CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wan Azizah Nafi 'Suara' Anwar, Mahathir Tak Campur Urusan PKR

3-8-2018 10:45 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3635| Komen: 17

“Itu memang tidak betul. Itu bukan dia. Tak. Sah, itu bukan (suara) suami saya."

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bertegas menafikan beberapa klip audio tular yang mirip suara suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim. 



Foto: IG Dr Wan Azizah

Memetik Astro AWANI, Presiden PKR itu turut mengesahkan bahawa Anwar yang sudah mendengar klip audio berkenaan turut menafikannya. 

Dr Wan Azizah berkata demikian kepada pemberita selepas hadir Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan di Parlimen, semalam. 

Menerusi audio berkenaan, kedengaran suara mirip Ketua Umum PKR itu kononnya mengakui meminta Rafizi Ramli mencabar Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.




Azmin, bagaimanapun mendakwa tidak tahu menahu mengenai perkara itu. 

“Tak dengar, tak tengok, tak tahu,” katanya.

Klip itu turut mempersoalkan pelantikan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pengerusi Khazanah Nasional Bhd yang baru selain mengutuk keras hubungan baik antara beliau dan Azmin.



Bagaimanapun, Dr Mahathir menegaskan beliau tidak mencampuri urusan PKR, sekaligus menolak dakwaan berkomplot dengan Azmin untuk menjatuhkan Anwar.

"Pernahkah anda melihat yang bercakap buruk tentang Anwar atau Azmin atau orang lain? Ini parti mereka. Saya tak campur tangan," katanya. - CARI
27

Bagus
28

Marah
19

Terkejut
37

Sedih
41

Lawak
17

Bosan

Friends Rank (169 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote fox. 3-8-2018 10:48 AM
Mana audio tu?kakak belum mendengarnay lagi
Quote samasam90 3-8-2018 12:19 PM
i pun belum dengar
Quote Cicisweets 3-8-2018 01:07 PM
Edited by Cicisweets at 3-8-2018 01:09 PM

Mmg suara Anwar pun,agak agak nak menipu popcorn popcorn
Quote melnanzz 3-8-2018 06:17 PM
Bila dengar, memang suara macam Anwar Ibrahim. Suara DSAI memang unik dan ada stailnya sendiri. Kalau dengar memang boleh cam itu suara DSAI. Walau bagaimanapun, ada je impersonator yang handal2 juga. Yang saya nak komen, kualiti rakaman suara tu sangat baik, seolah ianya memang direkod dengan terang (menggunakan mikrofon). Sekiranya rakaman itu dibuat dalam keadaan tersembunyi, sudah tentu kualiti rakaman nya agak lemah.

Quote missbelladania 3-8-2018 07:56 PM
audio jelas sangat tp rasa mcm bukan

sbb certain2 word tu ditekan2 sgt mcm fake bunyiknya

dengar sendiri & nilaikan
Quote zidane_ziege 3-8-2018 08:00 PM
Yang sekatil dgn nuart pun menafikan..

Atau cacai penah sekatil dgn nuart jugak?
Quote jcopy 3-8-2018 08:02 PM
liwat nafi, china doll nafi, video nafi, audio nafi

baik tukar je nama laki kau jadi ku nafi ku brahim



Quote harisbee 3-8-2018 08:18 PM
Ingat audio mengerang
Quote jalfa 3-8-2018 08:21 PM
yg mengerang ade video dah
Quote sekngucing 3-8-2018 09:43 PM
tak serupa anwar pun.. terlalu dibuat buat
Quote lazim 3-8-2018 09:50 PM
Tak rasa mcm anwar. Lain je... nmpk mcm nk buat bg bunyi anwar sgt
Quote zamzam 3-8-2018 10:35 PM
aku dengar mmg suara anwar.

tp boleh suruh husam musa bawak pi london untuk sahkan bersama2 audio suara nik abduh.
Quote highcastle 3-8-2018 10:54 PM
Pencacai sini kata yang tu bukan suara Nik Abduh, pencacai sana kata ini bukan suara Anwar.
Quote shamsadis 3-8-2018 11:44 PM
dah bertahun aku follow Anwar, ya...suara tersebut mirip kepada Anwar tapi korang bagilah video HDMI 720p sekalipun, diaorang tak kan gaku
Quote rogayahtop 5-8-2018 04:41 AM
ala nork anggap je la uols dgn syafiq kyle tu sama je amir pakai voice changer pun boleh tertipu.

zaman deep fake ni team AV kena la bekerja lebih keras nak produce hasil kerja yg realistik walaupun tak authentic psl certain elements tak boleh direplicate macam pemilihan vocabulary, all the pauses, all the nuances in the language. Tak cukup research kut team AV ni. Bayar je mahal.  Buat la yg mmg easily replicable mcm pakar ekonomi si Maslan tu dulu.  
Quote zorrro_03 5-8-2018 09:24 AM
Mungkin bukan rakaman suara DSAI. Tapi orang suruhan DSAI yang buat tu.  Ia adalah permulaan perang sebenar dalam PKR dan PH khususnya.

Tungguuuuuu

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 03:16 AM GMT+8 , Processed in 0.036918 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top