CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Suspek Pedo Upah Pembunuh Upahan Untuk Hapuskan Semua Saksi

6-9-2018 01:50 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2209| Komen: 1

Seorang lelaki yang dituduh melakukan serangan seksual terhadap kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun didakwa mengupah pembunuh upahan neo-nazi (penyokong ideologi Nazi) untuk membunuh mangsa dan keluarganya.


Memetik Mirror, Billy Warren Pierce, 44, didakwa meminta salah seorang banduan untuk membunuh mangsa dan empat ahli keluarganya ketika dia sedang menunggu untuk dibicarakan di Pusat Tahanan Pasco di Florida atas jenayah yang dilakukannya itu.


Kredit foto: Mirror

Cubaan Pierce menghapuskan jejak jenayahnya dengan membunuh semua saksi kes terbabit gagal apabila individu yang diupahnya melaporkan perkara itu kepada pihak berkuasa.


Pierce dilaporkan menawarkan ganjaran bernilai ASD 9,000 (RM36,558) kepada individu terbabit dan ketika dia ditahan pada Jumaat lalu, tertuduh didakwa cuba mempertahankan dirinya dengan mengatakan dia masih belum membuat sebarang bayaran.

Selain melakukan serangan seksual terhadap kanak-kanak pada 2017, Tampa Bay Times melaporkan Pierce turut berdepan tuduhan merancang pembunuhan.

Jurucakap sheriff berkata, Pierce memberitahu 'pembunuh upahan' itu semua maklumat mengenai mangsa seperti dia tinggal dengan siapa, di mana ibu bapanya bekerja dan meluangkan waktu, cara untuk memecah masuk ke rumahnya serta jenis kereta dipandu keluarga berkenaan.

Dia juga memberitahu individu terbabit bahawa keluarga berkenaan tidak pernah mengunci pintu garaj. - CARI
15

Bagus
19

Marah
19

Terkejut
14

Sedih
27

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (108 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Maideen. 6-9-2018 02:25 PM
Manusia jenis apakah yang boleh tegang toteynya dengan budak berumor 9 tahun?

Nota: Untuk mengelakan ada forumners dari merasa terhina, perlu rasanya di nyatakan bahawa komen diatas hanya ditujukan kepada Pedo tua kutok di atas itu sahaja dan tidak termasuk Pedo Pedo tua kutok lain samada yang masih hidup atau sudah mati....

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 12:25 AM GMT+8 , Processed in 0.082673 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top