CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Ditelan' Mesir Pengisar Sampah Di Korea, Hancur Paha Hingga Kaki

22-11-2018 01:43 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 12104| Komen: 91|Original author: Oleh: Myra Rozi

Description: Seorang lelaki warga Malaysia nyaris menemui ajal selepas ditimpa kemalangan di tempat kerjanya, sebuah kilang kitar semula di Samseong Korea Selatan.
Seorang lelaki warga Malaysia nyaris menemui ajal selepas ditimpa kemalangan di tempat kerjanya, sebuah kilang kitar semula di Samseong Korea Selatan.

Daniel Arif Ahmad Fuad, 21 kehilangan hampir separuh anggota tubuhnya selepas 'ditelan' mesin pengisar sampah.

Foto: mStar Online
mStar Online melaporkan, mangsa baru sahaja dua bulan bekerja di negara tersebut dan kini keadaannya masih belum stabil.

Pihak hospital terpaksa memberikannya ubat tidur.

Menurut bapanya, Ahmad Fuad Yun, 52, 

"Saya dapat tahu daripada kawan-kawan dia yang berada di sana. Saya memang terkejut, tapi saya percaya dengan berita tersebut kerana kawan dia tu memang bersahabat rapat dengannya.


"Saya memang ada halang dia nak ke sana dulu (bekerja). Sedih tu... sesiapa pun akan sedih. Tapi, kita sebagai orang Islam, kita terima qada dan qadar Allah.'

Foto: mStar Online
Anggota badan Daniel sudah tidak dapat diselamatkan lagi dari paha hingga ke hujung kaki.

Ahmad Fuad dan isteri, Zainah Mohamad ketika ini sedang menguruskan dokumen berkaitan di Jabatan Imigresen sebelum meneruskan perjalanan ke Korea Selatan untuk melihat keadaan anaknya.

"Saya tak tahu nak cakap apa sekarang, saya cuma nak jumpa dia dulu je," katanya

Bagi yang ingin menyumbang, boleh menyalurkannya ke akaun Maybank ibu mangsa, Zainah bt Mohamad di nombor 1570-9000-3447.

Foto: mStar Online
Sementara itu, aktivis Malaysia yang enggan dikenali berkata, 

"Saya difahamkan, mangsa telah turun ke mesin pengisar tersebut untuk melihat punca ia tidak berfungsi seperti biasa. Namun, sambungan elektrik pada mesin itu telah pun dipadamkan.

"Mengikut kes yang biasa kita terima, kalau kes macam ini, mungkin ada benda yang tersangkut pada mesin itu.

"Tapi, tiba-tiba mesin itu bergerak sehingga menelan separuh badan mangsa." -CARI

14

Bagus
20

Marah
16

Terkejut
16

Sedih
19

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (98 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote RatuDunia94 22-11-2018 01:49 PM
Ya Allah... ngeri nyaaa..
Quote idakamaruddin 22-11-2018 01:50 PM
ya Allah dikkk..kesiannyeee....
Quote VirginLady 22-11-2018 01:52 PM
sedihnya..ya allah..subhanallah
Quote jahcomel 22-11-2018 01:53 PM
kesian dik...smoga dpermudahkan sgala urusan...dik xplu lh g keje jauh2 baik keje kt msia je. kt negara sdri lebih baik, kita dekat ngn kluarga, keje jauh2 x mnjamin mase depan y cerah...nih mak ayah nk gi sana msti prbelanjaan y banyak...
Quote tikusmontok 22-11-2018 01:59 PM






Quote DollahRepek 22-11-2018 02:03 PM
Kesian dgn nasib dia..semoga bertabah
Quote aHoi83 22-11-2018 02:04 PM
Ade permit keje tak ni??? Kalo takde company tanggung kos rawatan tak? I harap kes2 sebegini menjadi pengajaran utk rakyat malaysia yg dh jd PATI dkt negara org nun.
Takziah utk mangsa n family
Quote meklalala 22-11-2018 02:09 PM
ya Allah kesiannyaa..takziah la dik..semoga tabah terima ujian ni..
Quote DennisTrillo 22-11-2018 02:10 PM
MasyaAllah... hrp sgt urusan dia blk malaysia dipermudahkan
Quote chicozinn 22-11-2018 02:13 PM
gaji tinggi ke keja kat sana?xpe la, da nasib nak wat acaner..
Quote precious_chicas 22-11-2018 02:14 PM
"Saya difahamkan, mangsa telah turun ke mesin pengisar tersebut untuk melihat punca ia tidak berfungsi seperti biasa. Namun, sambungan elektrik pada mesin itu telah pun dipadamkan.



Agak meragukan disitu. Kalau ikutkan prosedur maintenance dalam kebanyakan industri, bukan takat local switch je kena put off, tapi individual breaker pun kena isolate di switch gear room then lock & tag. Baru org maintenance boleh buat kerja.
Quote Mary_jane 22-11-2018 02:15 PM
Kesiannya.
Quote talapia 22-11-2018 02:17 PM
Kat Malaysia takde ke keje setarap camni sampai dia sanggup ke Korea sane? Kalau keje engineer ke hape lainla citer..  smoga dipermudahkanlah urusan dia.. balik je la dik... seram sejuk perut mak bapak pikir anak keje jejauh... lagi2 lak keje2 berisiko tinggi... or keje2 tanpa permit. Sesia je nanti mak pak kena gadai tanah bagai semata2 nak tanggung segala kos ke sana
Quote myakayina 22-11-2018 02:22 PM
Ya Allah dik..kesiannya kamu.. tak dpt bygkan klu dia ditelan habis dek mesin tu..
semoga adik tabah.. hrp company dia keje ni boleh tanggung kos rawatan dia di sana..cuma tak tau dia ada permit ke tak keje tu..
Quote AbukRokok 22-11-2018 02:26 PM
keje kat korea sejuk
untung sabut dpt calon korea
repair genetik
Quote buapakperut 22-11-2018 02:40 PM
ya Allah kesiannye . berat dugaan mu dek. teringat citer 30 days without night yg vampire kene incinerate kat mesin ni
Quote Muntz 22-11-2018 02:42 PM
Ni kerja illegal lagi ker? Sampai bapak pun tak tau dia kerja kat sana?
Quote pokaibanktokyo 22-11-2018 02:50 PM
Hok alohhh
Quote moonbug 22-11-2018 02:57 PM
Ngerinya harapnya dia bukan illegal worker kat sana. Kesian mak bapak nak cari duit nak bawak balik ke sini, dgn kos rawatan apa bagai. Amik iktibar la yg lain, jgn tak dengar cakap mak bapak, pergi jauh-jauh tak bagitau.

Lihat semua komen(91)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 05:27 PM GMT+8 , Processed in 0.064536 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top