CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Pasangan Kaki Selfie Instagram Popular Maut Jatuh Gaung

19-11-2018 05:37 PM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 13974| Komen: 15|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Mayat pasangan Meenakshi Moorthy, 30 dan Vishnu Viswanath, 29 yang popular dengan Instagram @holidaysandhappilyeverafters akhirnya dijumpai 800 kaki di bawah jurang Taft Point, berdekatan Yosemite National Park dua hari selepas usaha sepasukan pakar penyelamat mencari dikerahkan.



Kredit Foto: Ney York Post


'Dengan penuh rasa sedih, kami ingin mengumumkan kematian kakitangan kami Vishnu Viswanath' kata jurucakap syarikat berkenaan. Syarikat itu juga mengucapkan takziah kepada keluarga Vishnu. Tidak diketahui bagaimana pasangan tersebut jatuh tetapi abang kepada Viswanath memberitahu NBC bahawa mereka berdua dipercayai mendirikan tripod di tebing jurang tersebut untuk mengambil gambar selfie. Keesokan harinya, beberapa orang ternampak tripod tersebut dan melaporkan kepada pihak berkuasa.



Kredit Foto: ABC News


Di Taft Point, pelawat boleh menelusuri tebing granit sepanjang jurang yang tidak dipasang dengan penghadang sepenuhnya dan menjadi ancaman keselamatan kepada pengunjung yang lalai. Jurucakap Yosemite National Park, Jamie Richards yang dihubungi tidak mahu memberikan sebarang ulasan, bagaimanapun beliau memberitahu suratkhabar Mercury News bahawa kawasan itu adalah berbahaya dan semua pengunjung sedar mengenainya.


Kredit Foto: Instagram


Moorthy sendiri sering memberikan amaran kepada pengikut Instagram mereka supaya tidak mengambil risiko demi mengejar 'like'. Ironiknya, beliau sendiri sering bergambar di kawasan berbahaya, termasuklah di tebing Grand Canyon baru baru ini.


Kredit Foto: Instagram


Pasangan Moorthy dan Viswanath bukanlah orang yang pertama mati di lokasi ini. Pada tahun 2015, dua orang pendaki mati selepas membuat penerjunan payung terjun di sini, akibat terhempas apabila kamera GoPro yang diikat di topi keselamatan salah seorang penerjun itu tersangkut.


Malang tidak berbau. Satu pengajaran untuk kaki selfie dan kaki travel. - CARI


16

Bagus
12

Marah
20

Terkejut
27

Sedih
16

Lawak
19

Bosan

Friends Rank (110 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote munchkin 19-11-2018 06:46 PM
Salam takziah tapi ko pun kejar likes juga
Quote gummiebear 19-11-2018 06:48 PM
Apa yang dia nasihat itu jugak yang dia buat. Semoga dapat dijadikan pengajaran buat mereka yang sanggup buat aksi2 berbahaya demi secebis like. Totally not worth it

RIP
Quote Sang_Pencinta 19-11-2018 07:45 PM
Aduh. like punya pasal
Quote Sang_Pencinta 19-11-2018 07:52 PM
munchkin replied at 19-11-2018 06:46 PM
Salam takziah tapi ko pun kejar likes juga

Kan? Dia selalu bagi amaran jangan buat bahaya mengejar likes, sendiri pun sama
Quote munchkin 19-11-2018 07:54 PM
Sang_Pencinta replied at 19-11-2018 07:52 PM
Kan? Dia selalu bagi amaran jangan buat bahaya mengejar likes, sendiri pun sama

Sembang je. Ntah ntah takut org lain lagi femes.

Kalau tak kejar likes udah private account tu.
Quote dubuk 19-11-2018 08:35 PM
tengok je lah dunia ni mengikut seluas mata memandang.. tak payah lah panjat membahaya diri
Quote esbok 19-11-2018 09:18 PM
Kan ada kata2. Kita akan mati dalam apa yang kita suka buat
Quote meklalala 19-11-2018 10:52 PM
Berhati hati lah setika selfie..risau memikirkan kawan kawan ramai berselfie di bukit bukit dan gunung..benda benda macam ni bukan boleh jangka, selfie selfie jugak tapi keselamatan harus diutamakan..takziah kepada keluarga kedua duanya.
Quote zuriey 20-11-2018 12:10 PM
Seriau tgk kwn2 yg kaki hiking dok bergambar
Quote moonbug 20-11-2018 03:47 PM
Demi sekeping selfie
Quote Redvelvet3 26-11-2018 04:15 PM
Berhati-hatilah...jgn cari bahaya
Quote cikgujun 26-11-2018 04:35 PM
jeng jeng jeng ke ada org tolak but claimed it selfie-death,oh my watching too much thriller drama
Quote zie_indah 26-11-2018 10:18 PM
Ok bye..nasihat org jgn nk kejar like abih tu dia????..
Quote azl1561 27-11-2018 09:34 AM
Tak berbaloi selfie di tempat yg berbahaya.....
Quote Sang_Pencinta 27-11-2018 07:48 PM
Orang kalau yg gayat ni, nak menghampiri tebing gaung pun bergegar badan

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 03:53 AM GMT+8 , Processed in 0.038129 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top