"Tiada niat untuk menyinggung hati mana-mana pihak kerana sepanjang penglibatan sebagai seorang artis, saya amat menghormati orang-orang yang sepentas dengan saya."
Gara-gara mencelah ketika pelakon senior Fauziah Ahmad Daud menyampaikan anugerah pada malam Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian ke-31 (ABPBH31) baru-baru ini, pelawak dan pengacara Ajak Shiro disifatkan berkelakuan biadab. Bagaimanapun, Ajak menafikan ada menerima surat saman daripada artis serba boleh itu. Wah, marah betul tu kalau sampai kena saman! Memetik Media Hiburan, Ajak berkata, dia hanya menjalankan tugasnya dan hal itu tidak sepatutnya diperbesarkan.
"Bagi saya isu ini tiada apa pun sebenarnya. Saya hanya menjalankan tugas saya sahaja sebagai pengacara. "Selepas malam tersebut, saya tidak menerima sebarang berita daripada beliau. Jadi, saya anggap tiada apa pon yang perlu diperbesarkan. Saya tahu Kak Ogy sayang saya," katanya kepada MH. Adakah Ajak akan lebih berhati-hati ketika mengacara selepas ini? "Sejujurnya, saya tidak akan berhati-hati kerana saya selesa dengan cara saya ketika ini. Cuma pada masa sama, rakan artis lain pun perlu menjadi lebih profesional," ujarnya. Setiap orang memiliki pendapat dan penerimaan berbeza. Mungkin ada yang melihat tindakan Ajak sebagai suatu yang normal bagi seorang pengacara dan pelawak, namun mungkin ada yang tidak selesa melihat artis senior diperlakukan sedemikian. - CARI |
14
Bagus |
23
Marah |
34
Terkejut |
15
Sedih |
28
Lawak |
25
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ninjago replied at 17-10-2018 11:18 AM
ajak laser apa kat dia??
damian_lee replied at 17-10-2018 11:14 AM
Mencelah apa sampai kena saman .. maaflah x layan ABP
ADVERTISEMENT