CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Banyak Kegunaan Kad Touch 'N Go Yang Ramai Tidak Tahu

11-7-2018 05:52 PM| Diterbitkan: Cari-suzy| Dilihat: 16024| Komen: 51|Original author: Oleh: Suzy


Cuba belek beg duit anda dan lihat berapa keping kad debit, kredit dan kad lain yang anda buat koleksi. Boleh jadi, beg duit anda kembung seperti ikan buntal kerana ’hobi’ mengumpul banyak kad. 

Dalam semua jenis kad itu, pasti terselit kad ini yang wajib dimiliki bagi mereka yang tinggal di kawasan bandar.

Kad Touch N Go ia bukan sahaja memudahkan anda melepasi laluan bertol, malahan ia juga dikatakan sebagai beg duit digital. Macam mana tu? 

Di sini, pengguna Facebook yang menggunakan naman Hafiz Mansor telah berkongsikan bagaimana kad ini berfungsi sebagai e-wallet.


Foto: FB Hafiz Mansor

Menurut Hafiz, kad ini seperti kad keahlian lain yang perlu didaftarkan supaya setiap wang masuk dan keluar direkodkan. Mudah sahaja, hanya daftarkan di laman web Touch N Go. 

Pendaftaran perlu dilakukan supaya apabila berlaku kecurian atau kad anda tercicir semua rekod dapat dikesan daripada data yang disimpan oleh touch N Go. Kelihatan lebih sistematik bukan? 

Jom, ikuti langkah ini untuk mendaftar kad anda dan semak semua data yang berkenaan.


1. Buka laman web Touch N Go. Daftarkan kad anda.





2. Kesemua perincian kad termasuk mykad yang disentuh akan terpapar seperti di bawah.




3. Promosi berkenaan rebat atau diskaun juga akan turut diberitahu dalam akaun ini.



4. Klik pada history, anda akan dapati sejarah perjalanan anda.





Foto: FB Hafiz Mansor

Lihat bagaimana kad ini mengesan setiap pejalanan anda. Cuma daftarkan kad dan setiap laluan yang anda sentuh, kad ini akan direkodkan di dalam sistem. 

Ia memudahkan majikan mengesan setiap tuntutan wang perjalanan yang pekerja lakukan. Jadi, ia akan menyukarkan kaki ponteng untuk membuat tuntuan palsu. Tunggu apa lagi majikan di luar sana, jom daftar kad Touch N Go pekerja anda. - CARI
10

Bagus
8

Marah
8

Terkejut
12

Sedih
10

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (60 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rayray28 11-7-2018 06:19 PM
So nk tau apa lagi kegunaan dia selain di tol or parking? Ni setakat tunjuk cmne nk daftar saje..
Quote GigaMom 11-7-2018 07:51 PM
Tajuk lain isi lain{:nose
Quote ciwi1166 11-7-2018 08:07 PM
aku rasa semua org tau kot pasal daftar2 ni.

mmg dah sedia maklum.
Quote aderaderker 11-7-2018 08:22 PM
rayray28 replied at 11-7-2018 06:19 PM
So nk tau apa lagi kegunaan dia selain di tol or parking? Ni setakat tunjuk cmne nk daftar saje..

Setengah kedai/restoran dah boleh bayar pakai touch n go jugak, takde charge rasanya
Quote Andyscenes 11-7-2018 08:40 PM
Aah, kepada semua ni nasihat aku, kad touch n go wajib digunakan 1 tahun sekali. If tak korg punya kad akan dormant ya. Tahun pertama ada dormant fee rm5 for 2nd year fee rm10, kad korg xleh diactivekan da selepas dormant ye.

Aku menyampah dpt customer tnya kenapa kad dia da dormant, kad belakang kad da tulis kn
Quote hasniey 11-7-2018 09:39 PM
Touch n go juga boleh guna utk shopping kat tesco & watson ye.mall lain ai xsure.mmg btol2 e wallet gitew
Quote noorhairiahma 11-7-2018 09:51 PM
BANYAK KEGUNAAN???

tak cerita pasal BANYAK KEGUNAAN pun?
Quote pearl.silver 11-7-2018 10:30 PM
Kad tng iols dok dlm kereta je
Kad watsons plak tu
Seb baik bila shopping kt watson bole bg no fon je
Quote tipuware 11-7-2018 10:41 PM
Aku cuma nak kasi nasihat padapengguna kad touch n go. Tolong la semak expired date kad. Dab byk kaliaku tgk kat smart tag tertera kad tamat tempoh.  
Quote munchkin 11-7-2018 11:23 PM
Apa kegunaannya? Ntah apa2.
Quote prettyuglybabe 11-7-2018 11:46 PM
kegunaannya adalah untuk track pekerja mengular??
Quote jetonkepoh 12-7-2018 12:16 AM
Hey info macam ni apedehel.... Dasar pemalas nk cari info la. Ni nk bgtau... Kalau sangkut kat lorong touch n g sbb amount dah habis, xyah la nk ngundur2... Ko touch je la guna kat debit or kredit yg ada function paywave tu.... Skrg ni kad baru semua ada function paywave dah. Bukan guna beli time shooping je, time ko masuk lorong touch n go pn ko bole guna guna. Jgn jadi beguk sgt...hanat.
Quote LautBiru52 12-7-2018 06:33 AM
Info semua orang tau.
Quote pinkpunk 12-7-2018 09:13 AM
jetonkepoh replied at 12-7-2018 12:16 AM
Hey info macam ni apedehel.... Dasar pemalas nk cari info la. Ni nk bgtau... Kalau sangkut kat loron ...

baru tau yg ni.. tq kak jeton
Quote rosasen 12-7-2018 10:12 AM
lor..ingatkan kegunaan lain tu mcm kt outlet ke ape...
Quote BebeQ 12-7-2018 12:22 PM
cerita pasal boleh register online, check baki online dan print statement online ni orang tak nak tau sebab takde effect pun dengan untung rugi (selain cerita pasal rebate tu).

cerita la mana2 tempat yang boleh dapat diskaun ke, dapat point ke macam dunkin donut dengan watson tu. baru la wow~
Quote Artemesiaa 12-7-2018 12:38 PM
Info berguna untuk majikan yang tak tahu mengenainya je
Quote alien88 12-7-2018 01:24 PM
bab yg ni iolls dah tau, semua kad touch n go guna utk company, iolls dah register siap2
kalau staff ada guna utk personal iolls dpt detect walaupon lps 48jam baru keluar dkt statement
1 lg, kalau kita register kad ni senang, incase kalau hilang boleh refund balance kad
Quote notsospecial007 12-7-2018 03:07 PM
lollll.. ingatkan ada function lain cthnya mcm mengantikan debit card kee.. yg daftar ni dah tau laa

Lihat semua komen(51)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 08:21 PM GMT+8 , Processed in 0.184046 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top