Pelbagai pihak terus mempersoalkan tindakan Menteri Kewangan Lim Guan Eng menggunakan bahasa Mandarin untuk kenyataan rasmi kerajaan. Terbaru, Harian Metro melaporkan bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin juga menyatakan yang tindakan Guan Eng adalah tidak boleh diterima sama sekali.
Jelas Khairy lagi, Bahasa Melayu sudah ditetapkan sebagai bahasa kebangsaan dalam perlembagaan. Tambah Khairy lagi beliau tidak berniat untuk menghalang penggunaan mana-mana bahasa lain namun Kerajaan Persekutuan sepatutnya menjadi contoh dalam memartabatkan Bahasa Malaysia sebagai bahasa perpaduan negara.
"Jika kenyataan tersebut adalah untuk kegunaan pembaca antarabangsa sekalipun, kenapa tidak kenyataan itu dibuat dalam Bahasa Inggeris sepertimana yang dilakukan Kementerian Kewangan di awal pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan? "Tanpa sebab munasabah dalam menggunakan bahasa Mandarin, kerisauan saya adalah tindakan ini akan terus meniup api kemarahan kepada segmen majoriti di Malaysia yang sudah sedia ada rasa tercabar sejak beberapa minggu ini," tambah Khairy. -CARI
|
15
Bagus |
8
Marah |
9
Terkejut |
8
Sedih |
16
Lawak |
16
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT