CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Gaji Minimum RM1050 Diseragamkan Di Seluruh Negara Mulai Januari 2019

6-9-2018 10:29 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 6494| Komen: 41


Berkuatkuasa 1 Januari 2019,  gaji minimum rakyat Malaysia yang bekerja di sektor swasta adalah RM1,050 sebulan/ RM5.05 sejam berkuatkuasa pada 1 Januari 2019.


Memetik laporan Astro Awani, keputusan itu dicapai sebulat suara dalam mesyuarat kabinet semalam.

Kredit foto: carian internet

Ini sekaligus memperlihatkan kadar gaji minimum yang seragam bakal dilaksanakan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak termasuk Wilayah Persekutuan Labuan menjelang Januari 2019.

Selain itu, Pejabat Perdana Menteri memaklumkan, kenaikan gaji minimum secara berkala dalam tahun-tahun akan datang adalah wajar supaya industri dan majikan kecil terus berdaya saing dalam perniagaan mereka. 

“Kerajaan juga memutuskan tidak akan memberi sebarang subsidi kepada mana-mana majikan kerana kekangan kewangan semasa negara."

“Peningkatan gaji minimum ini adalah selaras dengan situasi ekonomi semasa negara.”

Setakat ini, gaji minimum yang diterima di Sabah dan Sarawak adalah sekitar RM800 hingga RM920, manakala di Semenanjung adalah sebanyak RM1,000 sebulan.- CARI
14

Bagus
14

Marah
15

Terkejut
10

Sedih
15

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (81 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pokaibanktokyo 6-9-2018 08:02 AM
Bodohnya cenonot engko. Janji gaji minimum 1500 dimungkiri la cai. Atas rayuan majikan sengkek pemalas
Quote AbukRokok 6-9-2018 08:32 AM
rilekla tahun 2022 nti naikla 200
2023 naik 200 lagi dah 1450
Quote jalfa 6-9-2018 08:35 AM
Naik 50 dari gaji mnima najib...ok lah sbb zaman tun 50 dah penuh troli.
Quote dizekni 6-9-2018 10:33 AM
b*t*h hang pa la PHundet

janji 1500

dasar MUNAFIKUN JAHANAM
Quote kucingitam 6-9-2018 10:56 AM
satgi gaji naik tinggi, manufacturing cost  meningkat., harga barang naik, kome2 marah juga...
adududu...
Quote pokaibanktokyo 6-9-2018 12:58 PM
kucingitam replied at 6-9-2018 02:56 AM
satgi gaji naik tinggi, manufacturing cost  meningkat., harga barang naik, kome2 marah juga...
adud ...

Bodoh. Itu lagi bagus dari gaji rendah harga rendah. Lu ingat negara maju gaji tinggi harga perkhidmatan tak tinggi ka. Cacai semua mesti paham. Di zaman automasi ini hanya pengilang caprut saja harapkan gaji pekerja rendah sebab tak mampu beli mesin. Pemimpin negara yang jadi maju tak pernah layan pengilang caprut & majikan sengkek lain. Mereka biar jadi korban arus kemajuan.
Quote pokaibanktokyo 6-9-2018 01:01 PM
Ada sekor bahalol aritu kata jika gaji minimum naik maka harga ipad, panasonic, toyota, samsung, coca cola, nestle semua akan naik juga
Quote pokaibanktokyo 6-9-2018 01:13 PM
dizekni replied at 6-9-2018 02:33 AM
b*t*h hang pa la PHundet

janji 1500

Haha. "Phundet"
Quote pokaibanktokyo 6-9-2018 01:15 PM
Bisnes haprak si pemalas pun mau layan . Sampai kiamat pun malaysia tak boleh maju la
Quote meisapoya 6-9-2018 01:46 PM
Inflasi
Quote julia5094 6-9-2018 01:50 PM
Ok la tu, kali ni tak salah titik perpuluhan..cuma nombor lima tu belum sampai rumah ratus lagi..tapa, pelan2 kayuh orang kata..tahun depan mungkin dari rumah puluh, bakal berganjak ke rumah ratus..mana mungkin kawin hari ni beranak esok...
Quote arnauld 6-9-2018 01:52 PM
gaji naik 5% kos jumpa dr naik 3x ganda...tu belum susu uht 1liter yg naik 17% lps sst banding dgn gst 6%...
Quote kasibiman 6-9-2018 01:52 PM
pokaibanktokyo replied at 6-9-2018 12:58 PM
Bodoh. Itu lagi bagus dari gaji rendah harga rendah. Lu ingat negara maju gaji tinggi harga perkhi ...

Ini something madet takleh paham .

Dinosor mmg takkan paham bahwa pegangan kemakmuran  ekonomi = low wages dah pupus Dan irrelevant. Sama mcm dinosor.
Quote R2D2 6-9-2018 02:03 PM
Gaji minimum patut RM1,200
6 September 2018


SHAH ALAM - Kerajaan PH sepatutnya memperkenalkan kadar gaji minimum pertama di bawah pentadbiran mereka sebanyak RM1,200.

Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin berkata, paras gaji berkenaan adalah paling sesuai dan realistik, namun, kerajaan PH dilihat telah tunduk kepada kehendak majikan dan tidak memihak kepada pekerja.

Menurutnya, kerajaan perlu mengimbangi kepentingan majikan dan pekerja.

“Kalau paras terlalu tinggi, boleh menjejaskan kedudukan majikan.  Kalau terlalu rendah, nasib pekerja tidak dijaga.

“Namun, pengumuman kerajaan bahawa gaji minimum terbaru adalah RM1,050 mengecewakan,” katanya menerusi perkongsian di twitter miliknya, pagi ini.

Khairy menegaskan lagi, gaji minimum diperkenalkan oleh pentadbiran BN yang ketika itu di bawah Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Selaku ketua pemuda Umno pada masa itu, saya juga turut memperjuangkan gaji minimum sehingga dilaksanakan.

“Isu gaji minimum sangat rumit sebab melibatkan majikan dan pekerja,” katanya.


Semalam, kerajaan buat pertama kalinya bersetuju melaksanakan kadar gaji minimum seragam bagi seluruh negara iaitu RM1,050 sebulan atau RM5.05 sejam berkuat kuasa 1 Januari 2019.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan hari ini berkata, keputusan itu dibuat selepas menimbang syor-syor yang diberikan Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN) hasil kajian semula terhadap Perintah Gaji Minimum 2016.

Sebelum ini perintah Gaji Minimum 2016 memperuntukkan kadar gaji minimum sebanyak RM1,000 sebulan bagi Semenanjung Malaysia dan RM920 sebulan bagi Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.


Penyeragaman gaji minimum kepada RM1,500 dalam tempoh lima tahun ini terkandung dalam manifesto pilihan raya PH sebelum ini.
Quote kucingitam 6-9-2018 02:03 PM
pokaibanktokyo replied at 6-9-2018 12:58 PM
Bodoh. Itu lagi bagus dari gaji rendah harga rendah. Lu ingat negara maju gaji tinggi harga perkhi ...

negara maju gaji tinggi dia cari labour cost yg murah kat tpt lain der..

Quote R2D2 6-9-2018 02:09 PM
Pemuda PH harap gaji minimum RM1,500
6 September 2018


SHAH ALAM - Pemuda PH menyambut baik langkah kerajaan menyelaraskan gaji minimum di seluruh Malaysia.

Namun ketuanya, Nik Nazmi Nik Ahmad berharap kadar itu akan dinaikkan pada masa akan datang selaras dengan manifestonya.

Beliau berkata, walaupun kenaikan itu adalah sedikit pada masa ini, tetapi ini merupakan satu kemajuan yang boleh dipertingkatkan lagi pada masa akan datang.

"Tidak boleh dinafikan bahawa kadar gaji di Malaysia telah mendatar sekian lama dan aspirasi kita untuk menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi telah lama terkesan oleh kelembapan ini," kata dalam satu kenyataan.

Menurut Nik Nazmi isu kos sara hidup ini adalah kadar gaji yang rendah terutamanya bagi golongan B40 dan amat penting untuk menangani isu ini dengan penyelesaian menyeluruh.

Beliau berkata, apabila ekonomi kian pulih kita harus meningkatkan kadar gaji minimum ini kepada RM1500 dalam masa lima tahun selaras dengan manifesto, dan memberi insentif kepada pemilik perniagaan — termasuklah dengan memberi pengecualian cukai — agar gaji boleh dinaikkan ke gaji minima, atau lebih tinggi lagi 'living wage' seperti yang disarankan oleh Bank Negara.

"Dasar perolehan (procurement) kerajaan juga harus diubah dalam jangkamasa sesuai agar syarikat yang membayar 'living wage' diberi keutamaan.

"Impak jangka masa panjangnya adalah kenaikan pendapatan yang akan menyebabkan kenaikan perbelanjaan, dan kesan berganda kepada ekonomi," jelasnya.

Semalam, kerajaan buat pertama kalinya bersetuju untuk melaksanakan kadar gaji minimum yang seragam bagi seluruh negara iaitu RM1,050 sebulan atau RM5.05 sejam berkuat kuasa 1 Jan 2019.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan berkata keputusan itu dibuat selepas menimbang syor-syor yang diberikan Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN) hasil kajian semula terhadap Perintah Gaji Minimum 2016.

Nik Nazmi berkata kenaikan gaji bagi B40 ini diharapkan akan mendorong kerja-kerja "3D" (kotor, berbahaya dan sukar) - seperti pembinaan dan perladangan - lebih menarik untuk rakyat tempatan dan mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing.

"Malah, seperti negara maju lain, sektor-sektor ini boleh meningkatkan produktiviti menerusi automasi. Selama ini sektor-sektor ini terlalu dimanjakan kadar upah rendah pekerja asing," katanya.

Tambah beliau, Bank Dunia dalam satu analisis menyatakan kenaikan 10 peratus dalam aliran pekerja asing telah mengurangkan gaji rakyat Malaysia yang paling kurang berpendidikan sehingga 0.74 peratus.

"Ini adalah isu-isu yang kita perlu tangani, tetapi ia mestilah dilakukan selangkah demi selangkah.

"Apa yang kita perlukan pada masa ini adalah kesungguhan politik untuk memastikan rakyat Malaysia mendapat yang terbaik," katanya.
Quote R2D2 6-9-2018 05:17 PM
Khairy kecewa gaji minimum bukan RM1,200
September 6, 2018

PETALING JAYA: Khairy Jamaluddin hari ini kecewa pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad menetapkan paras gaji minimum pada RM1,050 kerana RM1,200 lebih sesuai dan realistik untuk kenaikan pertama.

Ahli Parlimen Rembau akui isu gaji minimum rumit cuma kenaikan terbaru itu terlalu kecil.

“Kerajaan perlu mengimbangi kepentingan majikan dan pekerja. Kalau paras terlalu tinggi, boleh menjejaskan kedudukan majikan. Kalau terlalu rendah, nasib pekerja tidak dijaga.

“Namun, kerajaan dilihat telah tunduk kepada kehendak majikan dan tidak memihak kepada pekerja,” katanya di Twitter.

Gaji minimum mula diperkenalkan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak pada 2012 pada paras RM900 sebulan bagi Semenanjung Malaysia dan RM800 sebulan bagi Sabah dan Sarawak, diikuti RM1,000 sebulan bagi Semenanjung dan RM920 sebulan bagi Sabah dan Sarawak pada 2016.

Semalam, pentadbiran Dr Mahathir mengumumkan kadar gaji minimum baharu ditetapkan pada RM1,050 sebulan atau RM5.05 sejam bagi seluruh negara berkuatkuasa 1 Januari 2019.
Quote pokaibanktokyo 6-9-2018 05:46 PM
kucingitam replied at 6-9-2018 06:03 AM
negara maju gaji tinggi dia cari labour cost yg murah kat tpt lain der..

Maka suruh la kilang haprak semua pindah ke negara lain sekali dengan buruh asing mereka. Kehadiran kilang murahan hanya beban saja kepada malaysia
Quote pokaibanktokyo 6-9-2018 05:47 PM
kasibiman replied at 6-9-2018 05:52 AM
Ini something madet takleh paham .

Dinosor mmg takkan paham bahwa pegangan kemakmuran  ekonomi  ...

Biasalah. Pak nyanyok dungu dari dulu lagi

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 04:11 PM GMT+8 , Processed in 0.097975 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top