang tetamu termasuk jiran, ahli keluarga dan saudara mara kedua-dua pihak," katanya.

Malah, rakan-rakan Saidah di Jordan yang menyaksikan sidang video itu turut teruja menyaksikan majlis pernikahan berkenaan.

"Sebaik saja suami selesai melafazkan ijab kabul, semua rakan menyahut dengan berkata 'sah' beramai-ramai," katanya tersenyum.

Saidah dan Mohd Saiful yang kini membuka pusat tahfiz di Taman Kayu Manis dikurniakan tiga cahaya mata berusia antara 11 bulan hingga empat tahun. - CARI
23

Bagus
24

Marah
15

Terkejut
24

Sedih
16

Lawak
23

Bosan

Friends Rank (125 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sarukhan 21-6-2018 06:37 PM
Ada retis malaysia pon nikah pakai video kan? Tak ingat sape.. maya karin ke?

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 12:17 AM GMT+8 , Processed in 0.050525 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top