Tiada siapa dalam dunia ini yang minta dilahirkan dalam keluarga yang susah. Setiap orang mengimpikan kehidupan yang selesa dan cukup dari segi pakaian dan makanan. Kadang kala, kesusahan yang dialami bukan kerana malas berusaha tetapi kudrat yang semakin lemah dan keperluan hidup melebihi pendapatan yang tidak seberapa. Tetapi, setiap orang wajib berusaha demi meneruskan kehidupan. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Seorang pengguna Facebook bernama Asma Binti Harun telah memuat naik kisah sebuah keluarga yang hidup susah sehinggakan terpaksa meminta air masak untuk diminum daripada jirannya. Wanita itu juga memuat naik beberapa keping gambar dan perbualan dengan jirannya melalui aplikasi whatsapp ketika meminta agar keluarga tersebut dibantu.
Jujurnya, ramai netizen yang sedih dengan situasi yang menimpa keluarga tersebut. Disaat mereka cukup makan dan pakai, ada keluarga yang terpaksa menahan lapar serta membuang rasa malu hanya untuk meminta air masak daripada jiran bagi menghilangkan dahaga. Netizen masing-masing mendoakan agar keluarga ini dimurahkan rezeki dan dipermudahkan perjalanan hidup mereka. Rata-rata netizen meninggalkan komen agar wanita ini memberikan maklumat tentang keluarga malang itu bagi memudahkan mereka menyalurkan sumbangan. Sikap netizen yang suka membantu dan memahami kesusahan orang lain wajar dipuji. Syukur, hasil daripada bantuan netizen yang memberikan sumbangan, akhirnya keluarga tersebut berjaya menjelaskan tunggakan sewa rumah yang mereka diami serta kunci air sudah dibuka. Bersyukurlah jika kalian diberikan kehidupan yang selesa dan cukup dari segi keperluan hidup kerana ada insan lain hidup dalam serba kekurangan. Jika ada rezeki lebih, janganlah kedekut untuk memberi sumbangan kepada mereka yang memerlukan. - CARI |
12
Bagus |
13
Marah |
11
Terkejut |
24
Sedih |
21
Lawak |
16
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
prettyuglybabe replied at 31-7-2018 02:02 PM
mak bapak budak ni sakit apa sampai dua-dua tak boleh kerja?
awanearisu replied at 31-7-2018 04:08 PM
Kalau dah betulkan motor, buat sementara waktu bolehlah mendaftar sebagai penghantar barangan dengan ...
LuLu^Lost replied at 31-7-2018 04:54 PM
baru tengok website goget. sama mcm grab la kan? tadi mencari juga, tak pula cerita services tu co ...
nuryakmal replied at 31-7-2018 03:31 PM
pelik.... bangla indon myanmar takde spm boleh hidup keja kat malaysia. hantar beratus balik kg, dat ...
ADVERTISEMENT