Sebelum ini tular tentang beberapa jenama sardin dalam tin yang dikatakan mengandungi cacing. Ramai yang sudah tidak membeli dan memboikot terus sardin-sardin yang dijual di pasaran. Sudah pasti ramai yang geli melihat cacing-cacing yang ada di dalam tin sardin dan langsung tidak berselera untuk memakannya lebih-lebih lagi risau akan menjejaskan kesihatan badan. Bagaimanapun, sama ada ia benar atau tidak, seorang pengguna twitter ini telah memuat naik status tentang sosej yang dikatakan mengandungi cacing. Dia sendiri terkejut dan keliru dengan apa yang dilihatnya setelah sosej yang dibelah dua itu mempunyai urat-urat seperti cacing. Ada netizen menyuruh wanita ini melaporkan perkara tersebut kepada syarikat pengeluar sosej itu dan wanita ini sudah berbuat demikian. Tetapi ada netizen yang menegurnya kerana terlalu gelabah dan terburu-buru menaikkan status tersebut di twitter tanpa menunggu respon daripada pihak syarikat. Sudah pasti, ramai yang suka makan sosej dan ada netizen yang membeli sosej jenama yang sama dan risau sekiranya mereka turut menemui cacing di dalam sosej. Apa-apa pun, banyak sosej yang sudah selamat masuk ke perut. Ramai yang turut fobia untuk memakan sosej lagi selepas ini. Ada netizen yang pernah bekerja di kilang membuat sosej dan mendedahkan cara pemprosesan makanan itu serta keadaan di kilang. Katanya, cacing adalah perkara biasa yang dijumpai semasa proses membuat sosej. Ada juga netizen yang tidak percaya dan cuba bersangka baik dan merasakan itu bukanlah cacing tetapi isi ayam yang tidak hancur semasa diproses menjadi sosej. Jika ragu-ragu, baik tinggalkan sahaja makanan tersebut. Banyak lagi pilihan makanan yang ada. Kalau rajin, cuba la buat sosej sendiri. Kan banyak resipi yang di kongsi di media sosial. Lagi bersih dan selamat. Betul tak? - CARI |
22
Bagus |
31
Marah |
18
Terkejut |
18
Sedih |
20
Lawak |
26
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
pearl.silver: Baru nampak adik i bli ada dlm peti ais..kihkihTp i ragu2 betul dgn komen yg ngaku penah keje kilang sosej nuget tuKje kilang cap ayam kah?Brand2 yg e ...
ADVERTISEMENT