CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Abang Videographer Syok Sendiri Tak Nak Kalah, Siap Promosi Servis Lagi! Apa Kata Netizen?

26-10-2018 01:31 PM| Diterbitkan: taniabecks92| Dilihat: 7513| Komen: 14|Original author: Oleh: Nia mohamad

Baru-baru ini, tular kisah seorang pengantin dianiaya juruvideo yang menghasilkan video perkahwinan animasi syok sendiri. 

Rata-rata netizen merasakan video itu melucukan dan tidak masuk akal, namun bersimpati terhadap nasib pengantin yang menjadi mangsa pada hari bahagianya. 

Namun, respons juruvideo terbabit seolah-olah pengantin tidak tahu menilai kualiti hasil videonya, malah dia pula mentertawakan si pengantin.


Pengantin lain turut menjadi mangsa (Sumber video dari Facebook beliau)


Hasil suntingan yang kononnya dianggap kreatif oleh beliau (Hasil sumber dari Facebook beliau)


Meskipun dikecam satu Malaysia, juruvideo masih tidak segan silu mempromosikan hasil karyanya di laman sosial. Rupa-rupanya, bukan satu sahaja pasangan pengantin yang menjadi mangsa hasil karya Abang videographer, tetapi sudah beberapa pasangan yang terkena.

Kalau dilihatkan harga yang dipromosikannya tak sampai RM1,000, tetapi berbaloikah bayaran yang murah untuk video hari perkahwinan yang penuh dengan animasi merepek dan tidak relevan?


Abang videographer syok sendiri... APA KATA NETIZEN??


Abang videographer syok sendiri... APA KATA NETIZEN??


Video asal perkahwinan Hadi dan Farah 




Netizen yang tidak puas hati melemparkan komen-komen negatif di ruangan Facebook beliau dan berharap beliau sedar bahawa hasil kerjanya sangat tidak berkualiti dan tindakan itu tidak wajar untuk merosakkan hari bahagia orang lain.



Akan tetapi, ada juga netizen yang membela Abang videographer dengan mencabar orang lain menghasilkan video lebih hebat. 




Terkini, ramai yang tampil untuk membela pengantin Hadi dan Farah. Netizen yang berbakat berusaha memulihkan video pasangan pengantin tersebut. Beruntung pasangan ini kerana ramai yang ambil berat tentang mereka.


Video Perkahwinan Farah dan Hadi (REMASTERED Edition)





Ini pula respons Abang videographer setelah dikecam hebat oleh netizen.


Foto: FB

Semoga dengan kejadian ini, Abang videographer sedar bahawa terlalu banyak yang perlu diperbaiki dan bukan mudah untuk menghasilkan video sebuah perkahwinan. Malah, perlu ada cara dan tentunya perlu dipelajari dari mereka yang profesional. Pengantin di luar sana juga diingatkan supaya berhati-hati apabila melanggan servis untuk hari bahagia mereka. - CARI
12

Bagus
16

Marah
18

Terkejut
17

Sedih
28

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (104 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote buapakperut 26-10-2018 01:47 PM
kena band? montion? graphich?
Quote insulin 26-10-2018 02:54 PM
Mamat ni memang delusional.
Quote pai.kacang 26-10-2018 03:09 PM
insulin replied at 26-10-2018 02:54 PM
Mamat ni memang delusional.

aku pun rasa camtu
Quote insulin 26-10-2018 03:17 PM

Orang dah tak suka namun masih buat lagi. Patutnya upgrade skill editing tu dulu.
Quote giyomi 27-10-2018 02:27 PM
dah org masih bg sokongan dgn mgambil dia yg syok sendiri ni. sepatutnya customers' satisfaction is more important, tp ni terbalik plak
Quote Megikari 27-10-2018 06:17 PM
Hebat sungguh tahap confidence beliau {:cryrun
Quote krustykrab 27-10-2018 07:19 PM
Aku sokongdia teruskn minat diank jd photographer....tp fee tu biarlah bawah rm100 je lol....sesuai utk pengantin yg nk buatvideo tp bajet ciput
Quote EncikRhoma 28-10-2018 10:01 AM
cas rm100 je. sesuai utk bakal pengantin yg semua benda dia nak murah
Quote Ninjanunu 28-10-2018 01:25 PM
Biar betul.. memang delusional ni.. kalau wedding dia sendiri dia nak ke video mcm tu?
Quote pai.kacang 29-10-2018 09:54 AM
insulin replied at 26-10-2018 03:17 PM
Orang dah tak suka namun masih buat lagi. Patutnya upgrade skill editing tu dulu.

camne nak upgrade bila dia rasa dia dah best gila
Quote paz 29-10-2018 12:57 PM
Orang macam ni syiok sendiri.

Kasihan pengantin, jenis tak terima pandangan orang lain kot.
Quote lalabeez 29-10-2018 01:57 PM
Mengekek bila tengon video abg ni dgn background lagu
Quote arm_band 30-10-2018 06:33 PM
sakit kot brader ni kan...

kesian kat pengantin2 tu
Quote cmf_premierleag 31-10-2018 10:24 AM
takyah la hire mangkuk ayun ni
ujung2 korang gak yg sakit hati

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 06:46 PM GMT+8 , Processed in 0.132447 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top