Seorang lelaki ditahan reman selepas 'meragut' beg tangan milik isterinya hingga mengalami kecederaan. Sinar Harian melaporkan, suspek, 47, menyerang isterinya yang juga seorang Orang Kelainan Upaya (OKU) lembam di Jalan Balik Bukit, Kuala Terengganu kira-kira jam 10 pagi Rabu.
Difahamkan, mangsa berusia 36 tahun itu bekerja sebagai pembantu kedai makan dan sedang berjalan kaki berseorangan untuk ke tempat kerja sebelum diserang suaminya. "Mangsa dihampiri sebuah kereta dipandu suspek sebelum bertindak menghalang perjalanannya. "Kemudian, suspek keluar daripada kenderaan itu dan menampar muka mangsa beberapa kali, lalu meragut beg tangan dibawa wanita itu sebelum beredar.
"Tergamam diperlakukan sedemikian oleh suaminya, mangsa tidak mampu berbuat apa-apa dan hanya melihat begnya yang mengandungi dokumen penting termasuk lesen memandu, kad pengenalan dan kad bank serta wang tunai RM100 dilarikan lelaki itu," kata sumber kepada Sinar Harian. Menurut laporan, perbuatan suspek didorong rasa tidak puas hati kerana mangsa masih berdegil tidak mahu pulang ke rumah selepas puas dipujuk. Tambah sumber, kejadian itu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan di lutut kerana terjatuh ketika diragut dan sakit di muka akibat tamparan suaminya. Polis kemudian membuat tangkapan sejurus laporan dibuat dan suspek diperintahkan Mahkamah Majistret Kuala Terengganu supaya ditahan reman selama empat hari untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan/18(A) Akta Keganasan Rumah Tangga 2012. - CARI
|
19
Bagus |
23
Marah |
18
Terkejut |
31
Sedih |
21
Lawak |
17
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT