CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Bukan Lupa Tapi Tak Ingat, Kenapa Kita Boleh Lupa PIN Atau Nama Anak Sendiri?

3-10-2018 05:13 PM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 4881| Komen: 17|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Pernahkah anda berbaris di ATM kerana ingin mengeluarkan wang, tetapi bila sampai giliran anda , anda tiba-tiba terlupa PIN ? Atau selepas balik daripada bercuti, anda lupa password komputer yang sudah bertahun digunakan? Lebih teruk lagi, ada yang tiba-tiba boleh lupa nama anak sendiri!


Kredit Foto: Pilih Kartu


Menurut WebMD.com, daya ingatan yang semakin lemah adalah tanda tanda penyakit Alzheimer atau dementia, dan biasanya menyerang secara perlahan-lahan. Mungkin juga ianya berpunca dari penyakit serius seperti tumor otak, amnesia, masalah tiroid, atau serangan jantung.


 

Kredit Foto: Taruna Psikiologi 


Walau bagaimanapun, dalam kes ‘lupa segera’ seperti yang disebutkan dia atas, puncanya mungkin kesan sampingan daripada gaya hidup dan boleh dikawal atau diperbaiki. Ini antara puncanya yang perlu anda elakkan;


1. Diet Tinggi Gula Dan Lemak

 

Kredit Foto: Science Daily


Diet yang mengandungi kadar gula dan lemak yang tinggi akan mengakibatkan otak tidak dapat mengkordinasikan fungsi kognitif dengan baik. Ini menyebabkan anda akan mengalami masalah untuk mengingat fakta dan memori. Prestasi mental juga akan mengalami kemerosotan dan focus anda akan sering terganggu. Jika anda sering mengalami insiden lupa seperti ini, kurangkan makanan dan minuman manis dan bergoreng.


2. Tekanan


Daya memori dan emosi kita saling berkaitan rapat. Oleh sebab itu, tekanan di rumah atau tempat kerja atau perasaan sedih, takut dan kesunyian akan mengganggu ingatan anda. Sekiranya anda mengalami masalah emosi, dapatkan rawatan daripada pengamal professional. Anda mungkin boleh cuba meditasi, rehat atau bercuti.  

 

3. Kurang Tidur


Kredit Foto: Spectator Health

   Tahukah anda bahawa kurang tidur dalam satu malam mempunyai kesan yang sama seperti orang yang mabuk? Kurang tidur mengakibatkan mood anda mudah rosak dan mudah terkesan terutamanya kanak-kanak dan remaja. Kajian menyatakan tidur yang cukup boleh membantu kerana semasa otak berehat, ianya akan mengukuhkan (consolidate) susunan memori supaya boleh diingat semula dengan segera ketika perlu.

       

      4. Ubat-Ubatan atau Alkohol

 

Kredit Foto: Ventura County Behavioral Health


Pengambilan ubat-ubatan dan alkohol akan mengakibatkan otak mengalami masalah untuk menyimpan memori. Sekiranya pengambilan berlanjutan, kemungkinan anda akan mengalami masalah untuk mengingat banyak perkara penting dan akan menjadi pelupa yang tegar.

 

 5. Kurang Air Dalam Badan

 

Kredit Foto: Best Roofing


Kajian The American Journal of Clinical Nutrition mengatakan fungsi otak akan berkurangan jika tubuh badan anda kekurangan air atau mengalami dehydration. Kehilangan air sehingga 2% daripada berat badan akan mengakibatkan daya tumpuan akan merosot. Biasanya kesan ini lebih mudah dilihat selepas anda menjalani aktiviti fizikal yang panjang. Oleh sebab itulah anda dinasihati supaya sentiasa membawa air ketika beriadah.

 

6.   Kurang Nutrisi Makanan Vitamin B12

 

Kredit Foto: Centra


Jika anda mengalami kekurangan nutrisi makanan terutamanya Vitamin B12, anda akan lebih kerap megalami masalah lupa ini. Nutrien ini membantu melindungi sel saraf yang terlibat dalam daya ingatan. Malangnya badan kita tidak dapat menghasilkan sendiri Vitamin B12 ini, oleh sebab itu anda perlu memakan makanan seperti daging, ikan, susu dan telur sebagai bekalan Vitamin B12. Bagi pengamal diet vegetarian, vitamin ini boleh didapati dalam bentuk pil supplement.


Jadi sekiranya anda tiba tiba mengalami masalah 'pelupa segera', cuba ubah gaya hidup anda melalui tips di atas.- CARI 

22

Bagus
16

Marah
21

Terkejut
41

Sedih
22

Lawak
31

Bosan

Friends Rank (153 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Sang_Pencinta 3-10-2018 05:52 PM
Lupa PIN paling kerap. Walau bertahun tak pernah tukar!
Quote Foxey 3-10-2018 10:05 PM
This is informative. Now i know why kadang fox ni pelupa. Setakat ni takde lak lupa pin lagi lah. Tapi lupa benda2 lain. Fox kurang tidur, kurang minum air. kadang tekanan kerja atau belajar
Quote faraway1 3-10-2018 10:12 PM
terlupa no pin iya, nak bayar, dahlah beli barang satu trolley,
malu gila, malu ya amat...  tebal muka masa jalan...
Quote meisapoya 3-10-2018 11:06 PM
I ada bermacam password & username sebab web ni x leh capital letter la, web tu nak capital letter la, web sinun x nak password sama, itu la ini la, last2 password jadi melambak. Nasib ada butang forgot password

Tapi, kemungkinan nak Alzheimer pon x leh letak tepi
Quote Sang_Pencinta 3-10-2018 11:11 PM
meisapoya: I ada bermacam password & username sebab web ni x leh capital letter la, web tu nak capital letter la, web sinun x nak password sama, itu la ini la, ...


Samalah. PIN atm pun sy set beza beza. Takut kena rompak atau tercicir dompet semua akaun kena curik.
Quote hasniey 4-10-2018 12:06 AM
Akhir2 ni selalu sgt lupa.password cimb click yg guna hari2 boleh lupa smpai kene block.
Mcm2 lg.jadual yg tgok hari2 pon asyik silap je.mungkin betul la kurang tido.kurang air.mintak dijauhkan dr dementia
Quote amisery 4-10-2018 11:13 AM
Hmmmm okay bahhhh
Quote Artemesiaa 4-10-2018 11:42 AM
Nasib so far tak ada masaalah nak ingat benda2 tu.  Sebab tu kena banyak membaca untuk cergaskan minda selain elak factor pemakanan yang dinyatakan tu.
Quote malaysiaku123 4-10-2018 01:35 PM
i since start mkn ubat darah tinggi mmg jd pelupa..
2x sehari kn mkn..so selalu lupa dh mkn ke belum..
n bnyk menda lupa..adoi sedihh rasa
Quote matkpop 4-10-2018 06:29 PM
Foxey replied at 3-10-2018 10:05 PM
This is informative. Now i know why kadang fox ni pelupa. Setakat ni takde lak lupa pin lagi lah. Ta ...

kena banyak kan rehat lepasni. tidur awal.
Quote Foxey 4-10-2018 10:08 PM
matkpop replied at 4-10-2018 06:29 PM
kena banyak kan rehat lepasni. tidur awal.

dah acik2 ni, kena cukup tidur
Quote supernaturalee 9-10-2018 12:47 AM
malaysiaku123 replied at 4-10-2018 01:35 PM
i since start mkn ubat darah tinggi mmg jd pelupa..
2x sehari kn mkn..so selalu lupa dh mkn ke belu ...

Kannn

Sedih rasa sbb benda2 simple suddenly blh lupa
Try refresh still xigt

Quote kucing02 27-11-2018 01:39 PM
meisapoya replied at 3-10-2018 11:06 PM
I ada bermacam password & username sebab web ni x leh capital letter la, web tu nak capital letter l ...

betul tu.. aku pon lupa sbb bende mcm ni la..
Quote ckenj 27-11-2018 02:28 PM
number pin card selalu lupa...kekdg smpai depan kaunter jadi blank n lupa. haishh.
Quote Sang_Pencinta 27-11-2018 02:34 PM
ckenj replied at 27-11-2018 02:28 PM
number pin card selalu lupa...kekdg smpai depan kaunter jadi blank n lupa. haishh.

Guna PIN yg sama ke untuk pelbagai jenis kad?
Quote ckenj 27-11-2018 02:41 PM
Sang_Pencinta replied at 27-11-2018 03:34 PM
Guna PIN yg sama ke untuk pelbagai jenis kad?

asingkan card debit n cc..ada 2 je pun, tp yg pelik pin number husbnd ingt je...hurmm..
Quote meisapoya 27-11-2018 05:53 PM
kucing02 replied at 27-11-2018 01:39 PM
betul tu.. aku pon lupa sbb bende mcm ni la..

Annoying kan hahaa

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 05:25 PM GMT+8 , Processed in 0.048864 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top