CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Muka Senget Dan Pipi Bergetar, Dunia Terasa Gelap Bila Diminta Buat Ujian HIV

24-10-2018 11:16 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7306| Komen: 36|Original author: Oleh: Myra Rozi

Seorang remaja yang pengsan sewaktu melakukan aktiviti kurikulum universiti berasa dunianya gelap gelita apabila doktor menyarankan agar dirinya menjalani ujian saringan HIV.


Cuaca terik melampau menyebabkan Mohammad Anas Zikril Hakim Alias, 19, pengsan dan terpaksa dikejarkan ke Hospital Alor Gajah, Melaka.

mStar online melaporkan, muka anas senget dan matanya tidak berhenti berkedip.


"Ini kali ketiga saya pengsan di kampus. Sedar-sedar je dah kat hospital. Saya diminta untuk buat imbasan CT. Bila dah selesai semua doktor bahagian kecemasan datang.

"Datang-datang terus tanya... awak tahu tak awak ada Bell's palsy both sides? Bermacam-macam mereka tanya. Dah kahwin ke belum? Awak dah ada anak ke? Duduk dengan siapa? Parents dekat mana?

"Lepas jawab semua pertanyaan itu, doktor kata esok saya kena jumpa pakar saraf. Dekat kepala dah fikir macam-macam. Mana taknya, macam-macam soalan ditanya end up dia suruh jumpa pakar saraf."

Foto: Twitter Anas
Tambahnya lagi, "Pagi esok, doktor pakar datang. Dia tanya soalan sama lagi. Lepas tu macam berlapik nak cakap sesuatu. Dia tanya awak tahu tak yang kebanyakan masalah berkaitan saraf muka dan otak ini selalunya ada HIV.

"Jadi dia minta saya buat ujian HIV. Bila dengar doktor cakap macam tu, saya rasakan dunia saya gelap, hidup saya seperti tiada arah tuju.

"Saya bercakap dalam hati, Ya Allah, apa lagi ujian yang engkau beri padaku, tak cukup lagikah dengan apa yang aku lalui sekarang ini."

Namun lega selepas keputusan ujian HIV tersebut negatif.

"Saya bersyukur kerana tidak menghidap HIV tapi penyakit Bell's palsy dan twitching saya masih sama sampai sekarang. Kalau nak diikutkan saya dah give up. Saya rasa macam tiada sebab dah nak hidup lagi.

"Hari-hari saya fikir nak bunuh diri sebab tak tahan. Tapi yang menguatkan diri saya sebab agama dan Allah. Itu sebab saya masih ada dekat dunia ni."


Buat pengetahuan, Bell's palsy adalah satu penyakit kelumpuhan muka idiopatik (tidak diketahui punca) akibat disfungsi saraf tengkorak VII (saraf muka) yang mengakibatkan ketidakupayaan mengawal otot muka pada bahagian yang terjejas.

"Sudahlah muka senget di sebelah kanan, mata pula tak berhenti-henti berkerdip, pipi pun bergetar. Ada orang kata saya mengada-gada tapi mereka tak tahu apa yang saya lalui sebab mereka hanya melihat dari luaran.

"Bayangkan kalau mata anda tak henti berkerdip manakala pipi pula bergetar selama setengah jam. Apa anda rasa?

"Saya jadi tak selesa. Kepala pun terasa sakit, penat dan badan jadi tak sihat. Kesan sakit kepala tu sampai ke telinga.

"Saya juga tak boleh kena panas. Nak senyum, nak gelak... nak menangis semua tak boleh. Saya kena kawal emosi saya. Saya tak boleh beri apa-apa tekanan terhadap muka saya.

"Jika saya tak kawal emosi, twitching tu akan start. Twitching tu akan berhenti sendiri, paling lama setengah jam.-CARI

17

Bagus
16

Marah
17

Terkejut
9

Sedih
19

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (91 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote insulin 24-10-2018 08:37 AM
Tabahnya dia ni menghadapi ujian ni. Rasa simpati dengan dia.
Quote sukacactus 24-10-2018 08:50 AM
Adik aku tahun lps ada kena bell palsy ni
Benda yg simple2 pun rasa susah nak buat
Minum nak pakai straw pun xleh
Senyum pun senget kadang2 rupa cam xde perasaan je
Pastu dia selalu urut muka & buat terapi kat spital dlm 6 bln kot dah ok balik
Quote zulka 24-10-2018 08:50 AM
kesian sgt..semoga dipermudahkan
Quote xtahumenahu 24-10-2018 08:53 AM
ada member baru lps pulih dari bells palsy ni
diorg refer as mild stroke
start dr stress yg amat sgt,.bangun2 terus kebas, jatuh pipi...twitching...
die pegi fisio...and makan ubat...nampak kurang...but still ada mild twitching tuh
Quote aHoi83 24-10-2018 08:54 AM
Handsome budak nya. Bertabahla ujian Allah. Makcik i pun ade sakit saraf ni. Even dah 2 kali operate pun tetap sama tk sembuh jua.
Quote umbut 24-10-2018 08:58 AM
Dulu2 zaman sek.. ada sorang budak pompuan jenis mata asyik terkenyit2 sebelah mata... tgk semua org terkenyit2.. kesian.. ha.. dia kenyit mata dgn kau
Quote NazRysha 24-10-2018 09:15 AM
permudahkanlah urusan adik ni
Quote meklalala 24-10-2018 09:35 AM
semoga sembuh seperti sediakala..comel dia masa umur 14 tahun tu
Quote JohnnySins 24-10-2018 09:49 AM
kalau penduboq2 etis yang kena cerebral palsy ni mesti depa salahkan mak depa sebab punca dia adalah abnormality otak sejak dalam perut mak depa lagi....tapi jarang OKU2 ni jadi penduboq2 etis..sebab depa faham bahawa sains tidak menjawab segalanya...wakakakakakakakakkakaak
Quote lazim 24-10-2018 09:49 AM
umbut replied at 24-10-2018 08:58 AM
Dulu2 zaman sek.. ada sorang budak pompuan jenis mata asyik terkenyit2 sebelah mata... tgk semua org ...

itu xada apa2 la. weols panggil benda tu pelak. style kelip mata macam kenyit mata. makcik aku ada srg mcm tu. rasa mcm ssh je tgk dia kelip mata
Quote chinta89 24-10-2018 09:54 AM
sy doakan adik sembuh. jgn duk sebut2 pilih mati.. mak ayah sape nak jaga? org lain lagi besar ujiannya dik, awak bertabah ye..


kalau dh give up, mcmne nk buktikan kpd semua org yg awak boleh berjaya even ade penyakit ni? kan bagus dik awak bjaya cemerlang, maka boleh jd inspirasi utk org lain jgk.
Quote zafira 24-10-2018 10:29 AM
my doter pun bell palsy juga.. kena masa sekolah menengah.. skrg in her 20s.. bertahun jugak nak baik.. buat fisio bagai... stop fisio senget balik.. on and off fisio gitu.. otot pipi sebelah kiri doktor cakap dah mati tapi kalau pandang sekali imbas xdelah obvious sangat.. sampai sekarang masih jumpa specialist..
pada adik anas,  bertabahlah adik ya... makan ubat, pi fisio, don't give up.. semoga dipermudahkan segala urusan..
Quote mieymiey 24-10-2018 10:35 AM
Petanda penyakit ni memang pipi bergetar ker?
Quote cekelatkopi 24-10-2018 10:45 AM
mcm mild stroke je?, my abang ipar dedua org jadi mcm ni mata pipi berkedip2 tu, mulut senget tp dah tua la 50 plus, sian adik ni muda lagi dah kena
Quote lina21 24-10-2018 10:49 AM
sabar dek ye...
walaupun mungkin ko sakit saraf seumur hidup tapi ko kena happy sbb keluarga ada bersama ko...
Quote Mary_jane 24-10-2018 10:50 AM
Macam mana boleh kena bell palsy ni? Sebab muda nya lagi, kalau due to stress and all. Moga cepat sembuh ye adik jambu.
Quote haryatie 24-10-2018 10:55 AM
kesiannya...
smoga Allah berikan kesembuhan
Quote minahmanja 24-10-2018 11:01 AM
pegi la buat akupuntur dik.. in shaa Allah mana tau serasi..
Quote DARSITA 24-10-2018 11:17 AM
Ini aii share tips:-

Banyak makan sayur hijau (terutamanya sayur kale) . Kalau boleh buat salad atau blend jadi juice .

Sebulan jer  Insya Allah boleh sembuh.

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 09:16 PM GMT+8 , Processed in 0.100309 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top