Malang nasib seorang lelaki apabila maut terjerut bajunya sendiri yang tersangkut pada eskalator kereta api bawah tanah New York. Sky News melaporkan, Carlos Alvarez, ditemui tidak sedarkan diri di bahagian atas eskalator.
Sebahagian baju lelaki berusia 48 tahun itu tersepit dalam eskalator manakala kolar bajunya menjerut leher. Polis yang tiba di tempat kejadian berjaya memotong baju yang dipakai oleh lelaki tersebut sebelum dikejarkan ke Hospital Lincoln, namun disahkan meninggal dunia. Seorang pekerja Pihak Berkuasa Pengangkutan Metropolitan (MTA) yang tidak dinamakan sebagai berkata bahawa ia adalah satu kemalangan yang mana seseorang telah terjatuh dan terseret naik ke atas.
Seorang saksi, Giovanni Fernandez, memberitahu, "Ketika saya keluar dari tren, saya nampak lelaki itu tersangkut di eskalator. "Ramai orang mengelilinginya dan dia berada di bahagian atas. "Saya nampak darah di kepalanya, kepalanya pecah dan dia tertiarap." -CARI
|
12
Bagus |
12
Marah |
10
Terkejut |
9
Sedih |
13
Lawak |
9
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT