CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Aku Besarkan Anak Perempuan Aku Untuk Kau Dera Ke?"Lunyai Habis Lelaki Ini Dibelasah Pak Mentua

26-10-2018 11:36 AM| Diterbitkan: Sarirsa| Dilihat: 17245| Komen: 126|Original author: Oleh: Myeonir

Baru-baru ini, tular video seorang tua sedang membelasah seorang lelaki sehingga mulut dan hidungnya berdarah. Dipercayai lelaki tua itu adalah bapa mertua kepada lelaki yang dipukulnya itu. Menurut World Of Buzz, kejadian ini berlaku di Sarawak.

Betullah orang kata, bapa mana yang tak sayangkan anak sendiri, tambahan lagi anak perempuan. Lelaki tua itu naik angin apabila mengetahui yang menantunya itu telah mendera anak perempuannya.


Lelaki tua ini bertindak mengajar dan memarahi menantunya. Sepanjang video itu, dapat didengari lelaki tua itu berkata;


"Adakah aku membesarkan anak perempuan aku dari kecil sehingga besar supaya kau dapat membelasahnya?"

"Aku dah bagi amaran kepada kau, aku benarkan anak aku berkahwin tapi kau memperlakukannya sebegini!"

Demi ingin 'mengajar' menantunya itu, lelaki tua ini telah merotan dan memukulnya di khalayak ramai. Menantunya itu dilihat hanya melindungi dirinya menggunakan tangan.

Kredit foto: Facebook
Bukan itu sahaja, lelaki tua ini juga berang kerana menantunya tidak menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ketua keluarga. Dia juga berterusan memarahi menantunya itu;

"Kau minta maaf dengan aku? Masa kau belasah anak aku ada kau minta maaf dengan dia? Kau ingat aku akan biarkan macam tu sahaja?"

"Kau tahu tak apa kesalahan kau ni? Nampaknya kau tak takut dengan aku, kalau macam tu bangun dan pukul aku sekarang!"

Lepas itu, ada seorang lelaki lain bagi rotan yang lebih tebal dan dia terus melibas menantunya itu. 

"Kalau mak bapa kau tak ajar, biar aku yang ajarkan. Kau tahu tak mak bapak kau datang merayu dekat aku?" Lelaki tua itu kemudian terus berlalu pergi dan meninggalkan menantunya terkapai-kapai di tepi jalan.

Ramai netizen yang menyokong tindakan bapa mertua ini dan mengatakan menantunya itu layak diberi pengajaran. Pun begitu, ada juga yang mengatakan mereka tidak menyokong keganasan tapi merasakan lelaki tersebut layak menerima habuan tersebut atas perbuatan terkutuknya.

Bapa dia dah tatang anaknya macam puteri, lepas tu kau suka hati nak naikkan tangan. Memang kenalah! -CARI
38

Bagus
26

Marah
53

Terkejut
8

Sedih
25

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (155 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote haryatie 26-10-2018 11:38 AM
bagussss......belasah jerk
Quote awanearisu 26-10-2018 11:39 AM
Usik lagi anak bapa. Ditatang anaknya bagai seorang puteri. Mendapatlah. #teambapamertua
Quote sinalegna 26-10-2018 11:43 AM
Cash
Quote cewekbopot 26-10-2018 11:45 AM
emang selayaknya la
Quote noraidil_06 26-10-2018 11:45 AM
Ini makannye.
Esok anak dara i, dpt laki mcm ni (Nauzubillah)
Mmg kena belasah la
Quote prettyuglybabe 26-10-2018 11:46 AM
Edited by prettyuglybabe at 26-10-2018 01:09 PM

kalau la semua bapa macam uncle ni, mesti lelaki tak berani pukul and buli bini lagi..
good job uncle..
pada si anak, hargai dan sayangi la bapak kamu tu..

and pada bapa sekalian, please la lindungi anak perempuan kamu walau mereka dah kawin pun..
no such thing tak nak masuk campur hal anak-anak..
so perempuan, kalau korang didera mental dan fizikal, please get help..
jangan jadi bodoh aib aib bagai..
Quote Artemesiaa 26-10-2018 11:46 AM
Mendapat sudah
Quote saviour_09 26-10-2018 11:48 AM
anak pompuan ni memang bapak belai macam princess
pecah muka la kalo usik
lagi2 dera mental fizikal
mujur tak mampus je ko mat
Quote shernazz 26-10-2018 11:49 AM
Cash lah.laki x bertelur je yang suka belasah pompuan
Quote EvieWanKenobi 26-10-2018 11:49 AM
baru tau langit tinggi ke rendah..
Quote Meiizu 26-10-2018 11:51 AM
bangganya dapat ayah mcm ni. memang patut jantan tu kena
Quote tokmuda 26-10-2018 11:52 AM
selain dera bini, kaum ni laki bini selalu dera maid.



Quote xtahumenahu 26-10-2018 11:52 AM
Bagus!!!
Sokong sgt bapak nih
Quote DeeHanania 26-10-2018 11:54 AM
Memang aku setuju yg gan pakcik nie...
Elok2 kita jaga anak kita,
Dpt menantu mcm hantu,
Rasain laa
#teampakcik
Quote dess402 26-10-2018 11:54 AM
aku pun biasanya tak sokong keganasan tapi kali ni aku setuju. cuma aku kalau ada kat sebelah tu satu aje aku nak pesan..  jangan sampai mati udah.
Quote woddy 26-10-2018 11:54 AM
prettyuglybabe replied at 26-10-2018 11:46 AM
kalau la semua bapa macam uncle ni, mesti lelaki berani pukul and buli bini lagi..
good job uncle.. ...

betul tu....ramai benar netizen ayat depa "jangan aibkan orang tu" "tutup la aib orang tu, Allah akan tutup pulak aib kamu"..cannot brain this type of human...

ini bukan citer pasal aib...ni citer ttg memberi kesedaran..sedangkan hukum hudud pun jika d sebat d khayalak ramai utk apa tujuan asalnya...memberi kesedaran...

sy sokong tindakan dia....
Quote fff_cat 26-10-2018 11:56 AM
Betul ke dia mendera bini dia ke anak pakcik tu saje2 menambah perisa... maklumlah pompuan tgh marah..

Aku penahlah tgk kes camni. Mak sedara aku dulu kaki cemburu. Laki balik dr masjid lambat pun nak carik gaduh.. mulut cam longkang. Dgn sapelah yg dia tak gaduh... last2 kena pelempang sedas.

Jap gi bapak dgn abgnya datang setelah dpt laporan gi tibai bapak sedara aku sampai lari gi rumah sedara dgn darah2..

Last2 sesudah beberapa tahun mak sedara aku stroke time ngandung n koma.. bila dia sedar dia sudah cacat.. tgn kaki keras cakap pelat. Family dia pun tak mau jaga..  nenek aku yg dia asyik gaduh jugak yg amik org gaji jaga dia..
Quote meklalala 26-10-2018 12:01 PM
bagus pakcik..saya sokong tindakan pakcik ni, memang patut ajar orang macam tu sekali...tapi pakcik jangan ikutkan amarah sangat takut nanti pakcik pulak yang susah dikemudian hari..semoga pakcik dilindungi..
Quote myakayina 26-10-2018 12:02 PM
bravo uncle...

Lihat semua komen(126)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 07:24 PM GMT+8 , Processed in 0.063469 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top