CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Angin Syaitan Burukkan Kebakaran Di California, Ratusan Selebriti Terkenal Berpindah

3-12-2018 12:34 PM| Diterbitkan: soretos| Dilihat: 3521| Komen: 16|Original author: Oleh: alivehope

Kebakaran hutan yang mematikan di California telah memaksa ratusan ribu penduduk untuk berpindah, termasuk beberapa selebriti yang telah kehilangan rumah mereka akibat kecelakaan itu.

 

Neil Young, Robin Thicke, Gerard Butler dan Miley Cyrus adalah antara selebriti yang rumah mereka telah musnah akibat dari kebakaran Woolsey yang mengamuk di utara Los Angeles di Southern California, yang dipaparkan menerusi akaun Twitter masing-masing.

 

Butler memuatnaik gambar di Twitter mengenai peninggalan barang-barang yang telah hangus terbakar di rumahnya di Malibu dan mengucapkan terima kasih kepada anggota bomba di atas keberanian mereka.



Kredit Foto: CNN


Cyrus pula berkata di Twitter bahawa dia benar-benar kecewa dengan kebakaran yang berlaku di komunitinya.

 

"Saya adalah salah seorang yang bertuah, binatang peliharaan dan orang tersayang selamat dan itulah yang penting sekarang. Rumah saya tidak lagi berdiri tetapi kenangan yang dikongsi bersama dengan keluarga dan kawan-kawan tetap berdiri teguh. Saya mengucapkan terima kasih dan syukur kepada anggota bomba dan jabatan Sheriff negara LA! "



Kredit Foto: CNN


Young menerusi laman internet telah menyalahkan perubahan iklim dan berkata, "Saya telah kehilangan rumah saya pada kebakaran sebelum ini dan kali ini ia berlaku lagi di California."


Kebakaran api Woolsey adalah salah satu daripada tiga kebakaran besar yang membakar California. Sehingga malam Ahad (11 Nov), api telah menyebar ke 85,500 ekar dan hanya terdapat 15% kawasan yang terselamat. Dengan kebakaran Hill yang lebih kecil, yang meliputi 4,531 ekar, kebakaran Woolsey setakat ini telah menghancurkan 179 struktur, tetapi pegawai bomba mengatakan 57,000 lagi terancam.


Api ketiga, kebakaran Camp Utara California, adalah paling banyak mengorbankan nyawa dan harta benda yang tercatat dalam sejarah negara dan salah satu yang paling dahsyat. Kebakaran itu hampir membakar bandar Paradise, memusnahkan ribuan rumah dan struktur. Sebanyak 228 orang masih hilang dan sekurang-kurangnya 31 orang telah mati dalam kebakaran.

 

"Tidak normal! Ini bukan perkara biasa yang baru, ini adalah tidak normal." kata Gov. Jerry Brown mengenai peranan perubahan iklim dalam memacu kebakaran tersebut. "Ayam-ayam telah pulang ke rumah untuk berehat, ini benar -benar berlaku” merujuk kepada kebakaran tersebut.



Data statistik terkini sehingga pagi Isnin, 12 Nov.



Kredit Foto : CNN, mereka yang berada di zon Mandatori diberi amaran  supaya meninggalkan kawasan itu dan mendapatkan bantuan dari para bomba



Kredit Foto : CNN, Roger Bloxberg dan isterinya, Anne  berpelukan sambil melihat kebakaran hutan diatas puncak bukit Los Angeles pada 9 Nov.

Kredit Foto: CNN, kebakaran Camp memusnahkan kawasan bukit berhampiran Big Bend pada 10 Nov.

Kredit Foto: CNN, ahli bomba memadamkan api pada pokok Palma di Malibu pada 9 Nov.


Ketua bomba Los Angeles County Daryl Osby menyokong sentimen Brown, mencatat betapa cepatnya kemusnahan kebakaran yang merebak di seluruh negeri.

 

Bahagian selatan negara itu sebelum ini adalah tempat  mereka bergantung untuk mendapat bantuan jika berlaku kebakaran akan tetapi hal itu tidak lagi berlaku.

 

"Dan seperti yang ditunjukkan oleh Kebakaran Camp di Northern California adalah lebih besar daripada ini, lebih banyak struktur telah hilang, lebih banyak nyawa telah terkorban. Dari keadaan di seluruh negara sekarang bahawa kita berada dalam perubahan iklim dan bukti ini akan berada di sini untuk masa hadapan, "kata Osby.

 

Pada hari Ahad sebelum itu, para ahli bomba menghadapi serangan  angin kuat atau dipanggil ' Angin Syaitan' di sepanjang Lebuhraya Pantai Pasifik antara Malibu dan Bell Canyon di Ventura County. 




Kredit Foto CNN,  kelihatan asap besar dan tebal diiringi angin yang kuat  di Malibu pada 9 Nov.

Kredit Foto : CNN, kebakaran Woolsey yang berlaku di Malibu. Komuniti ini terkenal dengan kediaman tepi pantai selebriti terkenal.

Kredit Foto :CNN, ahli Bomba sedang memerhati asap tebal di Malibu pada 11 Nov.


Kredit Foto : CNN, sebuah kenderaan melalui asap tebal berhampiran Pulga, Ahad, 10 Nov.

Keadaan yang tidak diingini dijangka akan berterusan dan mengancam akan berlakunya kebakaran baru yang boleh menjangkau garis-garis perlindungan. kata Osby.

 

Walaupun kemarau telah dilihat semakin berkurang, ia masih di dalam lingkungan tidak normal, menurut ahli meteorologi CNN, Taylor Ward. Lebih teruk lagi, kemarau telah  meninggalkan banyak tumbuh-tumbuhan kering yang boleh menyebabkan kebakaran lagi mudah merebak ke kawasan sekitar. - CARI 


 

Kredit Foto:CNN, asap tebal dari kebakaran kelihatan dari atas helikopter di Malibu pada 10 Nov.

Kredit foto: CNN, imej satelit daripada NASA menunjukkan kebakaran Camp di Utara California.

Kredit foto: CNN, matahari terbit di atas Lautan Pasifik dimana kebakaran Woolsey berlaku di Malibu pada 11 Nov.


Kredit foto: CNN, sebuah pesawat menjatuhkan bahan kimia kalis api di kawasan bukit Malibu pada 11 Nov.



17

Bagus
12

Marah
19

Terkejut
16

Sedih
18

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (96 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote besarkecik 3-12-2018 12:39 PM
Dasat jugak.. Tapi kesian dekat binatang yang terkorban
Quote hyie 3-12-2018 12:44 PM
biasanya binatang dah dapat hidu dulu kan ...so iols anggap diorang dah lari dulu and selamat (nak sedapkan hati)
Quote ninja boy 3-12-2018 01:24 PM
Pindah tempat lain la, next time akan berulang
Quote Ketypurry 3-12-2018 01:39 PM
Sian kat hewan
Quote azwanaliori 3-12-2018 01:48 PM
Insuran cover x
Quote tapirbiru 3-12-2018 01:56 PM
pelik kan..mcm mana blh jd kebakaran besar besaran ni...
Quote bianglala 3-12-2018 02:04 PM
diorang lambat dapat arahan untuk evacuation. bandar Paradise tu ramai pulak pensioner yang duduk situ...

ni salah satu video yang menunjukkan cepatnya api merebak dan waktu pagi jadi macam malam. gelap segelap-gelapnya dek asap tebal
[youtube]SdsXZn7CQ_s[/youtube]
Quote riyadhK 3-12-2018 08:09 PM
bianglala replied at 3-12-2018 02:04 PM
diorang lambat dapat arahan untuk evacuation. bandar Paradise tu ramai pulak pensioner yang duduk si ...

Scary nya lahai
Quote hanalisa 3-12-2018 08:55 PM
udah padam kan wildfire ni, bulan Nov haritu.
85 orang terbunuh, 25 orang masih hilang.
Quote lolipopi 3-12-2018 11:07 PM
Nilai hartanah musti drop habiskn
Quote Decaffeinated 3-12-2018 11:53 PM
tapirbiru replied at 3-12-2018 01:56 PM
pelik kan..mcm mana blh jd kebakaran besar besaran ni...

California ni kering walau pun ada vegetation tapi very dry. diburukkan lagi dengan kemarau.
Harap2 Taman Negara Yosemite yang sangat cantik itu tak kena tempias lah. Kesan terbakar yang lama masih boleh dilihat di sesetengah tempat yang baru nak recover.


Quote Ferr_Remy 4-12-2018 01:01 AM
Seb baik umah Britney selamat fuhhhh. Btw ni cite dua bln lepas hahaha.
Quote soretos 4-12-2018 01:14 AM
Ferr_Remy replied at 4-12-2018 01:01 AM
Seb baik umah Britney selamat fuhhhh. Btw ni cite dua bln lepas hahaha.

Tu la aku dah hantar artikel ni since 15 Nov  resubmit balik baru lepas...hmmmm
Quote Orix 4-12-2018 01:30 AM
kebakaran Woolsey yang mengamuk di utara Los Angeles





Mati2 igt ada org nama Woolsey mengamuk smpai bakar hutan {:laugh
Quote DARSITA 4-12-2018 02:28 AM
Adatlah .. macam jugak yang duduk kawasan angin puting beliong/hurricane/banjir etc .. taip tahun musnah lepas tu bena balik.  
Quote soretos 4-12-2018 10:14 AM
Orix replied at 4-12-2018 01:30 AM
kebakaran Woolsey yang mengamuk di utara Los Angeles

hahahha..nama Woolsey tu diambil atas nama tempat atau jalan yg kena kebakaran tuh..easy tu remember

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 11:17 AM GMT+8 , Processed in 0.050268 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top