View: 3761|Reply: 17
|
Bukan Lupa Tapi Tak Ingat, Kenapa Kita Boleh Lupa PIN Atau Nama Anak Sendiri?
[Copy link]
|
|
Pernahkah anda berbaris di ATM kerana ingin mengeluarkan wang, tetapi bila sampai giliran anda , anda tiba-tiba terlupa PIN ? Atau selepas balik daripada bercuti, anda lupa password komputer yang sudah bertahun digunakan? Lebih teruk lagi, ada yang tiba-tiba boleh lupa nama anak sendiri!
Kredit Foto: Pilih Kartu
Menurut WebMD.com, daya ingatan yang semakin lemah adalah tanda tanda penyakit Alzheimer atau dementia, dan biasanya menyerang secara perlahan-lahan. Mungkin juga ianya berpunca dari penyakit serius seperti tumor otak, amnesia, masalah tiroid, atau serangan jantung.
Kredit Foto: Taruna Psikiologi
Walau bagaimanapun, dalam kes ‘lupa segera’ seperti yang disebutkan dia atas, puncanya mungkin kesan sampingan daripada gaya hidup dan boleh dikawal atau diperbaiki. Ini antara puncanya yang perlu anda elakkan;
1. Diet Tinggi Gula Dan Lemak
Kredit Foto: Science Daily
Diet yang mengandungi kadar gula dan lemak yang tinggi akan mengakibatkan otak tidak dapat mengkordinasikan fungsi kognitif dengan baik. Ini menyebabkan anda akan mengalami masalah untuk mengingat fakta dan memori. Prestasi mental juga akan mengalami kemerosotan dan focus anda akan sering terganggu. Jika anda sering mengalami insiden lupa seperti ini, kurangkan makanan dan minuman manis dan bergoreng.
2. Tekanan
Daya memori dan emosi kita saling berkaitan rapat. Oleh sebab itu, tekanan di rumah atau tempat kerja atau perasaan sedih, takut dan kesunyian akan mengganggu ingatan anda. Sekiranya anda mengalami masalah emosi, dapatkan rawatan daripada pengamal professional. Anda mungkin boleh cuba meditasi, rehat atau bercuti.
3. Kurang Tidur
Kredit Foto: Spectator Health
Tahukah anda bahawa kurang tidur dalam satu malam mempunyai kesan yang sama seperti orang yang mabuk? Kurang tidur mengakibatkan mood anda mudah rosak dan mudah terkesan terutamanya kanak-kanak dan remaja. Kajian menyatakan tidur yang cukup boleh membantu kerana semasa otak berehat, ianya akan mengukuhkan (consolidate) susunan memori supaya boleh diingat semula dengan segera ketika perlu.
4. Ubat-Ubatan atau Alkohol
Kredit Foto: Ventura County Behavioral Health
Pengambilan ubat-ubatan dan alkohol akan mengakibatkan otak mengalami masalah untuk menyimpan memori. Sekiranya pengambilan berlanjutan, kemungkinan anda akan mengalami masalah untuk mengingat banyak perkara penting dan akan menjadi pelupa yang tegar.
5. Kurang Air Dalam Badan
Kredit Foto: Best Roofing
Kajian The American Journal of Clinical Nutrition mengatakan fungsi otak akan berkurangan jika tubuh badan anda kekurangan air atau mengalami dehydration. Kehilangan air sehingga 2% daripada berat badan akan mengakibatkan daya tumpuan akan merosot. Biasanya kesan ini lebih mudah dilihat selepas anda menjalani aktiviti fizikal yang panjang. Oleh sebab itulah anda dinasihati supaya sentiasa membawa air ketika beriadah.
6. Kurang Nutrisi Makanan Vitamin B12
Kredit Foto: Centra
Jika anda mengalami kekurangan nutrisi makanan terutamanya Vitamin B12, anda akan lebih kerap megalami masalah lupa ini. Nutrien ini membantu melindungi sel saraf yang terlibat dalam daya ingatan. Malangnya badan kita tidak dapat menghasilkan sendiri Vitamin B12 ini, oleh sebab itu anda perlu memakan makanan seperti daging, ikan, susu dan telur sebagai bekalan Vitamin B12. Bagi pengamal diet vegetarian, vitamin ini boleh didapati dalam bentuk pil supplement.
Jadi sekiranya anda tiba tiba mengalami masalah 'pelupa segera', cuba ubah gaya hidup anda melalui tips di atas.- CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 3-10-2018 05:52 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Lupa PIN paling kerap. Walau bertahun tak pernah tukar! |
|
|
|
|
|
|
|
This is informative. Now i know why kadang fox ni pelupa. Setakat ni takde lak lupa pin lagi lah. Tapi lupa benda2 lain. Fox kurang tidur, kurang minum air. kadang tekanan kerja atau belajar |
|
|
|
|
|
|
|
terlupa no pin iya, nak bayar, dahlah beli barang satu trolley,
malu gila, malu ya amat... tebal muka masa jalan...
|
|
|
|
|
|
|
|
I ada bermacam password & username sebab web ni x leh capital letter la, web tu nak capital letter la, web sinun x nak password sama, itu la ini la, last2 password jadi melambak. Nasib ada butang forgot password
Tapi, kemungkinan nak Alzheimer pon x leh letak tepi |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 3-10-2018 11:11 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
meisapoya: I ada bermacam password & username sebab web ni x leh capital letter la, web tu nak capital letter la, web sinun x nak password sama, itu la ini la, ...
Samalah. PIN atm pun sy set beza beza. Takut kena rompak atau tercicir dompet semua akaun kena curik.
|
|
|
|
|
|
|
|
Akhir2 ni selalu sgt lupa.password cimb click yg guna hari2 boleh lupa smpai kene block.
Mcm2 lg.jadual yg tgok hari2 pon asyik silap je.mungkin betul la kurang tido.kurang air.mintak dijauhkan dr dementia |
|
|
|
|
|
|
|
Nasib so far tak ada masaalah nak ingat benda2 tu. Sebab tu kena banyak membaca untuk cergaskan minda selain elak factor pemakanan yang dinyatakan tu. |
|
|
|
|
|
|
|
i since start mkn ubat darah tinggi mmg jd pelupa..
2x sehari kn mkn..so selalu lupa dh mkn ke belum..
n bnyk menda lupa..adoi sedihh rasa |
|
|
|
|
|
|
|
Foxey replied at 3-10-2018 10:05 PM
This is informative. Now i know why kadang fox ni pelupa. Setakat ni takde lak lupa pin lagi lah. Ta ...
kena banyak kan rehat lepasni. tidur awal. |
|
|
|
|
|
|
|
matkpop replied at 4-10-2018 06:29 PM
kena banyak kan rehat lepasni. tidur awal.
dah acik2 ni, kena cukup tidur |
|
|
|
|
|
|
|
malaysiaku123 replied at 4-10-2018 01:35 PM
i since start mkn ubat darah tinggi mmg jd pelupa..
2x sehari kn mkn..so selalu lupa dh mkn ke belu ...
Kannn
Sedih rasa sbb benda2 simple suddenly blh lupa
Try refresh still xigt
|
|
|
|
|
|
|
|
betul tu.. aku pon lupa sbb bende mcm ni la..
|
|
|
|
|
|
|
|
number pin card selalu lupa...kekdg smpai depan kaunter jadi blank n lupa. haishh. |
|
|
|
|
|
|
|
Guna PIN yg sama ke untuk pelbagai jenis kad?
|
|
|
|
|
|
|
|
asingkan card debit n cc..ada 2 je pun, tp yg pelik pin number husbnd ingt je...hurmm..
|
|
|
|
|
|
|
|
kucing02 replied at 27-11-2018 01:39 PM
betul tu.. aku pon lupa sbb bende mcm ni la..
Annoying kan hahaa |
|
|
|
|
|
|
| |
|