CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Remaja Gergaji Kepala Sendiri Selepas Kalah Main Game

5-9-2018 11:18 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4443| Komen: 20

Description: Polis Rusia sedang menyiasat satu dakwaan remaja lelaki memenggal kepalanya sendiri dengan gergaji rantai selepas kalah dalam permainan komputer.
Polis Rusia sedang menyiasat satu dakwaan remaja lelaki memenggal kepalanya sendiri dengan gergaji rantai selepas kalah dalam permainan komputer.

Memetik The Sun, laporan mengatakan Pavel Mateev, 15, dilihat masuk ke laman rumahnya pada pagi Isnin sebelum dia menghidupkan gergaji rantai dan memenggal kepalanya sendiri.



Kematian mangsa disiasat sebagai kes bunuh diri.

Menurut sumber seperti dipetik media tempatan, Mateev dipercayai mengalami ketagihan teruk terhadap permainan komputer yang dibeli ibunya. Namun, tidak dapat dikenal pasti jenis permainan berkenaan.

Rangkaian televisyen NTV melaporkan, remaja dari wilayah Tomsk itu menghabiskan masa hingga berjam-berjam untuk bermain permainan terbabit.


Terdahulu, pihak berkuasa Rusia pernah berdepan sebuah kumpulan yang didakwa menghasut kanak-kanak dan remaja untuk membunuh diri ketika bermain permainan di atas talian.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada kematian Mateev ada kaitan dengan gerakan kumpulan itu.


Kredit foto: The Sun

Sebahagian kumpulan ini menawarkan permainan dikenali sebagai 'Blue Whale' yang didakwa berupaya menghasut mangsa untuk membunuh diri dengan memberi arahan kepada pemain untuk menyelesaikan 50 masalah termasuk mencederakan diri sendiri hingga berakhir dengan bunuh diri.

Lebih membimbangkan, akhbar tempatan sebelum ini mendakwa hampir kesemua 130 mangsa bunuh diri kanak-kanak di Rusia antara November 2015 dan April 2016 merupakan ahli kumpulan permainan di atas talian.

Ketua anti jenayah komputer Alexey Moshkov berkata, pihaknya mengesan 1,339 kumpulan permainan bunuh diri di atas talian pada 2017 dengan jumlah ahli lebih 12,000 pengguna dan lebih 200,000 posting. - CARI
23

Bagus
19

Marah
38

Terkejut
35

Sedih
21

Lawak
32

Bosan

Friends Rank (168 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote matkpop 5-9-2018 11:22 AM
muda lagi dia.
Quote matchstick 5-9-2018 11:23 AM
Ngeri nya cara ko bunuh diri dek.. Telan ubat tdo or terjun sungai je x boleh ke
Quote moonbug 5-9-2018 12:32 PM
First world problems
Quote fox. 5-9-2018 12:36 PM
tertekan sangat. asik kalah kalah dan kalah jah. nah gergaji terus
Quote kucing_gebu 5-9-2018 12:39 PM
matchstick replied at 5-9-2018 11:23 AM
Ngeri nya cara ko bunuh diri dek.. Telan ubat tdo or terjun sungai je x boleh ke

yang ni baru betul berani...ada tu acah2 berdiri atas bangunan...tunggu bomba mai pujuk2 lebih kurang sejam elok je lepas tu ikut bomba turun...
Quote belilies 5-9-2018 12:40 PM
When you failed to teach your child on how to accept failure.
Quote sukacactus 5-9-2018 12:51 PM
Pic tahun bila tu
Xnampak mcm budak 15 tahun pun
Quote woddy 5-9-2018 12:51 PM
kadang tu aku pelik dgn negara luar ni...awat mudah sgt terpengaruh yer...orang malaysia ni siap leh troll kaw2 mcm momo challenge tu...ke depa ni species pembaris besi kena follow ja....
Quote bangcak 5-9-2018 12:52 PM
dah tau nyawa tinggal satu dok penggal kepala watpe??
...game over tross arr
Quote Artemesiaa 5-9-2018 12:57 PM
Bahaya bila parents tak buat pengawasan terhadap anak2 yang main games atas talian sebegitu.  Mereka ni mudah terpengaruh dan tak hairan kalau sampai sebegitu tindakan akhirnya
Quote awanearisu 5-9-2018 01:35 PM
Kejadian-kejadian beginilah yang ditakuti oleh para ibu. Pasti ibunya kebingungan memikirkan di mana silapnya sehingga memungkinkan terjadinya tragedi sebegini.
Quote nishikido 5-9-2018 02:00 PM
Kata umur 15 tapi apahal nampak cam 10tahun je..takda gambar terbaru ke,or memang begini kejadiannya..huhu.

Horror sangat cara ko pilih tuk suicide dekk..I dengar bunyik chainsaw pon dah dubdab lain macam.nak pegang memang idokler..apatah lagi nak sua leher kat rantai tu.omg ngeri dekk
Quote buapakperut 5-9-2018 03:14 PM
ko tak pandai main ke dik. sakit tu gergaji.
Quote minguk 5-9-2018 03:22 PM
sakit hati benar tu sampai bunuh diri
Quote EvieWanKenobi 5-9-2018 03:24 PM
lagi kes bunuh diri disebabkan game..
Quote Foxey 5-9-2018 04:24 PM
kering betul hati budak ni, tak takut langsung penggal kepala sendiri dengan chainsaw. kalah game je dik oiy... there are more to life than games...
Quote dubuk 5-9-2018 11:08 PM
game is king
Quote skullcandy 28-10-2019 07:46 PM
Ya ampun!



Quote hiswife 28-10-2019 08:15 PM
Ngerinya dikkk.. Why la sampai bunuh diri

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 09:52 PM GMT+8 , Processed in 0.305540 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top