Rentetan status PU Amin yang menyatakan kutipan wayang Hantu Kak Limah mengalahkan derma ke masjid mengundang pelbagai pendapat peribadi. Ada yang bersetuju tetapi lebih ramai yang mengkritik PU Amin yang didakwa tidak bijak kerana membandingkan dua hal yang berbeza sekaligus mengatakan seolah-olah Muslim di Malaysia lebih seronok berhibur berbanding beribadah.
Ini membuatkan warga Twitter bengang serta mengecam PU yang berdakwah sentap tetapi tidak memberikan fakta tepat. Netizen, Muhammad Fahmi membalas pandangan PU dengan mengemukakan bukti kutipan di masjid yang sangat mengejutkan.
Kredit foto: Twitter
Foto : Google
Menurut Fahmi, rekod kutipan di Masjid Cyberjaya membuktikan tuduhan PU Amin tidak berasas kerana kutipan derma bulanan di sini mampu menjangkau ratusan ribu ringgit. Jadi, perlu kah menganalisis hanya sebuah masjid di ceruk kampung dengan kutipan tiket wayang di seluruh negara?
Jadi, persoalannya di sini bukanlah jumlah kutipan derma tersebut, tetapi ke manakah peruntukan wang tersebut digunakan. Setakat ini, ramai yang bersetuju bahawa sesetengah masjid sayang untuk menggunakan duit tersebut ke arah perkara berfaedah seperti tuisyen percuma, tempat riadah kanak-kanak dan sebagainya khusus untuk menarik minat lebih ramai orang ke masjid.
Pandangannya mendapat respon berbelah bahagi antara netizen.
Apa yang pasti, ramai bersetuju bahawa duit derma tersebut banyak digunakan untuk perkara yang tidak perlu seperti dekorasi masjid yang sebenarnya sudah cantik tetapi tidak mesra pengguna.
Foto : Google
Mengulas mengenai tulisan PU Amin yang sangat sinis itu, ramai netizen berpendapat beliau terlalu menggunakan pendekatan keras yang sebenarnya lebih menjauhkan orang dengan Islam.
Bagi netizen, ustaz muda sekarang berlagak suci dan menganggap mereka yang menonton wayang langsung tiada sumbangan kepada perkembangan agama. Ia juga menggambarkan pemikiran PU yang cuma mengambil kira satu aspek sahaja untuk diperkatakan.
Foto : Google
Mungkin niat PU Amin pada asalnya adalah untuk menggalakkan umat Islam mengimarahkan masjid seperti mana memberi sambutan luar biasa pada filem HKL ini. Namun, niat beserta menunding jari ke arah orang lain inilah yang membuatkan netizen marah. Adalah lebih baik PU menggunakan perkataan yang lebih lembut serta tidak menyalahkan penonton wayang dalam isu ini. Adalah menjadi harapan kita pandangan mengenai agama ini dihormati oleh semua pihak. - CARI
|