CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Misteri & Sejarah Lihat artikel

Peperangan Mu'Tah (Islamic History)

10-9-2013 03:15 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6182| Komen: 11


PENDAHULUAN

Perang Mu`tah berlaku pada bulan Jamadil Awwal tahun 8H bersamaan bulan Ogos atau September 629M. Mu`tah ialah ssebuah kampong yang terletak di daerah Balqa` yang berada di dalam negeri Syam. Negeri Syam ialah jajahan takluk empayar Rom yang ketika itu diperintah oleh Maharaja atau Kaisar Hercules.


Kaisar Hercules sebelum ini pernah mendapat risalah daripada Rasululullah SAW untuk memeluk Islam akan tetapi baginda menolak kerana lebih menyayangi kekuasaannya.

Hercules takut kuasanya sebagai maharaja jatuh kerana memeluk Islam walaupun mengetahui kebenaran Islam. Perang ini merupakan pertembungan pertama tentera Islam dengan tentera Rom. Ianya juga merupakan pertembungan kali pertama tentera Islam di luar negeri Hijaz (kini dikenali sebagai Arab Saudi).



PUNCA BERLAKU PEPERANGAN MU'TAH


Rasulullah SAW telah menghantar seorang utusan iaitu Al-Harith bin Umar Al-Uzdi kepada pembesar di Busra, Syam. Gabenor daerah Banu Balqa` iaitu Syurahbil bin Umar Al-Ghassani telah menangkap utusan Rasulullah SAW dan diserahkan kepada Kaisar Rom. Utusan Rasulullah SAW kemudiannya dibunuh dengan cara lehernya dipancung.


Tindakan membunuh utusan tindakan tersebut merupakan suatu jenayah dan seakan-akan pengisytiharan perang terhadap kaum Muslimin. Oleh itu, baginda Rasulullah SAW telah mengerahkan tentera Islam untuk memerangi kezaliman Kaisar Rom.



KEKUATAN UMAT ISLAM

- Bilangan Tentera :
3000 orang

- Pemimpin :
Zaid bin Harithah
Jaafar bin Abi Talib
Abdullah bin Rawahah
Khalid bin Al-Walid
Qutbah bin Qutadah Al-Uzri
Ubadah bin Malik Al-Ansari


- Persenjataan :
Kurang Kelengkapan


- Kematian :
12 orang tentera


KEKUATAN MUSUH ISLAM

- Bilangan Tentera :
-100 000 tentera Rom
-100 000 tentera kabilah Arab di Syam iaitu Lakham, Juzman, Balqin, Bahra`a dan Bila


- Pemimpin :
Syurahbil bin Umar Al-Ghassani (Panglima Rom)

- Kelengkapan :
Serba lengkap


- Kematian :
Tidak dapat dikenalpasti






1. Utusan Rasulullah SAW ke negeri Syam iaitu Al-Harith bin Umar Al-Uzdi telah dibunuh oleh Kaisar Rom
setelah ditangkap oleh Gabenor Bani Balqa`, Syurahbil bin Umar Al-Ghassani.


2. Rasulullah SAW mengerahkan kekuatan terbesar tentera Islam sejak Perang Ahzab seramai 3000 tentera
untuk berdepan dengan tentera Rom. Zaid bin Harithah, anak angkat baginda menjadi panglima perang.


2. Baginda berpesan Jaafar bin Abi Talib akan menggantikan Zaid bin Harithah jika beliau syahid. Abdullah
bin Rawahah akan menggantikan Jaafar bin Abi Talib jika beliau syahid.


3. Tentera Islam bergerak sehingga ke utara Hijaz dan singgah sebentar di Maan sebuah daerah Syam
selama 2 hari.


4. Hasil perisikan tentera Islam mendapati bahawa tentera Rom sudah berada di Maab, daerah Balqa`.


5. Kekuatan mereka dianggarkan seramai 200 000 orang. Tentera Islam mula bermesyuarat untuk mengatur strategi.


6. Cadangan untuk menunggu bantuan daripada Madinah ditolak Abdullah bin Rawahah. Beliau mencadangkan supaya tentera Islam terus mara ke barisan hadapan. Pilihannya sama ada menang dengan kemuliaan atau mati syahid. Cadangan beliau dipersetujui semua orang.

7. Tentera Islam mara ke Balqa` dan bertembung dengan segerombolan tentera Rom di Masyarif. Tenteramusuh cuba mendekati tentera Islam. Tentera Islam seterusnya menuju ke kawasan yang dikenali sebagai Mu`tah.


8. Strategi disusun. Sayap kanan tentera Islam dipimpin oleh Qutbah bin Qutadah Al-Uzri dan sayap kiri dipimpin oleh Ubadah bin Malik Al-Ansari.


9. Perang pun berlaku dengan sengit. 3000 tentera Islam merempuh 200 000 tentera Rom dengan keazaman jihad yang tinggi dan bercita-cita untuk mati syahid di jalan Allah.


10. Zaid bin Harithah yang memegang panji perang Islam syahid terkena tikaman musuh. Jaafar bin Abi Talib
menggantikan beliau.


11. Jaafar bin Abi Talib turun dari kudanya lalu membunuh kudanya untuk mengelakkan gangguan kerana rasa berat berpegang dengan kudanya. Beliau memegang panji menggantikan Zaid bin Harithah.


12. Jaafar bin Abi Talib setelah syahid terputus kedua belah tangannya. Badan beliau terdapat kesan lebih 50 tikaman pedang dari sebelah hadapan. Riwayat Ibnu Umar menyatakan 90.

13. Abdullah bin Rawahah yang menggantikan beliau juga syahid.

14. Thabit bin Arqam, seorang tentera Islam dari Banu Ijlan memegang panji Islam sambil melaungkan seseorang perlu dipilih untuk memegangnya.


15. Khalid bin Al-Walid telah dipilih oleh tentera Islam untuk menjadi panglima. Perang terus berkecamuk.


16. Perang berhenti seketika buat hari tersebut. Khalid bin Al-Walid menyusun semula strategi baru. Beliau merasakan bahawa tentera Islam yang sangat kekurangan dari segi kuantiti tentera agak sukar untuk mengalahkan tentera Rom. Oleh itu, beliau merancang untuk membuat tipu helah bagi memperdayakan musuh.


17. Keesokan harinya, selepas Subuh beliau mengarahkan barisan hadapan ke belakang dan belakang ke hadapan. Barisan ke kiri ke kanan dan barisan kanan ke kiri.


18. Tentera Rom merasa ketakutan kerana menyangka bantuan telah tiba kepada tentera Islam. Semasa pertempuran berlangsung tentera Islam berundur perlahan-lahan ke barisan belakang.


19. Tentera Rom tidak memburu tentera Islam sebaliknya berundur kerana menyangka tentera Islam telah menyediakan perangkap di padang pasir. Oleh itu, tentera Islam berjaya berundur dengan selamat dan menewaskan tentera Rom.

20. 12 tentera Islam syahid sementara korban tentera Rom tidak diketahui tetapi dianggarkan tinggi.


21. Tentera Islam pulang ke Madinah. Kedengaran suara-suara yang mengkritik bahawa kepulangan mereka sebagai suatu tanda kekalahan. Rasulullah SAW berkata bahawa mereka bukanlah orang yang lari akan tetapi mereka akan menyerang semula dengan izin Allah.


sayangila ISLAM.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote -electrifying- 27-8-2013 09:42 AM
mulia disisi Allah.
Quote ska_n_dal 27-8-2013 05:27 PM
kagum dengar kisah keberanian pahlawan dulu2
Quote tinbeskut 28-8-2013 10:51 AM
Antara sejarah yang menarik untuk dibaca..sedikit tambahan tt,.. contohnya ketika Abdullah Ibnu Rawahah menggantikan Jaafar Bin Abi Talib, dia tengah makan roti dan roti tersebut tidak sempat dihabiskannya. Begitu juga Khalid Ibnu Walid menceritakan ketika peperangan dia telah menggunakan sehingga 7 bilah pedang (sesetengah riwayat mengatakan 9 bilah pedang) semuanya habis tidak bersisa kecuali pedang dari Parsi. Dan ada hadith, Rasulullah melihat Zaid, Jaafar dan Abdullah duduk di atas singgahsana di syurga dan singgahsana Abdullah sedikit senget kerana hatinya berbelah bahagi ketika berperang.
Quote unekspekted_XII 28-8-2013 11:04 AM
Pada Abu Sulaym ni ade satu mukjizat Nabi.. tande kenabian...

Bile Nabi dengar Abu Sulaym patah 9 pedang.. dia digelar "Pedang Allah".. sejak tu dia jadik 'kebal'.. leading hundred battles... berpuluh-puluh ribu orang kapir nak bunuh dia = sebab hanye nak membuktikan yang dorang boleh patahkan "Pedang Allah"... so, Nabi boleh laa dorang katekan penipu kalau Abu Sulaym mati...

Tapi.. dah janji Allah.. rezeki, jodoh dan maut tu dia sorang yg tentukan.. Abu Sulaym mati sakit.. bukan mati kene bunuh.

Khususan Ila Arwahi... Al-Fatihah!



Quote Yustan 29-8-2013 02:54 PM
Jika dilihat pd rekod peperangan, khalid al-walid layak diiktiraf sbg panglima perang terunggul sepanjang zaman......'the undefeated'......dia jugalah yg memimpin kafir quraisy ketika perang uhud dlm melakukan counter attack yg mengakibatkn kekalahan umat islam.....beliau dianugerahkn Allah mengatasi keupayaan alexander the great dan genghis khan..........cuma org putih je xnak iktiraf kehebatan para sahabat.....ramai lg yg tak kurang hebatnya.......amru al as penakluk mesir dan abu ubaidah al-jarrah yg menggantikan khalid al walid sbg supreme commander.....
Quote Yustan 29-8-2013 05:10 PM
muawiyah abi sufyan dan anaknya yazid juga tergolong antara panglima perang terkemuka umat islam
Quote SulurBidar 14-9-2013 04:16 PM
Golongan Barat mengiktiraf strategi perang Khalid al-Walid...
Quote leenaz 15-9-2013 09:45 AM
perang ni ke yang Khalid -Al-Walid dilucutkan jawatan sebab xnak orang Islam kata menang sebab Khalid yg pimpin bukan sebab Allah S.W.T

tapi lepas tu dia diangkat pula lepas tiada lagi panglima perang yang hidup lepas semua yang perang syahid
Quote miss_myvi 15-9-2013 10:25 AM
gud info...
Quote darthery 23-10-2013 05:18 PM
leenaz posted on 15-9-2013 09:45 AM
perang ni ke yang Khalid -Al-Walid dilucutkan jawatan sebab xnak orang Islam kata menang sebab Khali ...

Bukan... perang tu selepas Kewafatan Nabi Muhammad S.A.W. Perang tu zaman Saidina Umar R.A. jadi Khalifah.

Quote sayapghaib 23-10-2013 08:53 PM
Perang ini turut disentuh dalam Ayat Alquran dalam surah Al aadiyat. yg mana maksud permulaan ayatnya berbunyi  "demi kuda perang yg berlari kencang.dimana hentakkan tapaknya mengeluarkan api.yang menyerbu dikala subuh.sehingga menerbangkan debu debu.Lalu menyerbu ketengah tengah kumpulan musuh."
      Khalid Al Walid adalah seorang strategian.Penunggang Kuda yg sangat mahir.pakar bertarung pedang.Beliau tidak kebal namun tidak pernah kalah.Ada pendapat yg menyatakan beliau tidak tewas kerana doa dari Rasulullah dan juga gelaran khas yg diberi Rasulullah kpdnya iaitu Saifullah yg membawa makna Pedang Allah.Mana mungkin pedang Allah dpt ditumpaskan.

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 07:14 AM GMT+8 , Processed in 0.036310 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top