CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Mana Boleh Bandingkan Derma Ke Masjid Dengan Tiket Wayang"

4-9-2018 11:57 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 5068| Komen: 23|Original author: Oleh: Azza


Rentetan status PU Amin yang menyatakan kutipan wayang Hantu Kak Limah mengalahkan derma ke masjid mengundang pelbagai pendapat peribadi. Ada yang bersetuju tetapi lebih ramai yang mengkritik PU Amin yang didakwa tidak bijak kerana membandingkan dua hal yang berbeza sekaligus mengatakan seolah-olah Muslim di Malaysia lebih seronok berhibur berbanding beribadah.



Ini membuatkan warga Twitter bengang serta mengecam PU yang berdakwah sentap tetapi tidak memberikan fakta tepat. Netizen, Muhammad Fahmi membalas pandangan PU dengan mengemukakan bukti kutipan di masjid yang sangat mengejutkan.

Kredit foto: Twitter

Foto : Google

Menurut Fahmi, rekod kutipan di Masjid Cyberjaya membuktikan tuduhan PU Amin tidak berasas kerana kutipan derma bulanan di sini mampu menjangkau ratusan ribu ringgit. Jadi, perlu kah menganalisis hanya sebuah masjid di ceruk kampung dengan kutipan tiket wayang di seluruh negara?

Jadi, persoalannya di sini bukanlah jumlah kutipan derma tersebut, tetapi ke manakah peruntukan wang tersebut digunakan. Setakat ini, ramai yang bersetuju bahawa sesetengah masjid sayang untuk menggunakan duit tersebut ke arah perkara berfaedah seperti tuisyen percuma, tempat riadah kanak-kanak dan sebagainya khusus untuk menarik minat lebih ramai orang ke masjid.

Pandangannya mendapat respon berbelah bahagi antara netizen.



Foto : Twitter


Masjid Bandar VS Masjid Kampung?


Apa yang pasti, ramai bersetuju bahawa duit derma tersebut banyak digunakan untuk perkara yang tidak perlu seperti dekorasi masjid yang sebenarnya sudah cantik tetapi tidak mesra pengguna.


Foto : Google

Mengulas mengenai tulisan PU Amin yang sangat sinis itu, ramai netizen berpendapat beliau terlalu menggunakan pendekatan keras yang sebenarnya lebih menjauhkan orang dengan Islam.
Bagi netizen, ustaz muda sekarang berlagak suci dan menganggap mereka yang menonton wayang langsung tiada sumbangan kepada perkembangan agama. Ia juga menggambarkan pemikiran PU yang cuma mengambil kira satu aspek sahaja untuk diperkatakan.



Foto : Google

Mungkin niat PU Amin pada asalnya adalah untuk menggalakkan umat Islam mengimarahkan masjid seperti mana memberi sambutan luar biasa pada filem HKL ini. Namun, niat beserta menunding jari ke arah orang lain inilah yang membuatkan netizen marah. Adalah lebih baik PU menggunakan perkataan yang lebih lembut serta tidak menyalahkan penonton wayang dalam isu ini. Adalah menjadi harapan kita pandangan mengenai agama ini dihormati oleh semua pihak. - CARI 
26

Bagus
29

Marah
10

Terkejut
16

Sedih
21

Lawak
22

Bosan

Friends Rank (124 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote matkpop 4-9-2018 12:08 PM
nak naikkan nama ke
Quote mizruncing 4-9-2018 12:43 PM
nak naik kan nama ke ustaz? so u deserved it ! geram gak dgn ustaz yg over sgt ni. ape bnda la kau nk banding kan mcm tu. selayaknya lah dikecam
Quote sarahmirza 4-9-2018 12:45 PM
Edited by sarahmirza at 4-9-2018 12:47 PM

Memgimarahkan masjid macam mana?
Cukup masa, pintu masjid kena kunci.
Takde apa nak buat kat masjid tu selain dari solat berjemaah, kadang2 ada kelas ngaji (tak semua masjid) & makan2 serta ceramah yang tak berapa menarik atau topik lebih kurang aje...

Cuba la masjid bijak buat kelas memasak, menjahit, buat kelas tuisyen anak2 kariah, sukaneka, hari keusahawanan bla3x..... kena kerap adakan aktiviti kemasyarakatan yang menarik minat golongan muda & remaja.

Ni tak... asyik2 program untuk makcik pakcik pencen.. ceramah agama ulang2 aje.


Quote umbut 4-9-2018 12:51 PM
Aku memang menyampah dgn dia ni.. over
Host yg dgn mat dan tu, over kemain.. mat dan cool je..
Quote chicozinn 4-9-2018 12:59 PM
meluat plak aku tgok banyak nau ostad ostajah retis ni..ni tmbah lagi program daie tah pape cam pertandingan pidato skola je tu kat tv3..
Quote chicozinn 4-9-2018 01:00 PM
sarahmirza replied at 4-9-2018 12:45 PM
Memgimarahkan masjid macam mana?
Cukup masa, pintu masjid kena kunci.
Takde apa nak buat kat masji ...

stuju ngan komen chuollss bab program khas untuk org2 tua je..
Quote fushimi 4-9-2018 01:42 PM
jangan bandingkan nuraka ngan sorga boleh tak

koser sangat nak layan lobai lobai bongok batak pemes
Quote RatuDunia94 4-9-2018 02:08 PM
Noob nya PU Amin ni.. Ko kira berapa byk plak madjid kat Malaysia ni.. Dlm setiap negeri pon dah berapa. Wayang plak mmg byk tp bukan setiap hari/minggu org pergi.

Iols x paham dgn org2 yg suka kaitkan semua perkara dgn agama.
Quote ~boolean 4-9-2018 02:58 PM
sarahmirza replied at 4-9-2018 12:45 PM
Memgimarahkan masjid macam mana?
Cukup masa, pintu masjid kena kunci.
Takde apa nak buat kat masji ...

Entah mana masjid yang kau pergi ni..

Daerah aku punya banyak masjid besar yang buat aktiviti kemasyarakatan untuk semua golongan. Antara nak pergi atau tidak saja.

Mungkin kalau di kampung susah lah sikit, tapi di bandar2 besar banyak pembaharuan...sudah tak sejumud dulu...
Quote ~boolean 4-9-2018 02:59 PM
PU amin memang patut dikecam....dakwah sentap dia kadang kala menunjukkan kebodohan sendiri
Quote Nana_Man 4-9-2018 03:19 PM
Tak semestinya buat sedekah atau derma kat masjid jer. Mesti ade yg buat kat tempat2 lain jgk. Dan bkn semua filem pun dpt untung mcm HKL dan munafik tu.
Quote Nana_Man 4-9-2018 03:28 PM
sarahmirza replied at 4-9-2018 12:45 PM
Memgimarahkan masjid macam mana?
Cukup masa, pintu masjid kena kunci.
Takde apa nak buat kat masji ...

Betul tu sis.. mcm kebanyakkn masjid2 di singapore, lg2 yg dlm kawasan perumahan ada mcm2 aktiviti setiap hari. Contohnye pd hari biase ade kelas tadika untuk kanak2 dan ceramah/kuliah pd siang hari untk sape2 yg bole dtg. Hujung minggu pula kelas agama untk kanak2/dewasa, kelas ngaji. Ade jugak masjid yg adakn program khas untk pembantu rumah yg beragama islam. Maid2 ni bole blajar masak/jahit selain ilmu agama.
Quote Sazida 4-9-2018 03:36 PM
APe ustaz igt org yg g tgk wayang tu tak semayang ka? Tak pernah bg derma kt masjid ka?  
Quote fish_o7 4-9-2018 04:21 PM
Masjid mane yg perlukan 32 juta tuh ...
Quote chinta89 4-9-2018 04:40 PM
ada masjid yg tandasnya luas dan masih baru (masjid lama2 tandas kecik n sempit, byk rosak x baiki2).. tp sedih sb tak upah sape2 ke jaga kebersihan masjid? taik cicak bsepah sana sini. tandas kotor. yg rosak x pyh cter lah...

btmabh plk kurang kesedaran sivik oleh pengguna. sedih.
Quote mdhelmi 4-9-2018 04:49 PM
ala PU je pon
ape yg nk heran
Quote sarahmirza 4-9-2018 05:00 PM
~boolean replied at 4-9-2018 02:58 PM
Entah mana masjid yang kau pergi ni..

Daerah aku punya banyak masjid besar yang buat aktiviti  ...

Daerah mana tu?
Bandar apa?
Kot2 dekat rumah boleh join
Quote sarahmirza 4-9-2018 05:28 PM
Nana_Man replied at 4-9-2018 03:28 PM
Betul tu sis.. mcm kebanyakkn masjid2 di singapore, lg2 yg dlm kawasan perumahan ada mcm2 aktiviti ...

Kan...
Buat masjid tempat orang datang hari2 bukan untuk solat je tapi macam2 tujuan...
Secara tak langsung merapatkan silaturahim dan kerjasama.

Sekarang ni... kalau diri kat parking masjid tak berapa menutup aurat pun dah kena jeling macam kita ahli neraka..
Belum lagi pakcik2 masjid budget ahli syurga yang suka sergah budak2 jangan main di perkarangan masjid biarpun bukan waktu solat..

Belum cerita dlm wassap group lagi..
Bila antar text nak jemput datang jamuan raya ke, apa2 ke.. nnt ada yang sound,  “Ni siapa? Tak pernah nampak pun datang surau?”

Quote Nana_Man 4-9-2018 06:13 PM
sarahmirza replied at 4-9-2018 05:28 PM
Kan...
Buat masjid tempat orang datang hari2 bukan untuk solat je tapi macam2 tujuan...
Secara t ...

I pun perna dgr hal mcm tu.. ade jer yg mcm tu.. mcm budak2 yg dah besar, nakal mcm ner pun tak leh nk sergah2 gitu. Tapi i harap tak semua ahli masjid ni mcm tu.. kecik hati tau kalau baru nk masuk masjid dah kene mcm tu.

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 07:58 AM GMT+8 , Processed in 0.048181 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top