Bagi kebanyakan peragawati, dipilih sebagai salah seorang model dalam acara tahunan Victoria's Secret Fashion Show boleh dikatakan kemuncak kepada kerjaya peragaan mereka. Tahun ini acara gilang-gemilang ini akan diadakan kembali di New York selepas Paris pada tahun 2016 dan Shanghai, China pada tahun 2017. Model-model tetap yang akan kembali termasuklah Kendall Jenner, Gigi dan Bella Hadid, Sui He, Barbara Fialho dan ramai lagi yang boleh dikatakan veteran dan sudah dikenali ramai. Bagaimanapun, , Victoria's Secret Fashion Show akan menampilkan 18 muka baru yang sudah semestinya cantik, segar dan seksi, dan tampil di pentas VS buat pertama kalinya! Mari kita kenali 18 model baru yang bakal menyinar dalam Victoria Secret Fashion Show tahun ini; Alannah Walton, 18 Antara model paling muda tahun ini. Dipelawa menjadi model apabila seorang kakitangan IMG Models menemui gadis dari Australia ini di Instagram. Sudah berpengalaman menjadi muka depan untuk banyak majalah termasuk Vogue. Winnie Harlow, 24 Berasal dari Canada, Winnie meraih gelaran Breakthrough Model of The Year tahun ini. Mempunyai kecacatan kulit tetapi bangga mempromosikan imej tubuh yang positif di pentas peragaan. 'Saya mewakili mimpi semua wanita' kata Winnie. Kini sedang hangat bercinta dengan penyanyi hip hop Wiz Khalifa. Duckie Thot, 23 Berasal dari Melbourne, Australia, Duckie adalah pemenang tempat ketiga dalam rancangan Australia's Next Top Model pada tahun 2013. Pernah menjadi model pakaian Kanye West dan Rihanna. Iesha Hodges, 23 Memenangi pertandingan Ford Model's Search Contest pada tahun 2014. Ingin menjadi duta kepada kecantikan wanita pelbagai warna kulit. Pernah menjadi model untuk Christian Cowan dan Dior. Isilda Moreira, 19 Berasal dari Portugal, Isilda ditawarkan menjadi model ketika berumur 14 tahun apabila seorang agen menemuinya semasa bercuti di London. Kini beliau model kesayangan pereka Oscar de la Renta dan Dolce & Gabanna. Josie Canseco, 21 Anak gadis kepada pemain baseball terkenal Jose Canseco. Seorang yang sayangkan binatang dan penyokong PETA. Pernah menjadi model untuk pereka Sherri Hill. Kelsey Merrit, 22 Menjadi sejarah sebagai model Filipina pertama di Victoria's Secret Fashion Show. Baru menamatkan pengajian dalam bidang komunikasi dari sebuah universiti di Manila. Mengatakan menjadi model dalam pertunjukan ini sebagai penghormatan dan mimpinya yang menjadi kenyataan. Lorena Rae, 24 Berasal dari Jerman, dan popular di media social. Beliau mempunyai hampir 1.2 juta pengikut di Instagram. Beliau juga pernah memperagakan fesyen untuk Versace dan Hugo Boss. Maia Cotton, 19 Berasal dari New Zealand tetapi menetap di New York. Cotton pernah menjadi model untuk VS Pink dan jenama fesyen terkenal dari Melbourne, Forever New. Mayowa Nicholas, 20 Berasal dari Nigeria, Mayowa sebenarnya terpilih pada tahun lalu tetapi permohonan visanya ke China ditolak oleh negara tersebut tanpa sebarang alasan diberikan. Beliau adalah model kesayangan Calvin Klien dan Saint Laurent. Melie Tiacoh, 22 Berasal dari Paris tetapi dibesarkan di Ivory Coast, beliau bangga mewakili negaranya terpilih untuk pertunjukan ini. Sudah menghiasi beberapa muka depan Vogue dan Cosmopolitan. Myrthe Bolt, 19 Berasal dari Netherlands, beliau sebenarnya sudah menyertai banyak pertunjukan untuk pelbagai pereka esyen seluruh dunia termasuk Miu Miu, Topshop dan Versace tetapi baru tahun ini menghadiri pemilihan untuk Victoria's Secret. Sabah Koj, 22 Berasal dari Sudan Selatan, Koj berpindah ke Australia ketika berumur 7 tahun. Pada tahun 2016, beliau menjadi model Afrika pertama menjadi pembuka pertunjukan dalam pertunjukan fesyen di Australia. Sadie Newman, 24 Berasal dari Britain, beliau sudah menjadi model sejak berumur 14 tahun lagi dan mewakili Victoria's Secret memanglah menjadi idamannya. Di Instagram, beliau mengatakan rasa gembiranya sebab terpilih. Pernah menjadi model untuk kempen Balenciaga. Sofie Grace Rovenstine, 19 Seorang ratu cantik dan penyandang gelaran Miss Teen Tennessee USA. Sudah menjadi model sejak di alam persekolahan lagi termasuk untuk pereka Zac Posen dan Christian Siriano. Willow Hand, 19 Berasal dari Florida, pernah mengetuai pertunjukan fesyen Prada pada tahun 2015, ketika itu Willow masih berumur 16 tahun. Seperti model lain, mengimpikan menjadi model VS sejak kecil lagi. Cheyenne Maya Carly, 22 Dipelawa menjadi model apabile seorang agen menemuinya sedang bermain kasut roda di Taman Victoria, London pada tahun 2013. Pernah menjadi model untuk kosmetik milik penyanyi Rihanna. Sudah menghiasi muka depan Vogue, Elle dan Cosmopolitan. Yasmin Wijnaldum, 20 Mula menjadi model ketika berumur 17 tahun untuk kempen Prada. Menjadi pilihan Chanel dan Givency kerana bentuk mukanya yang unik. Jika penampilan pertama mereka tidak memukau, kedudukan mereka tidak kekal lama kerana beribu-ribu pendatang baru sentiasa bersedia untuk menggantikan tempat mereka setiap tahun dan bilangan model yang dipilih amatlah terhad. Model terkenal Malaysia, Amber Chia dikatakan antara yang pernah menghadiri ujibakat tetapi tidak berjaya. Persoalannya, siapakah di antara model-model baru ini yang punya potensi untuk merampas kedudukan model veteran pada tahun akan datang? -CARI |
16
Bagus |
12
Marah |
9
Terkejut |
7
Sedih |
15
Lawak |
18
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
annehuda replied at 5-11-2018 02:15 PM
sbb vsfs ni pemurah sgt nk kasik wing. kalau zaman dulu angel dpt wing tu mmg btul2 top. ni ntah ses ...
salmon-suki: Ape y best jd angle VS ni?huhu...
salmon-suki replied at 5-11-2018 05:59 PM
Ape y best jd angle VS ni?huhu...
irwansuhadi replied at 5-11-2018 06:24 PM
fuhh...favorite show.
Sang_Pencinta replied at 5-11-2018 06:23 PM
Publisiti meluas kot
Lepas jg Angel terus saham naik
ADVERTISEMENT