Setelah hampir 20 tahun berlalu, pelakon Colombia, Ana Maria Orozco mengakui masih dibayangi wataknya Betty La Fea yang menjulang namanya sebagai antara pelakon telenovela paling popular pada penghujung tahun 1990an dan awal 2000. Memetik majalah People En Espanol, Ana berkata walaupun melakonkan pelbagai watak sepanjang 20 tahun kerjaya lakonannya, tidak ada yang dapat menandingi impak watak Betty dalam hidupnya. Dalam siri Betty La Fea, wataknya sebagai seorang gadis lugu yang hodoh telah menjadi bualan peminat seluruh dunia sehingga menjadi inspirasi kepada banyak siri baru atau adaptasi antaranya La Fea Mas Bella (Mexico) dan Ugly Betty (Amerika Syarikat). Susulan lakonan mantapnya dalam siri itu Ana menerima anugerah International Female Personality pada tahun 2002 dan Actress of the Year pada tahun 1999. Selepas tamatnya siri itu, Ana memutuskan untuk berhenti berlakon telenovela dan mencuba bakatnya ke layar perak pula tetapi hanya berpeluang untuk berlakon dua filem antaranya El Colombian Dream (2003) dan El Raton Perez (2006). Berasa kecewa, Ana memutuskan untuk berehat sementara kerana tawaran demi tawaran yang diterimanya hanyalah siri telenovela yang membosankannya. Walau bagaimanapun tawaran membintangi siri Killer Women dan watak sampingan dalam Desperate Housewives telah membuka semula hati Ana untuk berlakon siri TV. Sejak tahun 2014, Ana telah membintangi 4 siri telenovela dan yang terbaru adalah siri Simona (2018) di mana beliau memegang watak pembantu. Bagaimanapun hampir semua siri itu tidak meledak seperti Betty La Fea. Baru-baru ini Ana dan para pelakon telenovela tersebut telah mengadakan sebuah mini reunion dengan melakonkan sebuah sketsa pendek berdasarkan siri Betty. Nampaknya kerjaya lakonan Ana Maria Orozco akan terus dibayangi Betty La Fea. -CARI |
34
Bagus |
40
Marah |
31
Terkejut |
27
Sedih |
53
Lawak |
29
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT