CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Suara Macam Kartun Bawa Rezeki

5-11-2018 12:34 PM| Diterbitkan: cikqis88| Dilihat: 7508| Komen: 10|Original author: Oleh: The Queen

Siapa tidak kenal dengan siri animasi popular di Malaysia seperti Boboiboy dan Upin & Ipin kan? Selalu kita dapat dengar suara comel setiap watak dalam siri animasi tersebut dan pasti tertanya-tanya, siapakah di sebalik suara tersebut bukan?

Sumber foto : arieeoke.blogspot.com

Sumber foto : whatson.astro.com.my

Orang yang memberikan suara mereka pada watak dalam siri animasi seperti itu digelar sebagai pelakon suara. Berbeza dengan alih suara, pelakon suara menyiapkan dahulu lakonan suara mereka, dan barulah animasi dibuat. Alih suara pula memasukkan suara pada animasi sedia ada atau telah siap.


"Terbaekkkk~" 
"betul, betul, betul "
Itulah trademark yang sering diungkapkan oleh watak Boboiboy dan Upin & ipin. Selalu dengar kan? Jom lihat siapa pemilik suara comel itu.

Sumber foto : hmetro.com.my

Nur Fathiah Diaz, dilahirkan pada 22 Oktober 1999, melakonkan watak Boboiboy sejak dia berusia 12 tahun lagi sehinggalah sekarang. Fathiah mengatakan suaranya dalam boboiboy adalah suaranya yang sebenar.


Dia mula menceburkan diri sebagai pelakon suara sejak berumur 7 tahun lagi. Watak pertama yang dia lakonkan adalah watak paling penting dalam siri animasi no.1 Malaysia, Upin & Ipin.

Fathiah memegang watak sebagai pasangan kembar Upin & Ipin untuk 3 musim yang pertama sahaja sebelum berundur dan digantikan oleh Asyiela Putri untuk watak tersebut.

Sumber foto : ida-mandarin.blogspot.com

Bayaran sebagai pelakon suara agak lumayan bergantung pada watak yang dipegang dan boleh dijadikan sebagai kerjaya sambilan. Mungkin kalau industri animasi semakin berkembang di negara kita, boleh dijadikan kerjaya tetap pula kan? 


Ujibakat menjadi pelakon suara diadakan dari masa ke masa mengikut keperluan iaitu bila ada kekosongan suara untuk watak-watak tertentu. Jadi, bagi sesiapa yang berminat untuk mencuba, boleh lah sentiasa bersedia ya? - CARI 

22

Bagus
18

Marah
13

Terkejut
22

Sedih
9

Lawak
16

Bosan

Friends Rank (100 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 5-11-2018 12:45 PM
Tapi.paling lawak yap ee jean kot
Suara dia.mcm nak cepat.je
Hahahahaa
Quote maitang 5-11-2018 01:50 PM
ha, nak tau gak cemana nk try vo ni. teringin nk cuba.
Quote Artemesiaa 5-11-2018 01:54 PM
Betul kadang2 kekurangan itulah kelebihan untuk benda lain.  
Quote kakaro940 5-11-2018 02:25 PM
upin ipin musim pertama guna suara adik ni mmg best...lepas da d tukar suara upin ipin hmm episod pun x seberapa mcm dulu...suara adik ni mmg ada tarikan la..tgk la boboiboy tu spi sekarang aku pun suka tgk..lucu2 apa lg ada c gopal tu hahaha...
Quote greantea 5-11-2018 03:17 PM
kecik2 dulu aku teringin nak jd sore katun ni. tp sore x best.
Quote chicozinn 6-11-2018 12:40 AM
Bukan ke acik maya tu pn pelakon suara cardcaptor sakura kn?slain kartun tu ade x dia jadi watak lain?ernie zakry pn sme pelakon watak kartun pe tah..
Quote kroit92 6-11-2018 08:04 AM
greantea replied at 5-11-2018 03:17 PM
kecik2 dulu aku teringin nak jd sore katun ni. tp sore x best.

sama la
kat Jepun orang panggil kerja ni seiyuu
pelakon suara animasi

aku terdetik nak jadi seiyuu macam diorang ni sebab, sakit hati dengan sesape je lah artis dalam cerita dragonball, cerita2 super hero, suara buat nak tak nak je, mentang2 la yang tengok budak2
ada tu, satu suara sampai 4-5 watak. eh, ni watak lain, apesal suara sama. eh dia lagi. eh dia lagi
adoiii.. kecewa dengan kualiti
Quote puanbintang 7-11-2018 03:11 PM
comeinya adik ni....alhamdulilah, rezeki..suara dia tu kelebihan dia..setuju dengan yang kata disebalik kekurangan ada kelebihannya..
Quote kucing02 27-11-2018 04:47 PM
Bakat yg bwk rezeki..
Quote kucing02 27-11-2018 04:47 PM
Bakat yg bwk rezeki..

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 12:15 AM GMT+8 , Processed in 0.038866 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top