CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kalau Betul Berlaku Pindaan Laporan Audit 1MDB, Ini Memang Mengecewakan - KJ

26-11-2018 05:36 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3936| Komen: 20

“Banyak perkara yang tidak dilaporkan kepada jemaah menteri. Kalau betul berlaku arahan untuk memadamkan kehadiran Jho Taek Low di mesyuarat lembaga pengarah 1MDB ini adalah satu tindakan serius yang mengecewakan."


Demikian kata Khairy Jamaluddin berhubung dakwaan Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan pindaan Laporan Akhir Pengauditan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).


Kredit foto: Sinar Harian

Memetik Astro AWANI, Ahli Parlimen Rembau itu berkata banyak perkara mengenai 1MDB tidak pernah dimaklumkan Najib kepada jemaah menteri.

Malah, terdapat banyak pencanggahan kenyataan antara bekas perdana menteri dan Ketua Audit Negara, Tan Sri Dr Madinah Mohamad yang mengesahkan mengenai pindaan Laporan Akhir berkenaan atas arahan Najib, semalam.


“Laporan tidak boleh diarah untuk dipinda dan sebagainya. Saya sebagai menteri pun banyak kali kementerian saya disiasat diaudit ditegur dan kita terima sebab itu perkara biasa dalam kerajaan," katanya yang berharap kebenaran mengenai isu berkenaan segera terungkai. - CARI
15

Bagus
18

Marah
13

Terkejut
19

Sedih
15

Lawak
17

Bosan

Friends Rank (97 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zidane_ziege 26-11-2018 06:54 PM
Rekod Altantuya pon boleh kasi padam..apa la sgt dgn kertas Audit tu..
Quote Redvelvet3 26-11-2018 07:54 PM
Malas nak komen...diam jela...
Quote harizs 26-11-2018 08:25 PM
zidane_ziege replied at 26-11-2018 06:54 PM
Rekod Altantuya pon boleh kasi padam..apa la sgt dgn kertas Audit tu..

kan DSN dah cabar krjn PH buka semula kes Altantuya tu...  skrg PH dah pegang kuasa kenapa x buka semula kes??    apa yg nak disembunyikan? sengaja nak terus bermain persepsi ka?  bukak la balik kes tu.  
Quote harizs 26-11-2018 08:27 PM
Jawapan DSN

Amat ketara bahawa kerajaan PH hari ini menggunakan segala kuasa kerajaan, agensi kerajaan dan media di bawah kawalan mereka untuk terus mempengaruhi pemikiran rakyat demi memburukkan nama saya biarpun kes 1MDB menunggu perbicaraan di mahkamah.

Terbaru ialah dakwaan melalui kenyataaan media Jabatan Audit Negara pada pagi Ahad bahawa bekas pegawai saya pada awal tahun 2016 pernah cuba untuk menyembunyikan fakta bahawa Jho Low pernah menghadiri satu mesyuarat di 1MDB.

Selepas saya tiba dari Pekan melalui perjalanan kereta petang tadi, saya telah meminta peguam saya untuk mengeluarkan kenyataan bagi membalas dakwaan terbaru ini.

Saya akan muatkan di FB saya sebentar lagi.

Jika kita lihat secara teliti dan matang, Kementerian Kewangan di bawah saya telah menjawab melalui jawapan bertulis di Parlimen pada 21 Disember 2015 untuk mengesahkan bahawa Jho Low pernah menghadiri satu mesyuarat 1MDB tetapi hadir dalam kapasiti mewakili syarikat PetroSaudi dan bagi pihak Putera Turki.

Sebelum itu juga, fakta ini juga telah disahkan, dijelaskan dan dibincangkan di prosiding Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) pada 25 November 2015.

Kedua-dua pendedahan ini sudah berlaku sebelum tarikh yang didakwa oleh kenyataan media Jabatan Audit Negara bahawa berlakunya cubaan untuk menyembunyikan nama Jho Low di dalam laporan Audit Negara.

Amat jelas, tiada sebarang cubaan oleh kerajaan lalu untuk menyembunyikan dari ahli PAC ataupun dari rakyat tentang kehadiran Jho Low dalam salah satu mesyuarat 1MDB.

Saya bernasib baik bahawa ISA telah dimansuhkan dan saya masih belum didakwa terlibat dalam kes liwat.















Quote zidane_ziege 26-11-2018 09:33 PM
harizs replied at 26-11-2018 08:25 PM
kan DSN dah cabar krjn PH buka semula kes Altantuya tu...  skrg PH dah pegang kuasa kenapa x buka  ...

Sabar la..ada 5 tahun lagi nk pakai modal najib ni..guna sikit2 la supaya rakyat tak lupa..

Bukan mcm pembangkang..gelojoh..semua isu nk sumbat dlm kepala rakyat..lps 3 tahun sok modal pon habis..kah kah
Quote Joyahbedah 26-11-2018 09:51 PM
Lalang yg jijij
Quote cm_vungtau 26-11-2018 10:29 PM
KJ macam nak lepaskan diri aje
Quote kemaruk 26-11-2018 10:37 PM
Semua isu yang PH tuduh najib, semuanya kantoi

Semuanya..
Quote xy_daen 26-11-2018 11:25 PM
harizs replied at 26-11-2018 08:27 PM
Jawapan DSN

Amat ketara bahawa kerajaan PH hari ini menggunakan segala kuasa kerajaan, agensi ker ...

"Saya bernasib baik bahawa ISA telah dimansuhkan dan saya masih belum didakwa terlibat dalam kes liwat."


Secara x langsung Najib mengaku tuduhan liwat kepada Anwar itu palsu? Ke camner?
Quote harizs 26-11-2018 11:33 PM
xy_daen replied at 26-11-2018 11:25 PM
"Saya bernasib baik bahawa ISA telah dimansuhkan dan saya masih belum didakwa terlibat dalam kes l ...

Kena tanya atok suci tuduhan tu pelesu ke tak. Lupa ke yg atok suci ada tulis pjg lebar pasal Liwat 2.0 dlm blog che det. Wan jijah kan dah jd TPM hari2 jumpa atok kenapa x tanya terus bertentang mata.  Apa yg mhalang wan jijah dari tanya atok suci hati ke hati?
Quote xy_daen 26-11-2018 11:58 PM
harizs replied at 26-11-2018 11:33 PM
Kena tanya atok suci tuduhan tu pelesu ke tak. Lupa ke yg atok suci ada tulis pjg lebar pasal Liwa ...

Nuar masuk penjara kesalahan liwat zaman Najib la bebal...
Quote xy_daen 27-11-2018 12:00 AM
Macai buat2 lupa Nuart masuk penjara zaman atuk sebab salah guna kuasa arah polis stop siasatan report Umi Hafilda...


Dasar macai...
Quote harizs 27-11-2018 12:02 AM
xy_daen replied at 26-11-2018 11:58 PM
Nuar masuk penjara kesalahan liwat zaman Najib la bebal...

Baca la dulu apa yg atok suci tulis pasal Liwat 2.0 dlm blog che det tu..
Quote ultraline 27-11-2018 12:10 AM
kecewa kwn .. kene dgr jibby berkata setiap hari cn iklan.. i donno..i donno

Quote lumie 27-11-2018 12:37 PM
harizs replied at 26-11-2018 08:25 PM
kan DSN dah cabar krjn PH buka semula kes Altantuya tu...  skrg PH dah pegang kuasa kenapa x buka  ...

I think the implication of re-opening the case. Bkn je hubgn antara negara akn dingin. Malah silap2 ekonomi kita pn effected. Imej negara buruk dimata dunia. Nnti dorg boikot taknak ada apa2 kerjasama dgn malaysia. My two cent.. Initially i was hoping the same too
Quote biozipstar 27-11-2018 03:03 PM
kata dorang lepasni mebi DSN boleh je lepas dgn alasan kena scam sbb DSN bodo tak pandai urus duit.. pastu DSN pn trlepas. yg kena cuma jolow aje... sekian
Quote disneyrecess 28-11-2018 06:15 PM
kepam lahai kj ni
Quote am2020 29-11-2018 10:13 AM
Lantik suruhanjaya diraja jer...mahkamah mmg x leh caya...semua boleh pusing...madey tu..lgsg aku x caye
Quote bangcak 29-11-2018 10:56 AM
kemaruk replied at 26-11-2018 10:37 PM
Semua isu yang PH tuduh najib, semuanya kantoi

Semuanya..

bijak jugak teknik tu.
bg sinis skit konon nama jho lo takde.

.....berebut najib dedah FAKTA kisah "jho lo tipu najib" kat umum.

tapi macai masih tak hadam situasi.
dok pertikai laporan sedangkan motip utama nak paksa
najib tunjuk dpn macai sendiri mcm mana dia kena tipu.


Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 07:22 AM GMT+8 , Processed in 0.076183 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top