CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

LGBT Kelantan Diberi Amaran Keras!

16-8-2018 10:42 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3910| Komen: 22

“Tidak pasti sama ada negeri lain mempunyai undang-undang begini, namun di Kelantan, kita ada peruntukan yang jelas melarang sesiapa yang berpakaian atau berlagak seperti pondan di tempat awam dan mereka boleh didenda dan dipenjara."


Memetik Harian Metro, Kelantan komited memerangi golongan lelaki berkelakuan seperti wanita atau pondan di negeri itu.

Datuk Daud Muhammad selaku Ketua Hakim Syarienya menegaskan, pihaknya akan mengenakan tindakan terhadap golongan berkenaan termasuk pihak luar yang berkunjung ke Kelantan untuk 'memondan'.


Gambar Hiasan

Menurut beliau, Seksyen 7 Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan 1985 memperuntukkan denda sehingga RM1,000 atau penjara sekurang-kurangnya enam bulan atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.


“Terpulang kepada mereka (lelaki itu) jika mereka ingin kelihatan seperti perempuan di rumah tetapi jangan di tempat awam. Ia adalah satu kesalahan serius,” katanya.

Daud percaya, pergaulan bebas dan kurang perhatian daripada ibu bapa sejak kecil antara faktor kewujudan golongan pondan di negeri itu.

“Ketika saya berkhidmat sebagai Ketua Penguat kuasa Agama Negeri pada 1980-an lagi sudah ada kes seperti ini, malah terdapat antara 40 hingga 70 pondan kita kesan.

“Pada zaman itu, kami sentiasa mengadakan dialog dan kaunseling untuk mendidik mereka. Sekarang ini saya percaya bilangan mereka mungkin sudah berkurangan daripada 1980-an,” katanya.

Tambahnya, golongan itu bebas dengan kegiatan mereka berikutan kurangnya operasi membabitkan pihak berkuasa untuk membanteras masalah berkenaan.

“Saya ingin menasihati pihak berkuasa tempatan terutama badan penguat kuasa supaya sentiasa menjalankan operasi dan memberi kaunseling kepada golongan ini,” katanya. - CARI
16

Bagus
19

Marah
29

Terkejut
18

Sedih
28

Lawak
28

Bosan

Friends Rank (138 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dodolgemokgila 16-8-2018 08:44 AM
Sajat dgan sapiey x teringin dtg negeri serombi. Matpet jah penuh sana
Quote Modngengade 16-8-2018 08:46 AM
peringatan buat sis @famri7  dan sis @Changa
Quote zameyla 16-8-2018 08:53 AM
bukan raya lepas sajat dgn safiey beraya kat kelantan ka...dengan bakal mak mertua masing2...
Quote manehnya 16-8-2018 09:24 AM
kelantan

Nsemilan

dah voice out dia punya pendirian..............

penang bila lagi huhuhuhu
Quote manehnya 16-8-2018 09:25 AM
zameyla replied at 16-8-2018 08:53 AM
bukan raya lepas sajat dgn safiey beraya kat kelantan ka...dengan bakal mak mertua masing2...

eh? kan?

len kali jejiran kalu tgk pliss... report cepat
Quote famri7 16-8-2018 09:29 AM
Modngengade replied at 16-8-2018 12:46 AM
peringatan buat sis @famri7  dan sis @Changa

Undang2 ni dah lama sister..yang si kajol kena tahan berapa kali daa xserik2
Quote famri7 16-8-2018 09:30 AM
Haramkan jah raja lawak (tuhan baru kepada umat meleis) di surambi..mereka boleh jah memondan di tiwi sambil.ummah2 sembahyang sembah mereka.
Quote tikusmontok 16-8-2018 09:38 AM
dodolgemokgila replied at 16-8-2018 08:44 AM
Sajat dgan sapiey x teringin dtg negeri serombi. Matpet jah penuh sana

dorang tak boleh la balik kpg
Quote sayang_mulut 16-8-2018 09:46 AM
Kajol pun dari sana kan... rasa lambakan pondan2 maknyah2 mmg banyak dari Kelantan..
Quote clarizsa 16-8-2018 09:47 AM
Eleh
Sembang
Mcmla dorg hadap sgt nk p sana
Tapi aritu sajat selamber je x kena apa pun
Quote Telolet 16-8-2018 09:49 AM
zameyla replied at 16-8-2018 07:53 AM
bukan raya lepas sajat dgn safiey beraya kat kelantan ka...dengan bakal mak mertua masing2...

sajat tu alangkan jakim pun kalah ngan heshe apedehal
Quote kucingitam 16-8-2018 09:55 AM
bf pondan tak kena sebat ke?
Quote chinta89 16-8-2018 10:52 AM
ape eh perasaan mak pak si lelaki bila anak wat blk pasangan pondan? mustahil  xtahu, mesti telinga tu dh tahu cemuhan2 org sekeliling kan. org tua skg kalau x pandai tenet pun, anak2 selalu gak membawang bsama mak ayah cter psl benda2 gini.
Quote fushimi 16-8-2018 10:58 AM
dodolgemokgila replied at 16-8-2018 08:44 AM
Sajat dgan sapiey x teringin dtg negeri serombi. Matpet jah penuh sana

bang jat dah pergi kelantan nagn si yin hari tu aman aman jek
Quote samasam90 16-8-2018 11:30 AM
manehnya replied at 16-8-2018 01:25 AM
eh? kan?

len kali jejiran kalu tgk pliss... report cepat

ambek duit raya dulu baru report
Quote DollahRepek 16-8-2018 11:42 AM
“Terpulang kepada mereka (lelaki itu) jika mereka ingin kelihatan seperti perempuan di rumah tetapi jangan di tempat awam.


Aku rasa kalo org lain yang ckp mcm nie mau ada lagi yang ugut nak buat demo sambil slogan "Hukum agama mana boleh bawak main"
Quote hyie 16-8-2018 11:48 AM
pelapis-pelapis sherita aziz gaytohhhh
Quote minguk 16-8-2018 11:51 AM
habislah baby ziana ii tak dapat balik kampung dah hahahahhaha
Quote fox. 16-8-2018 11:58 AM

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 09:21 AM GMT+8 , Processed in 0.054473 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top