CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Gambar Kemalangan Maut Jadi Misteri, Siapa Budak Itu?

6-9-2018 10:37 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4931| Komen: 19|Original author: Oleh: Myra Rozi

Description: Gambar wajah kanak-kanak di dalam sebuah kereta Proton Wira yang terlibat dalam kemalangan maut menjadi persoalan.
Gambar wajah kanak-kanak di dalam sebuah kereta Proton Wira yang terlibat dalam kemalangan maut menjadi persoalan.

Gambar tersebut dirakam oleh anggota bomba dalam kemalangan maut yang berlaku di Kilometer 21, Jalan Gua Musang-Kuala Krai, dekat Gua Musang.


Harian Metro melaporkan, pihak bomba mengesahkan yang cuma ada seorang mangsa sahaja dalam kereta terbabit.

Menurut sumber lagi, dalam kemalangan pada pukul 4.30 petang itu, kereta yang dipandu oleh Mohd Salimi Mohd Razali, 34, bertembung dengan kenderaan pacuan empat roda dari arah bertentangan.

Kredit foto: Harian Metro
Dia dipercayai gagal memotong kereta di hadapannya di garisan berkembar.


Ketua Operasi Bomba, Awang Mamat berkata, pihaknya menyedari tentang imej kanak-kanak itu selepas gambar tersebut dimasukkan dalam kumpulan WhatsApp bomba.

"Ia sangat menghairankan kerana tiada kanak-kanak di lokasi kemalangan itu."

Sementara itu, seorang pemandu lain, Fauzi Harun, 39 berkata yang lokasi tersebut memang sering berlaku kemalangan maut.

Ramai yang mendakwa pernah ternampak lembaga yang menakutkan.

"Kami selalu melalui jalan berkenaan tanpa mengira waktu dan seram juga apabila melihat gambar yang menunjukkan seorang kanak-kanak berada dalam kereta kemalangan itu," tambahnya. -CARI
20

Bagus
46

Marah
30

Terkejut
20

Sedih
34

Lawak
31

Bosan

Friends Rank (181 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Sazida 6-9-2018 10:41 AM
Mcm edit je
Quote pearl.silver 6-9-2018 10:58 AM
Clearly nmpk gambo tu kne tampal
Quote nisako 6-9-2018 11:02 AM
edit je tgk………….
Quote akuMNdia 6-9-2018 11:31 AM
lawak seram ke ni?
Quote saviour_09 6-9-2018 11:54 AM
edit  kot
tak cut & paste situ
reflek imej orang yg tengah tengok bomba kerja tu
Quote myakayina 6-9-2018 11:56 AM
klu entiti takdenya clear mcm tu nak tunjuk rupa..haruslah samar bayangan jer..
Quote chicozinn 6-9-2018 12:15 PM
gmbar ni btol ke dari kamera bomba @ forensik?cam tipu jahhh..
Quote minguk 6-9-2018 12:16 PM
i nampak macam gambar crop yang cincai...
Quote BoLapciOus 6-9-2018 12:20 PM
nak viral le tu..
Quote chinta89 6-9-2018 02:59 PM
nk rse seram ke nk rse lawak? please tlg bg jawapan.
Quote paz 6-9-2018 03:00 PM
Macam susah nak percaya aja.
Quote SWORKS27 6-9-2018 03:03 PM
zaman2 sekarang x yah nak taksub la cerita2 mcm ni...nanti mesti ada bgtau edit...
sebelum dimasukkan dalam group wassap bomba..mestia ada yg edit tuh
Quote bangcak 6-9-2018 03:06 PM
nape ada gelung biru tepi tiang letrik?
Quote RatuDunia94 6-9-2018 03:18 PM
bangcak replied at 6-9-2018 03:06 PM
nape ada gelung biru tepi tiang letrik?

Itu bulatan la utk tunjukkan kedudukan gambar kanak2 tu.

Sebelah kanak2 tu ada hantu muka putih.. Haha
Quote Yahudi_Bisex 6-9-2018 03:30 PM
Laju sangat ni
Quote zorrro_03 6-9-2018 03:51 PM
apa masalahnya?  lantak laa dia nak hantu ke apa ke.  perlu ke benda bodo masuk ci ni?
Quote clarizsa 6-9-2018 03:55 PM
Nampak cm edit
Kalau ye pun pic anak hantu, apa yg hairan?
I selalu je nmpk hantu dlm cermin
Sbb tu i x suka cermin
Quote phonon 6-9-2018 04:18 PM
clarizsa replied at 6-9-2018 03:55 PM
Nampak cm edit
Kalau ye pun pic anak hantu, apa yg hairan?
I selalu je nmpk hantu dlm cermin

lain kali pakai la produk kecantikan dari dato vida tuh....
Quote IzzahF 6-9-2018 04:24 PM
bukan ke tuh gamba org yang snap gamba tu? kan dia pegang kamera/phone?
takde rupa budak pun mcm ppuan dewasa..adoiish

kedudukan org dlm cermin tu mestilah kat tempat orang yg snap gamba tu hadoii

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 05:08 AM GMT+8 , Processed in 0.173461 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top