CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

Terima Gelaran Datuk Seri, Peminat Pertikai Apa Sumbangan Rossa?

26-10-2018 12:50 PM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 11312| Komen: 36|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Selepas menerima darjah kebesaran dengan gelaran Datuk lima tahun lalu, penyanyi kelahiran Indonesia, Sri Rosa Roslaina Handiyahi atau Rossa kini sekali lagi dikurniakan darjah kebesaran Negeri Pahang yang lebih tinggi iaitu Darjah Sri Sultan Ahmad Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri. 



Kredit foto: KLICK.MY

Penyanyi itu antara 19 penerima darjah kebesaran yang berlangsung di Istana Abu Bakar, Pekan Pahang. Datuk Seri Rossa menyatakan rasa syukur atas pengurniaan tersebut dan menyifatkannya sebagai satu hadiah istemewa untuk ulang tahun kelahirannya yang ke-40.


Kredit foto: Utusan Online


Memetik Berita Harian, penyanyi yang popular dengan lagu Pudar itu berkata pingat berkenaan akan menjadi pemangkin kepada karier seninya dalam industri muzik serantau. 

"Mungkin juga ini penghargaan kepada saya setelah berkecimpung dalam dunia seni selama 21 tahun," katanya.


Kredit foto: Instagram

Walau bagaimanapun, ramai netizen mempersoalkan pengurniaan darjah kebesaran tersebut memandangkan mereka tidak pernah mendengar sebarang sumbangan Rossa kepada industri dan komuniti setempat khasnya. 

"Rakyat pening kepala atas dasar apa sebenarnya darjah kebesaran itu diberi kepada seseorang? Adakah atas dasar suka hati kami lah!" kata seorang pembaca Malaysiakini.


Kredit foto: Facebook


Kredit foto: Facebook


Kredit foto: Facebook

Semakan di laman Wikipedia menyatakan Pingat SSAP yang diterima Datuk Seri Rossa biasanya dikhaskan kepada mereka yang memberikan perkhidmatan yang terpuji dan cemerlang kepada Raja , rakyat dan Negeri Pahang Darul Makmur.


Kredit foto: Wikipedia

Walaupun biasanya diberikan kepada Pegawai Kerajaan Peringkat Tertinggi, pingat ini juga boleh dianugerahkan kepada sesiapa sahaja yang difikirkan layak menerimanya. 

Jadi tidak ada salahnya jika Datuk Seri Rossa menerima antara anugerah tertinggi Negeri Pahang ini. Eh, ke macam mana? - CARI
15

Bagus
12

Marah
20

Terkejut
11

Sedih
18

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (81 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Sang_Pencinta 26-10-2018 01:17 PM
Apa kata orang Pahang...?
Quote kaseh80 26-10-2018 01:33 PM
Besar sgt ke jasa Rossa pada rakyat Malaysia?
Quote ninjago 26-10-2018 01:36 PM
Dia memang rapat ngan kerabat Pahang kan.. selalu sgt dtg Malaysia lepak ngan dorg. btw betul ke dah kawin ngan Afgan?? kecewa i
Quote Orgkgdukobesi 26-10-2018 02:13 PM
Dah takda lagi rakyat pahang yang layak kah hingga sampai ke rakyat negara luar dapat? Kesian rakyat, ibarat anak dirumah mati kelaparan, kera dihutan pulak disusukan.
Quote Artemesiaa 26-10-2018 02:42 PM
Dia selalu dapat jemputan untuk majlis vvip so tak heran kenapa dia dapat anugerah tu.  Tapi rasanya sekarang lagi hangat gossip pasal dia nikah dengan Afgan dari title Datuk yang dia terima.
Quote purplebear 26-10-2018 03:08 PM
Dia memang selalu meleset2 kat orka2 malaysia kan
Quote pai.kacang 26-10-2018 03:10 PM
dapat sebab connection dgn kerabat ni.
Quote Sang_Pencinta 26-10-2018 03:11 PM
Dia memang baik dengan kerabat kah?
Quote saviour_09 26-10-2018 03:24 PM
tak la
dia ni orang rumah 500, pekan tu
sebagai anak jati pahang, tak salah soltan menghargai beliau

#doneclaim
Quote esbok 26-10-2018 03:39 PM
Tak bole ke institusi raja ni  jaga quality. Buat kan title dato ni satu title yang susah nak dpt. mcm tak relevan langsung
Quote Sang_Pencinta 26-10-2018 03:44 PM
esbok replied at 26-10-2018 03:39 PM
Tak bole ke institusi raja ni  jaga quality. Buat kan title dato ni satu title yang susah nak dpt. m ...

Ikut negeri-negeri kot


Johor dan Perak macam susah nak dapat

Pahang2 merata-rata dapat
Quote kikuri 26-10-2018 04:05 PM
sebab sheols selalu terima jemputan nyanyi katanya... tak pernah tolak kalo pahang panggil buat show... sebab tu dapat title dato' sri...
Quote Sang_Pencinta 26-10-2018 04:33 PM
Edited by Sang_Pencinta at 26-10-2018 06:53 PM
kikuri replied at 26-10-2018 04:05 PM
sebab sheols selalu terima jemputan nyanyi katanya... tak pernah tolak kalo pahang panggil buat show ...


Patutlah ramai artis dapat datuk belah sana. Asal tak tolak persembahan dapat.
Quote giyomi 26-10-2018 06:38 PM
mmg tak faham pengurniaan pangkat di pahang ni...sesenang petik jari jer dpt...rakyat tgh kebulur tapi bg pingat kat artis yg ntah apa sumbangannya kepada rakyat. pangkat dan pingat sudah tak bernilai di malaysia
Quote Sang_Pencinta 26-10-2018 07:16 PM
giyomi replied at 26-10-2018 06:38 PM
mmg tak faham pengurniaan pangkat di pahang ni...sesenang petik jari jer dpt...rakyat tgh kebulur ta ...

Ada orang kata siapa2 yg dapat pingat ni kena bayar yuran cth rm70k utk datuk etc. Tak tahu negeri mana dan betul ke tidak
Quote salmon-suki 26-10-2018 10:40 PM
Mmg boleh ek bagi darjat kebesaran kat org negara lain?kt tmpt lain xde pn camni..hanya di negeri pahang sajer je..indo sendiri takde bg darjat kebesaran kt retis negara kita..wai boder nak bg kt retis dorg?dah ler sumbangan ape pun xtaw..puihhhhhhh~!
Quote whitePoison 26-10-2018 10:48 PM
Janji hulur duit..bangla pun boleh dapat datok tau Btw rossa tu selalu dapat jemputan untuk hiburkan orang2 sana termasuklah baju kuning tu.. Hiburkan dengan nyanyian.
Quote rain2169 26-10-2018 10:56 PM
Walau bagaimanapun, ramai netizen mempersoalkan pengurniaan darjah kebesaran tersebut memandangkan mereka tidak pernah mendengar sebarang sumbangan Rossa kepada industri dan komuniti setempat khasnya.

"Rakyat pening kepala atas dasar apa sebenarnya darjah kebesaran itu diberi kepada seseorang? Adakah atas dasar suka hati kami lah!" kata seorang pembaca Malaysiakini.


walla...... sampai pening rakyat malaysia memikirkan tentang masalah ni.....
Quote gigahertz 26-10-2018 11:18 PM
esbok: Tak bole ke institusi raja ni  jaga quality. Buat kan title dato ni satu title yang susah nak dpt. mcm tak relevan langsung

tgk sultan johor. bayar rm1juta pun tak bagi

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 10:52 AM GMT+8 , Processed in 0.052252 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top