CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rangka Manusia Di Kuarters Terbiar Rungkai Misteri Kehilangan Dua Tahun Lalu

26-10-2018 11:03 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6326| Komen: 27

Description: Penemuan rangka manusia di kuarters kerajaan yang sudah lama terbiar di Jalan Pesta, Bakri, merungkai misteri kehilangan seorang lelaki sejak dua tahun lalu.
Penemuan rangka manusia di kuarters kerajaan yang sudah lama terbiar di Jalan Pesta, Bakri, merungkai misteri kehilangan seorang lelaki sejak dua tahun lalu.

Memetik Berita Harian, rangka itu ditemui orang awam pada jam 6.30 petang semalam sebelum memaklumkan kepada polis.


Foto: Sinar Harian

“Sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar bersama Pasukan Forensik dari Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) kemudiannya ke lokasi berkenaan.

“Setakat ini tiada sebarang perlakuan berunsurkan jenayah ditemui di lokasi kejadian. Pihak polis juga menemui kad pengenalan berhampiran rangka manusia berkenaan yang mana waris kepada individu berkaitan turut tampil dan mengesahkan kad berkenaan adalah milik ahli keluarganya yang dipercayai hilang sejak dua tahun lalu,” kata Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Zaharudin Rasip dalam kenyataan media.


Bedah siasat akan dilakukan bagi mengenal pasti punca kematian dan pengesahan identiti mangsa. Setakat ini, kes diklasifikasi sebagai mati mengejut (SDR). 

Sehubungan itu, semua pihak diminta untuk tidak menyebarkan apa jua bentuk maklumat berhubung penemuan rangka manusia terbabit bagi mengelak sebarang spekulasi berkaitan kejadian berkenaan. - CARI
5

Bagus
2

Marah
6

Terkejut
5

Sedih
15

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (37 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Buritan 26-10-2018 06:52 AM
Kata oku ye.. siann
Quote mieymiey 26-10-2018 07:55 AM
Hilang 2 tahun lalu?
Quote insulin 26-10-2018 07:57 AM
Takziah kepada keluarga si mati.
Quote EvieWanKenobi 26-10-2018 08:18 AM
macamana boleh berakhir di situ?
Quote saviour_09 26-10-2018 08:32 AM
kesian

hujung2 nyawa sorang2 kat situ
Quote kikuri 26-10-2018 08:54 AM
takziah
Quote minguk 26-10-2018 09:06 AM
baca kat komen fb semalam katanya OKU baik budaknya rajin.. mat nor
innalillah.
Quote justchu 26-10-2018 10:05 AM
alahai siannya.....mmg tggal rangka semata. payah agaknya bedah siasat nnt
Quote miss_bear 26-10-2018 10:12 AM
Rangka tu tak pakai baju ke..?
Ataupun baju tu reput sekali masa proses pereputan..?
Quote tokmuda 26-10-2018 10:15 AM
misteri ni

yg dah tak misteri si roy3 tu anak anjing atau bukan, sebab si roy3 dah sahkan si roy3 anak anjing.

bahahha



Quote lolita737 26-10-2018 10:21 AM
Kesiannya...semoga rohnya tenant di sana..
Quote meklalala 26-10-2018 10:27 AM
allahu..takziah kepada keluarga mangsa..semoga rohnya dicucuri rahmat..
Quote moonbug 26-10-2018 11:06 AM
Takziah. Lamanya dia hilang 2 tahun
Quote Suchi 26-10-2018 11:10 AM
minguk replied at 26-10-2018 09:06 AM
baca kat komen fb semalam katanya OKU baik budaknya rajin.. mat nor
innalillah.

Oku apa ye? Cemana dia boleh duk situ? Siannya agaknya kelaparan duk situ sampai ninggal sorang2.
Quote BoLapciOus 26-10-2018 01:17 PM
lolita737 replied at 26-10-2018 10:21 AM
Kesiannya...semoga rohnya tenant di sana..

sekala baca tgk cam tenat disana...huhu..typo rupanya..hehe
Quote kimsa-ra 26-10-2018 03:57 PM
kesian smpi decompose..
Quote Mary_jane 28-10-2018 12:50 AM
Kesiannya. Takziah.
Quote babynina30 28-10-2018 07:48 AM
miss_bear replied at 26-10-2018 10:12 AM
Rangka tu tak pakai baju ke..?
Ataupun baju tu reput sekali masa proses pereputan..?

Ya kan. I pon nk tanya soalan ni jgk.
Sbb 2thn dkt kwsn yg agak mustahil utk baju mereput, tak kena ujan panas.
Quote dodolgemok 28-10-2018 08:09 AM
Gmbar rangka pon nak blur ke? Facepalm dodol lehat

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 08:46 PM GMT+8 , Processed in 0.063511 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top