CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Ramai Tak Tahu! Kad Plusmiles Miliki Rebat, Boleh Ditebus Menjadi Duit

10-8-2018 12:33 PM| Diterbitkan: capiloton| Dilihat: 11709| Komen: 7|Original author: Oleh: Shah Achilles

Kredit foto: FB Page MYPLUSMiles


1. Kad Touch 'n Go adalah salah satu kad yang paling popular yang digunakan oleh rakyat Malaysia setiap hari kerana ia memudahkan transaksi ketika di lebuh raya. Kad ini merupakan keperluan setiap pengguna lebuhraya kerana semua tol di Malaysia menyediakan lorong khas bagi pengguna kad ini.


2. Tetapi tahukah anda bahawa terdapat kad lain yang menawarkan fungsi yang sama tetapi datang dengan faedah lain yang menarik? Kad yang dimaksudkan adalah kad PLUSMiles.


3. Banyak daripada kita telah melihatnya sebelum ini tetapi tidak tahu perbezaannya. Pada dasarnya, ia berfungsi sama seperti kad Touch 'n Go tetapi ia menawarkan pelbagai pilihan dan diskaun kepada pengguna.

Kredit foto: https://blog.maukerja.my


4. Antara faedah yang menarik adalah -  1. 5% rebat tol jika jumlah penggunaan bulanan adalah RM100 atau lebih tinggi. Ini boleh digunakan di lebuh raya PLUS, Elite, BKE dan Linkedua. Untuk menebus diskaun 5%, anda hanya perlu membawa kad PLUSmiles dan Kad Pengenalan anda di kaunter khidmat pelanggan berdekatan. Walau bagaimanapun, rebat ini tidak terpakai di Bukit Kayu Hitam, Bangunan Sultan Iskandar, Tanjung Kupang dan Tol Jambatan Pulau Pinang. Jadi bagaimana jika penggunaan anda tidak melebihi RM100? Jangan bimbang, kad PLUSmiles mempunyai sesuatu untuk anda juga.


5. Point PLUSmiles di berikan secara percuma untuk mereka yang menghabiskan kurang dari RM100 pada tol bulanan. Setiap RM1 yang dibelanjakan untuk lebuh raya PLUS, Elite, BKE dan Linkedua dengan kad Plus Miles bersamaan dengan 1 point PLUSmiles. Apabila anda telah mengumpulkan 1000 point PLUSmiles, anda akan mendapat tambahan RM10 untuk kad anda.


6. Jika anda tertanya-tanya berapa banyak rebat yang ada dalam kad PLUSmiles anda, boleh mendaftar secara online di https://plusmiles.com.my  untuk mendapatkan e-statement untuk penggunaan tol di lebuh raya PLUS.


7. Diskaun sehingga 30% semasa membeli-belah di kedai yang menyertai skim Merchant Outlet PLUSmiles.  Anda hanya perlu menunjukkan kad PLUSmiles anda, atau bayar dengan kad PLUSmiles anda jika kedai itu menerima kad dengan fungsi Touch n'Go.


8. Kad ini boleh digunakan di Sunway Lagoon, Zoo Negara dan juga destinasi pelancongan terkenal yang lain untuk mendapatkan potongan diskaun.


Kredit foto: MalaysiaKini

9. Mengikut laporan MalaysiaKini, terdapat RM51 juta rebat tunai yang tidak di tuntut oleh pengguna. Jadi sila periksa akaun anda segera dan dapatkan rebat tunai tersebut di kaunter PLUS berdekatan.


10. Untuk pengetahuan anda, Point PLUSMiles yang terkumpul akan hangus jika anda tidak tebus dalam tempoh setahun. 


Penulis : Berikut adalah screenshot akaun PLUSmiles penulis. Bagi yang jarang menggunakan lebuhraya PLUS, sebulan hanya guna sekali dua, ok lah juga dapat rebat dari tiada langsung. 


Kredit foto: plusmiles.com.my

1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote minahmanja 10-8-2018 12:47 PM
mohon sistem online tngo ni diugrade... sakit ati nengok.. kad yg dh berthn deactivate tk boleh delete dlm sistem.. kalau ade 50 kad, 50 kad la still ade kat situ...
Quote rynehanekoma 10-8-2018 01:08 PM
Tau..selalu claim..untungg...
Quote LautBiru52 10-8-2018 10:13 PM
Rebat tu kena claim setiap bulan ke setahun sekali? Pernah dengar pasal rebat ni tp tak tau dekat mana & cara nak claim. Good info
Quote sinalegna 10-8-2018 11:10 PM
Buat la auto.. renyah la nak claim rebate bagai
Quote Foxey 11-8-2018 11:58 AM
Haa... Tak tau pun ada rebate nih. Rugilah fox selama  ni rupanya. Thanks for the info.
Quote Orix 11-8-2018 02:41 PM
sinalegna replied at 10-8-2018 11:10 PM
Buat la auto.. renyah la nak claim rebate bagai

Kannnnnnnnnnnn
Quote shahreen 8-10-2018 01:40 PM
Alaaa mex duke dan lain2 tak boleh. Bagi la semua konsesi masuk boleh iols claim huhu

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 12:10 AM GMT+8 , Processed in 0.082727 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.