CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kerana Baju Kurung, Lelaki Tumbuk Nenek Sampai Parah

24-10-2018 12:26 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4570| Komen: 32

Gara-gara baju kurung, seorang lelaki tergamak menumbuk neneknya sendiri hingga parah kerana permintaannya tidak dilayan.

Sinar Harian melaporkan, Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini menjatuhkan hukuman penjarakan enam tahun terhadap penganggur itu atas kesalahan terbabit.



Foto: Sinar Harian

Keputusan dibuat Hakim Azman Mustapha selepas Shahrizan Ibrahim, 39, mengaku bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera parah.

Mengikut pertuduhan kes, Shahrizan didakwa menyebabkan kecederaan parah terhadap neneknya berusia 80 tahun di tepi sebuah rumah di Pengkalan Berangan, Marang pada 12 Oktober lalu, kira-kira jam 11 pagi.


Tertuduh yang memiliki rekod jenayah lampau termasuk mencuri kenderaan berdepan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, Shahrizan meminta warga emas itu membeli baju kurung seperti terdapat dalam majalah yang dibawanya.


Gambar Hiasan

Namun, tertuduh diminta neneknya untuk menyuruh ibunya membelikan baju itu sebelum dia sekali lagi menunjukkan majalah sama dan tidak diendahkan mangsa.

Berang tidak diendahkan, tertuduh mengayunkan majalah itu ke muka neneknya sebelum mangsa yang terkejut membalas dengan memukul tertuduh menggunakan penyapu dipegangnya.

Tindakan neneknya itu membuat tertuduh naik angin, lalu menumbuk mangsa hingga terjatuh sebelum meninggalkannya berlumuran darah.

Kejadian menyebabkan mangsa mengalami retak tulang hidung, tulang pipi kiri, lebam mata kiri dan kanan serta menerima empat jahitan pada hidung. - CARI
4

Bagus
7

Marah
2

Terkejut
10

Sedih
2

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (37 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote stania83 24-10-2018 12:31 PM
Cross dresser? mental?
Quote ^CUN_GILA~. 24-10-2018 12:40 PM
Crossdresser ke apa ni?
Quote jetrofa 24-10-2018 12:46 PM
hamboi senyuman cik lis sebelah kiri tu... posing maut yuuu!
Quote mieymiey 24-10-2018 12:52 PM
Dia nak buat apa baju kurung tu?
Tapi nenek tu sempat pukul dia dengan penyapu
Semoga nenek cepat sembuh.
Quote pearlspth 24-10-2018 12:54 PM
amboi manisnya senyuman abg polis
Quote minguk 24-10-2018 01:06 PM
dadah ni...
Quote shernazz 24-10-2018 01:15 PM
Senyum lebor habang polis kiri tu
Ye.la..bila lagi kan.nak.masuk.paper...
Baek senyum selebor mungkin..
Quote jalfa 24-10-2018 01:21 PM
Votem nak keluar almari ke dekk nak beli baju kurungzz??? Pinjam nenek je sehelai dua
Quote matchstick 24-10-2018 01:24 PM
kemahen taste ko nk baju kurung dalam majalah.
majalah apa lah agaknya tu..zaman skrg org usha baju yg nak dibeli dalam tenet je
Quote insulin 24-10-2018 01:28 PM
Haha. Senyum lebar brother polis sebelah kiri tu.
Quote krustykrab 24-10-2018 01:37 PM
Mcm posing dgn artis kesayangan
Quote fushimi 24-10-2018 01:41 PM
abam polis tu apahal over sangat senyum

ko nak suruh beli baju krung untuk sape
Quote meklalala 24-10-2018 02:01 PM
kau nak buat apa baju kurung tu awe wei???? nak bagi gelpren ke?

nenek patut hayun laju2 penyapu tu kat muka dia nek, sampai dia pengsan!

get well soon grandma!
Quote Carcosa 24-10-2018 02:21 PM
Mohtip, semua tegur pasal abamLis

Ehhh hanat ni. Umur dah 39 suruh nenek kau belikan baju. Baju kurung plak tu Yg penting, kau sempat merasa sebatan penyapu berapi drpd nenet Semoga nenet cepat pulih, and sambung bantai dia dgn penyapu sama
Quote paz 24-10-2018 02:24 PM
Ler minta dibelikan baju kurung aja ke?
Quote zehra2 24-10-2018 02:27 PM
Kecik2 tk nk mati. Dah tua menyusahkan org tua yg dh berumur 80thn
Quote gujiwa 24-10-2018 02:36 PM
baju kurung nak bagi awek ke ape ni?
Quote manehnya 24-10-2018 02:38 PM
sian nenek nya tu, kecik2 bela sampai besar cucu tu, di belasah nya pulak neneknya.. apa da... terok betoi la

p terjun jambatan la (la ni sebut terjun jambatan ja lah) musimm hahaha
Quote nobito 24-10-2018 02:47 PM
Pelik nye berita ni

Ko nak hadiahkan kat gf ke baju tu???

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 07:47 AM GMT+8 , Processed in 0.066157 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top