CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Dikasari Pemandu Bas Ekspress Kerana Bertanya 'Kenapa Lambat Sampai'

12-10-2018 04:41 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 6107| Komen: 14|Original author: Oleh: Azza




Sudah agak lama kita tidak mendengar kes berkaitan bas ekspres sama ada tragedi kemalangan atau pun isu dengan penumpang. Namun, sebenarnya masalah ini tetap berlaku cuma tidak disebarkan oleh media masa mungkin kerana penumpang cuma berdiam diri sahaja, kononnya malas mahu memanjangkan isu.

Namun tidak bagi netizen ini, Ilman Saldi yang ditumbuk oleh dua pemandu bas ekspres hanya kerana dia bertanya soalan "Kenapa lambat sampai?"


Kredit foto: Twitter

Menurut Ilman, selepas menanti selama sejam, barulah bas tersebut sampai di stesen minyak Gambang. Lalu dia bertanya kepada pemandu tersebut kenapa lambat sampai dan diberi jawapan mereka mengisi minyak. Seterusnya pemuda ini menaiki bas tersebut lalu duduk. Namun pemandu tersebut seakan tidak berpuas hati dengan pertanyaan itu lalu menyuruh Ilman turun daripada bas. Namun Ilman hanya berdiam diri kerana haknya untuk berada di dalam bas tersebut hinggalah dia ditumbuk oleh seorang pemandu lain menyebabkan bibirnya pecah dan tangannya luka.



Setelah sampai di Kuala Lumpur, Ilman membuat laporan polis berkenaan kejadian tersebut. Bagaimanapun, apa yang dikesalkan oleh Ilman ialah sebaik sahaja laporan dibuat, seorang anggota polis berpangkat Sarjan dari Kuantan menelefonnya memarahinya kerana bertanya 'soalan bodoh' kepada pemandu bas.

Kredit foto: Twitter

Ilman juga sempat bertanyakan petugas kaunter di stesen Terminal Bandar Selatan (TBS) dan mengejutkan rupa-rupanya isu ini sudah banyak kali berlaku tetapi tiada tindakan diambil kepada pemandu dan bas ekspres tersebut. Setelah membuat aduan kepada Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan respon yang diterima adalah kes berkenaan dibawah selian Polis DiRaja Malaysia (PDRM)

Kredit foto: Twitter

Manakala di TBS pula, polis bantuan telah menyoal pemandu dan alasan diberi adalah pemandu kedua sakit jantung, jika dia tidak menumbuk Ilman, maka Ilman yang akan menumbuknya dahulu. Selain itu, Ilman tidak menunjukkan salinan tiket kepadanya sedangkan ia diwajibkan, namun dinafikan oleh Ilman.

Tidak mahu berdiam diri, Ilman juga membuat aduan kepada peguam yang akan menghantar surat tuntutan permohonan maaf dan pampasan. Tempoh diberi untuk pihak syarikat bas tersebut respon adalah 14 hari.

Status Ilman menarik perhatian ramai kerani berani memperjuangkan haknya. Malahan ramai netizen mengadu mengalami masalah sama dengan syarikat bas sama yang langsung tidak berdisiplin.




Kredit foto: Carian Internet

Ternyata banyak juga kes membabitkan syarikat bas yang tidak beretika dialami oleh penumpang. Namun kerana tidak dilaporkan kepada pihak berkuasa membuatkan kes sebegini dipandang sepi. Oleh sebab itu, sebagai pengguna, semua perlu bersatu mempertahankan hak untuk mendapat perkhidmatan yang baik serta tidak dijadikan 'punching bag' oleh pihak yang tidak bertanggung jawab. - CARI 
9

Bagus
6

Marah
14

Terkejut
9

Sedih
13

Lawak
17

Bosan

Friends Rank (68 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote EvieWanKenobi 12-10-2018 04:52 PM
nasib baik gigi2 yang elok tu tak patah..
Quote MrsYaya 12-10-2018 04:53 PM
Semoga kakitangan Etika lebih ber'etika' lepas kes dilanjutkan
'Boikot' is the best solution because they are they service provider {:good
Quote Foxey 12-10-2018 04:58 PM
kita bayar kot untuk naik bas tu. bukannya free. dah dia lambat, boleh pulak dia marah bila ditanya.
Quote syidasaleh 12-10-2018 05:15 PM
Beretikanya pemandu etika ni siap ckp pasal sakit jantung. Kalau kau salah mohon betul2 sakit jantung. Lain kali jangan bawak bas kalau sakit jantung kerja jual tiket je. Tapi jgn kerja musim nak raya or cuti panjang. Takut makin sakit
Quote oak.balustrade 12-10-2018 05:28 PM
I feel u, dik. Pernah encountered keadaan yg sama. Driver bus looked as if butter wouldn't melt in his mouth. Scary hokay, muka baik tp bila dia start tinggi suara celangkan mata alamakkk monster
Quote helicornia 12-10-2018 06:07 PM
menarik perhatian ramai 'kerani'??
Quote MissVixen 12-10-2018 07:14 PM
Pemandu bas tu memang jahanam. Tapi yang lagi buat aku sakit hati adalah respons polis, spad tentang aduan mamat ni. Nak pertahankan hak, dikatakan tindakan bodoh!? Dafuq. Patut la pemandu kenderaan awam ni makin naik lemak. Penguatkuasa mana?!
Quote kawankau 12-10-2018 09:44 PM
helicornia replied at 12-10-2018 06:07 PM
menarik perhatian ramai 'kerani'??

Serius... aku ingatkan aku missed apa-apa dlm cerita ni....
adakah lelaki ni kerani.... tadi rasanya UMP... bukan student la...ha.. ok...  kerani kat UMP la kot...
atau adakah kerani syarikat bas tahu tapi buat aduan...
dah baru perhatian di tarik bagai... ler...
Quote L211 12-10-2018 11:46 PM
memang Etika Express tu krg ajar most of them.. kita nk beli tiket ehh dia boleh buat muka..tp kalau jantan  yg beli tiket perghhhh biji mutiara tu sah2 bergegar n basah.. huhuhu
Quote Jorja 13-10-2018 03:02 PM
Bagus dia terus deal dgn lawyer.. kalau tmpat I ni mostly masih takut takut nak upah laywer coz asyik fikir mahal mahal tu yg kalau kena aniaya pun tetap tak terbela
Quote Syzx18 14-10-2018 06:54 AM
Wow sampai ke lawyer kau... {:hooray
Quote ajram 14-10-2018 09:39 PM
Menarik perhatian kerana laaaaaa. Aiyooooo
Quote ohnoLia 14-10-2018 11:07 PM
Cantik tersusun dan putih bagai permata gigi adik tu..
Quote fushimi 15-10-2018 09:06 AM
kenapa polis bagi respon cam hanjing je

bagus ko saman je syarikat bas ni

sila boikot sekali

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 09:44 PM GMT+8 , Processed in 0.271974 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top