CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Sibuk Laungan Malaysia Baharu Tapi Makan Di Restoran Tak Pernah Kemas Dan Angkat Dulang!

22-11-2018 01:03 PM| Diterbitkan: Cari-Zidni| Dilihat: 4322| Komen: 15|Original author: Oleh: Whitney

Ramai rakyat negara ini yang lantang bercakap mengenai Malaysia baharu dan perubahan-perubahan besar yang perlu dilakukan agar negara mencapai tahap negara maju sebagai mana yang diinginkan. Tetapi apa yang menyedihkan, mentaliti rakyat masih berada di kelas ketiga yang mana mereka masih berfikiran cetek dalam hal yang remeh temeh. 


Kredit foto: Google (Gambar hiasan)
Mungkin sudah muak dengan laungan Malaysia baharu sedangkan sikap netizen sendiri masih ditakuk lama, seorang artis dan pengacara hebat, Aznil Hj.Nawawi atau lebih mesra dengan panggilan Pak Nil telah memuat naik satu status di akaun twitternya. Dia mengecam sikap segelintir netizen yang masih berfikiran sempit tetapi sibuk bercakap tentang Malaysia baru yang mungkin mereka sendiri tidak memahami apa maksud sebenarnya. 



Pemikiran rakyat pun masih kuno 
Nampaknya, ramai netizen yang bersetuju dengan status Pak Nil. Mengapa tidak? Rakyat hanya mahu melihat perubahan besar yang boleh dilakukan oleh para pemimpin dalam usaha memajukan negara sedangkan diri sendiri masih berfikiran sempit. Sudah tentu apa yang dirancang tidak akan berjaya dan mencapai objektif Malaysia baharu.  


Jika nak disenaraikan memang banyak!
Netizen turut menokok tambah sikap dan kelakuan negatif yang masih menjadi amalan rakyat negara ini. Jika hendak disenaraikan kesemuanya, memanglah banyak. Sepatutnya masing-masing boleh berfikir yang mana elok dan tidak elok serta menghormati antara satu sama lain. Betul tak? 


Buat sajalah sesuatu itu dengan ikhlas 
Bagi netizen ini, sama ada Malaysia baharu atau tidak, ia bukanlah suatu isu. Ini kerana, amalan yang baik sepatutnya diamalkan selalu tanpa mengambil kira negara ini berada di bawah kepimpinan mana-mana parti. Melakukan nilai-nilai positif dengan ikhlas dan mengharapkan ganjaran daripada Allah adalah lebih baik. 


Jadi, apa kata kita sendiri yang perbaiki diri dan mengamalkan nilai-nilai murni dan positif dalam diri selain menuding jari mencari kesalahan atau mengharapkan perubahan pada orang lain. Jika masing-masing sudah mencapai tahap pemikiran kelas pertama, sudah tentu Malaysia baharu yang dilaungkan itu dapat dicapai dengan mudah. Setuju tak? - CARI 

27

Bagus
16

Marah
19

Terkejut
22

Sedih
17

Lawak
22

Bosan

Friends Rank (123 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ayjay 22-11-2018 01:11 PM
Melayu baru celik media sosial beridolakan hasmiza dan alepsokri - education, adab semua tak penting tapi yg penting ialah duit dan penipuan
Quote awanearisu 22-11-2018 01:15 PM
Kepimpinan melalui teladan. Kadang-kadang rengsa juga melihat ibu bapa sendiri yang bersikap acuh tak acuh. Buang puntung rokok merata-rata, makan tumpah sana-sini tak lap. Sampah jatuh dibiarkan sahaja tak berkutip kerana ada "floor manager" yang berhampiran. Bila lif buka, dialah orang yang pertama meluru masuk tanpa beri peluang kepada orang di dalam untuk keluar terlebih dahulu.

Semuanya nampak sekecil-kecil isu, tetapi mata si kecil akan sentiasa memerhati dan meniru.
Quote buapakperut 22-11-2018 01:44 PM
iols angkat dulang tapi tunggu budak kfc tu g tempat lain dulu.walaupun muka slamber tapi iols malu2 gitew. pastu soh hasben g basuh tangan baby dulu sebab kalau heol nampak iol angkat dulang die tanye kuat2 "pesal angkat?" adui.memalukan heols
Quote AbukRokok 22-11-2018 02:25 PM
kau betul nak malaysia balu
kne buat revolusi





Quote BebeQ 22-11-2018 02:41 PM
Balik2 dulang yang dibangkitkan dengan malaysia baharu. Muak pulak aku.
Hadap sangat bila angkat dulang terus jadi maju.
Aku ni angkat dulang sendiri dari 20 tahun dulu, paknil pun tak angkat dulang time tu. Takde pula aku sibuk memperjuangkan dulang selama 20 tahun ni.
Quote SuriNate 22-11-2018 03:19 PM
Bosan lah ...udah2 lah tu nak kekal relevant in the industry
Quote chicozinn 22-11-2018 03:53 PM
tolong la tok anel, rentikan la zaman relevan ko da berakhir yachhh
Quote kucingitam 22-11-2018 03:54 PM
kau nak masuk simpang bagi signal tak? haaa...gitu..
Quote giyomi 22-11-2018 06:56 PM
masalahnya, rata2 yg duduk siap letak kaki atas bangku dlm bas, komuter o whatsoever is foreigner jijik phuiiii...dia org wat dunno jer klu tgk org tua atau ppuan ngandung berdiri. halau dulu mereka2 ni sebelum nak di panggil malaysia baharu
Quote PU-ndan 22-11-2018 10:22 PM
kan? berangan angkat dulang tu modern padahal tu maksudnya fast food restaurants tu understaffed. Dah la staff semua underpaid, diperah cukup2 oleh fast food restaurants ni. Boleh je hire cleaner OKU 4/5 orang rotate 3 shift ke. Profit berbillion2 fast food restaurants ni tp kedekut nak hire staffs. lepas ni nak tukar robot pulak replace staffs.

so lantak la yg ingat mulia sgt angkat tray lepas makan. Bg i diorang patut hire extra staffs and not expect patrons to clear their own tables. Ko ingat ko cantik bagi makan pree ke?

kalau akak kesian dkt staff then ye akak tolong angkat. at the price im paying right now at mcd, ko hirelah cleaning staff ye mcd.
Quote alien88 23-11-2018 09:36 AM
utk menjawab soalan pak nil, iolls naik bas beratur even naik lift pon utamakan org tua, mengandung dlu
que jalan raya pon ikut siap bg signal masa nk masuk simpang cuma angkat dulang tu xpernah lg
iolls sllu kemas sisa2 makanan, kotak, plastic dlm 1 tray, bg iolls buat apa ada staf fkt mcd, kfc utk bahagian cleaner kalau kita buat keja semua tu.. yes, ia amalan mulia tp nt org lain makan gaji buta,
sekian bebelan iolls utk Malaysia baharu
Quote msamyrazi 23-11-2018 10:20 AM
i kalau pi fast food chain or restaurant , mmg i tak akan angkat dulang sebab nanti kena marah ngan staff kat situ. cuma apa yg i buat adalah : ia kan bagi kemas sikit tempat yg i duduk tu , make sure bekas makan tu susun cantik dalam dulang . kalau ada tissue i akan buang dalam tong sampah terus . untuk menyenang kan staff tu jugak.
Quote syadail 26-11-2018 11:31 AM
I selalu angkat dulang kt kfc mcD. Tp tak pernah kena marah plak. Mmg ada yg kena marah ek.

I ols buat ni pun semenjak balik Korea dulu bila tengok kt sana semua depa bersihkan meja sendiri. I rasa terpukul sb pikir kalau org kapir bleh buat kenapa aku org Islam takleh buat. Patut contoh tu dtg dr aku. Buat malu je.

Lg satu rasa puas bila tengok meja kemas - samada dulang diangkat atau pinggan di atur elok. Hati rasa berbunga bayangkan org yg dtg nak duduk selepas tu akan rasa lega dan berterimakasih sb meja tk berselerak.
Quote Artemesiaa 26-11-2018 12:54 PM
Benar sepertiyang beliau perkatakan adap sopan dah makin menghilang yang banyak suka mengkritik dan judge orang lain pada hal sendiri pun tak buat seperti diperkatakan
Quote alesandra 26-11-2018 01:58 PM
BebeQ replied at 22-11-2018 02:41 PM
Balik2 dulang yang dibangkitkan dengan malaysia baharu. Muak pulak aku.
Hadap sangat bila angkat du ...

ni semua politik la.bukan psl morally wrong or right sgt pun

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 07:51 AM GMT+8 , Processed in 0.132282 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top