CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Bukan 'Sorok' Anak, Tapi Pak Nil Tak Nak Anak Dikecam

3-8-2018 10:07 AM| Diterbitkan: Cari-Amirah| Dilihat: 12731| Komen: 32|Original author: Oleh: Amirah

Kalau dilihat dalam mana-mana media sosial, Aznil Nawawi tidak pernah mendedahkan wajah anak-anaknya untuk tatapan umum. Kenapa agaknya, ya?

Memetik mStar Online, tindakan Aznil atau Pak Nil itu adalah kerana dia benar-benar menghormati privasi anaknya yang tidak gemar berdepan dengan lensa tambahan pula ayahnya merupakan antara individu popular di Malaysia.



Foto: IG Aznil Nawawi

Aznil tidak mahu anak-anaknya dikecam netizen sehingga membuatkan mereka terluka. Memang sukar mengawal tohmahan netizen dan itu adalah cara terbaik untuk tidak mendedahkan keluarga untuk tatapan umum.

"Saya sudah terbiasa dengan komen negatif daripada netizen, tetapi anak-anak belum tentu boleh terima. Faham sajalah sikap segelintir netizen ini yang kadang-kadang perkara kecil pun mereka akan kritik.


"Tambahan pula, mereka sangat privasi orangnya dan saya tidak mahu melukakan hati anak-anak dengan komen netizen sekiranya mereka baca," katanya pada Mstar Online.



Terbaru, Aznil dilantik menjadi duta Festival Kanak-Kanak Lola Baba dan anak bongsunya, Firdaus Hariz turut terlibat sebagai Presiden Kelab Kanak-Kanak Lola Baba.

Dia sendiri tiada niat untuk menyembunyikan anak-anaknya, namun itu adalah permintaan mereka untuk tidak berdepan dengan sesiapa. Aznil dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Fildza Haifa, 28, Fariq Haizen, 24 dan Firdaus Hariz, 10 tahun.

"Selama ini, jika ada pihak media yang ingin membuat sesi fotografi saya bersama anak-anak, saya tak pernah tolak tetapi anak-anak yang tidak mahu.

"Sebagai bapa, saya hormati keputusan mereka yang tidak mahu menonjolkan diri dalam bidang yang saya ceburi.

"Kebiasaannya, jika ada tawaran saya akan bertanya mereka terlebih dahulu sama ada mereka setuju atau tidak dan kebiasaannya mereka akan menolak," ujarnya.



Anak bongsunya itu seorang yang periang, banyak bercakap dan mempunyai kecenderungan dalam bidang seni tambahan pula dia suka berfesyen.

"Berbeza dengan abang dan kakaknya. Firdaus suka kepada bidang seni, malah seorang yang banyak bercakap dan periang!

"Dia berani kehadapan dan suka berada di atas pentas untuk menyatakan pandangannya.



"Apabila dia dilantik sebagai presiden Kelab Kanak-Kanak Lola Baba, saya tahu dia boleh melakukannya kerana dia memang berani dan suka memimpin," katanya.

Kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Mesti anak bongsu Aznil ini bakal mewarisi sikapnya. Tengok gaya pun sudah tahu! - CARI
35

Bagus
25

Marah
24

Terkejut
37

Sedih
57

Lawak
26

Bosan

Friends Rank (204 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LostStar 3-8-2018 10:29 AM
anaknya dah 10 tahun yang bongsu tu.. dalam masa tu pon tak pernah nampak bini dia.. anehnya.. ke terlepas cerita 8-9 tahun dulu dia bercerai?
Quote dealova04 3-8-2018 10:34 AM
LostStar replied at 3-8-2018 10:29 AM
anaknya dah 10 tahun yang bongsu tu.. dalam masa tu pon tak pernah nampak bini dia.. anehnya.. ke te ...

rs dh lama bercerai . dan anak dia dua org je ms tu . ntah bila dia ada anak kecik lg eh
Quote obses_budak 3-8-2018 11:05 AM
LostStar: anaknya dah 10 tahun yang bongsu tu.. dalam masa tu pon tak pernah nampak bini dia.. anehnya.. ke terlepas cerita 8-9 tahun dulu dia bercerai?


Dia becrai lama dah ad blas tahun kot... Rasanya ank dia bongsu dh besar hbis sekolah agknya...
Quote prettyuglybabe 3-8-2018 11:06 AM
no 3 tu anak angkat ke?
rasanya dulu anak dia 2 je..
Quote whadda 3-8-2018 11:07 AM
dealova04 replied at 3-8-2018 10:34 AM
rs dh lama bercerai . dan anak dia dua org je ms tu . ntah bila dia ada anak kecik lg eh

haah la.. yang aku ingat memang dah lama bercerai dan ada anak 2.. time aku sekolah menengah dulu pon dia dah bercerai.. dah berbelas tahun pon aku tinggalkan sekolah.. bile mase pulak dia kawen dapat anak ni.. ke anak angkat
Quote siti_kus 3-8-2018 11:14 AM
anak angkat la tu.
Quote iloveyou 3-8-2018 11:21 AM
rasa anak last ni anak angkat dia.
Quote LostStar 3-8-2018 11:29 AM
dealova04 replied at 3-8-2018 10:34 AM
rs dh lama bercerai . dan anak dia dua org je ms tu . ntah bila dia ada anak kecik lg eh

suke timbulkan ke musykilan ea..
Quote LostStar 3-8-2018 11:31 AM
obses_budak replied at 3-8-2018 11:05 AM
Dia becrai lama dah ad blas tahun kot... Rasanya ank dia bongsu dh besar hbis sekolah agknya...

anak bongsu dia last dlu tgk sekolah menengah.. dpt psm semua a xsilap.. anaknya berbadan besar gitu.. tu jek seingatnya..
Quote cmf_blingblings 3-8-2018 03:02 PM
Tu lah tak pernah tahupun pak Nil nikah lain. Anak angkat tapi muka ada iras anak lelaki dia dulu Rizky
Quote mixed 3-8-2018 03:50 PM
whadda replied at 3-8-2018 11:07 AM
haah la.. yang aku ingat memang dah lama bercerai dan ada anak 2.. time aku sekolah menengah dulu  ...

yg bongsu anak angkat je
anak2 pak nil 2 org badan gem sikit
ada npk kt ig retis lain post pic deols


Quote AyaqMeloSuam 5-8-2018 10:17 AM
Bila ada ank bongsu pulek? Musyikil2
Quote pavlovachoc 5-8-2018 11:20 AM
anak angkat kan yg 10 tahun tu .. ank pak nil 2 je
Quote wikedsaikel 5-8-2018 11:33 AM
mixed replied at 3-8-2018 03:50 PM
yg bongsu anak angkat je
anak2 pak nil 2 org badan gem sikit
ada npk kt ig retis lain post pic d ...

Gems ke? Aiyooo. Mak pak kurus sangat sangat.
Quote nyra 5-8-2018 11:44 AM
biarlah..itu anak die.
Quote tikusmontok 5-8-2018 12:39 PM
LostStar replied at 3-8-2018 10:29 AM
anaknya dah 10 tahun yang bongsu tu.. dalam masa tu pon tak pernah nampak bini dia.. anehnya.. ke te ...

anak angkat kan..
Quote mixed 5-8-2018 12:56 PM
wikedsaikel replied at 5-8-2018 11:33 AM
Gems ke? Aiyooo. Mak pak kurus sangat sangat.

yup mmg gems byk kali npk kt igs org lain
pak nil mmgmg jarang post pic anak nya. dia bgtau anak2 yg x bagi
Quote yuhuu 5-8-2018 01:11 PM
LostStar replied at 3-8-2018 10:29 AM
anaknya dah 10 tahun yang bongsu tu.. dalam masa tu pon tak pernah nampak bini dia.. anehnya.. ke te ...

Yang 10 tahun tu anak heols ka atau anak angkat? Rasanya heols dah lama dah bercerai, lebih 10 tahun dah kot.
Quote mixed 5-8-2018 01:43 PM
yuhuu replied at 5-8-2018 01:11 PM
Yang 10 tahun tu anak heols ka atau anak angkat? Rasanya heols dah lama dah bercerai, lebih 10 tah ...

anak angkat je

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-10-2024 01:26 PM GMT+8 , Processed in 0.088014 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top