CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

5 Homestay Dengan Pemandangan Gunung Kinabalu Yang Memukau Di Kundasang

5-11-2018 10:43 AM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 23727| Komen: 35|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Mencari penginapan di daerah pelancongan Kundasang, Sabah sebenarnya tidak susah. Ini kerana banyak hotel pelbagai taraf dan bintang boleh didapati di merata tempat, sama ada yang berdekatan dengan Taman Negara Kinabalu, mahupun di Pekan Ranau. 


Hotel-hotel ini juga mudah dihubungi secara online. Jom lihat di mana!


Kredit Foto: Traveloka

Bagaimanapun, jika anda bercuti beramai-ramai dengan keluarga anda mungkin ingin mencuba penginapan ala homestay. Ini kerana selain mempunyai privasi, kebanyakan homestay juga dilengkapi dengan ruang tamu, dapur dan kelengkapan memasak. 

Harganya juga berpatutan. Yang membezakannya sudah pasti kedudukan sesebuah homestay dan pemandangan yang boleh dinikmati. Di sini, penulis berkongsi pengalaman menginap di beberapa homestay sekitar Kundasang dengan pemandangan Gunung Kinabalu yang menarik.

 

1. Hounon Ridge Homestay


Kredit Foto: Oh Bulan


Kredit Foto: Wordpress.com

Homestay ini terletak lebih kurang 36 minit dari pekan Kundasang. Jalannya agak sempit, curam dan berbatu-batu. Lampu jalan jugaagak kurang dan berbahaya jika memandu di waktu malam. Homestay ini menyediakan pelbagai jenis bilik untuk penginapan seorang, berpasangan ataupun keluarga termasuk dorm. 

Bagaimanapun, homestay ini paling sesuai bagi yang berminat untuk berkhemah. Pemandangan Gunung Kinabalu sangat memukau terutamanya di waktu pagi. Tel:  013-8506463


2. The Little Hut


Kredit Foto: InfoSantai


Kredit Foto: InfoSantai

Homestay ini terletak di Kampung Mesilau dan berlatarbelakangkan pemandangan Gunung Kinabalu yang megah. Terletak lebih kurang 30 minit dari Pekan Kundasang, homestay ini menawarkan penginapan untuk 2-5 orang dengan harga berpatutan. 

Sesuai bagi mereka yang menggemari suasana ala kampung kerana kawasan sekeliling homestay ini dikelilingi kebun sayur yang luas. Tel: 0168601416


3. Midori Homestay Kundasang


Kredit Foto: Facebook


Kredit Foto: Sometag

Homestay ini juga terletak di Kampung Mesilou dengan suasana kampung dan persekitaran yang cantik dilengkapi landskap berlatar belakangkan Gunung Kinabalu. 

Lokasinya yang terletak jauh dari kesibukan Pekan menjanjikan udara yang nyaman. Halamannya rumahnya juga luas berpagar untuk memastikan anak-anak bermain dengan selamat. Harga yang ditawarkan juga sangat berpatutan untuk penginapan seisi keluarga. Tel: 016-5820181


4. Big Rock Homestay Kundasang


Krdeit Foto: Facebook


Kredit Foto: Fyi-Penang

Menyediakan kemudahan yang sederhana dengan harga berpatutan untuk keluarga yang inginkan percutian jauh dari kebisingan kota raya. Mulakan pagi anda dengan pemandangan Gunung Kinabalu yang menakjubkan dan suhu dingin. 

Jangan lupa untuk membawa jaket tebal kerana suhu di penginapan yang terletak di Kampung Mesilau ini boleh turun dengan mendadak. Tel:  0198625806


5. Kiram's Village


Kredit Foto: Flickr


Kredit Foto: Trip.com

Homestay berasaskan kabin kayu ini dikelilingi tanaman bunga-bungaan mempesonakan, sesuai untuk keluarga yang menginginkan percutian dengan persekitarann alam semula jadi. 

Nama-nama kabinnya juga unik seperti Strawberi dan Asparagus. Selain pemandangannya yang cantik, satu lagi keistimewaan penginapan ini ialah menyediakan cafe bagi keluarga yang tidak mahu memasak.

Jadi, semoga anda dan keluarga dapat memilih penginapan homestay bersesuaian jika berkunjung ke Kundasang kelak. - CARI
9

Bagus
8

Marah
15

Terkejut
15

Sedih
12

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (70 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote drivethru 5-11-2018 10:47 AM
Pernah stay kat kiram village. Berbaloi baloi.....
Quote Sang_Pencinta 5-11-2018 11:04 AM
Paling best Hounon Ridge, paling dekat dengan kaki gunung Big Rock tu
Quote kerawangcantik 5-11-2018 05:19 PM
Depan Kiram Village tu ada gak homestay yang ok Alpine Dbayu kalau tak silap. Kiram tu selalu penuh..
Quote Sang_Pencinta 5-11-2018 06:42 PM
kerawangcantik replied at 5-11-2018 05:19 PM
Depan Kiram Village tu ada gak homestay yang ok Alpine Dbayu kalau tak silap. Kiram tu selalu penuh. ...

Tak mahal ke?
Quote kerawangcantik 6-11-2018 11:57 AM
Sang_Pencinta replied at 5-11-2018 06:42 PM
Tak mahal ke?

Ok la juga sebab paling kecil pun 2 bilik, 1 bawah 1 atas
Quote Sang_Pencinta 6-11-2018 09:28 PM
kerawangcantik: Ok la juga sebab paling kecil pun 2 bilik, 1 bawah 1 atas


Next tima nak try sini pulak
Quote bedahmenjuyah 7-11-2018 12:24 AM
Tak ada gamba interior homestay tu ke? Apa fasiliti yg ada
Quote gummiebear 7-11-2018 02:55 AM
I looooveee Kundasang! rasa nak pindah tinggal sana jah. Last time I stay kat Kinabalu Pine Resort. Very nice place to stay with great mt view
Quote Sang_Pencinta 7-11-2018 08:58 AM
bedahmenjuyah replied at 7-11-2018 12:24 AM
Tak ada gamba interior homestay tu ke? Apa fasiliti yg ada








Quote Ggmygirl 7-11-2018 10:20 PM
Ayana Hotel Resort, Kundasang ! Terbaikkk ! Murah pun murah !
Quote puanbintang 8-11-2018 09:09 AM
macam cantik je hounon ridge tu..tak mahal ke?
Quote sapeka 8-11-2018 10:48 AM
wow

cantik dan sejuk

one day i akan sampai sabah

Quote Sang_Pencinta 10-11-2018 08:39 PM
puanbintang replied at 8-11-2018 09:09 AM
macam cantik je hounon ridge tu..tak mahal ke?

Tak mahal sangat pun

Tapi dengarnya dah fully book sampai habis cuti sekolah
Quote Sang_Pencinta 10-11-2018 08:39 PM
sapeka replied at 8-11-2018 10:48 AM
wow

cantik dan sejuk

Datanglah cuti sekolah ni
Quote Sayawanieta 15-11-2018 05:11 PM
aku duduk kat Kundasang Guesthouse pon terbaikkk view
Quote Meekicap 16-11-2018 12:30 AM
teringinnya nak pegi
Quote NamaKuMawar 17-11-2018 05:19 PM
Cantiknye pemandangan kat sana..
Quote lyza2474 21-11-2018 05:03 PM
dah duduk dekat hounan dgn kiram ... 2-2 bestttt
Quote korokure 22-11-2018 09:56 PM
terbaik la view..macam kt swiss

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 04:57 AM GMT+8 , Processed in 0.208000 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top