CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Jangan Ganggu Atlet Kita" - Reaksi Syed Saddiq Terhadap Isu Pakaian Patuh Syariah

27-11-2018 10:22 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 8526| Komen: 56

Description: "Sila hormat pilihan wira dan wirawati kita. Jangan ganggu mereka!"
"Sila hormat pilihan wira dan wirawati kita. Jangan ganggu mereka!"

Demikian reaksi Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Abdul Rahman berhubung kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Terengganu, Wan Sukairi Wan Abdullah mengenai pakaian patuh syariah bagi atlet negeri itu bermula tahun depan.



Foto: IG Syed Saddiq

"Beberapa atlet menghubungi saya secara peribadi mengenai isu ini.

"Saya akan mempertahankan mereka tanpa mengira pakaian mereka. Saya di sini kerana mereka. Tolong jangan ganggu mereka!" tulisnya di laman sosialnya, semalam.

Menurut menteri itu, langkah menetapkan pakaian syariah itu hanya dikhuatiri boleh menjejaskan masa depan sukan seperti gimnastik, renang, dan bina badan.

"Terdapat ramai atlet Muslim menyumbang pingat kepada negara termasuk Farah Ann Hadi (gimnastik), Nur Dhabitah Sabri (terjun) dan Sazali Samad (bina badan)," katanya.

Tambahnya lagi, jaguh basikal negara, Azizulhasni Awang yang menjadi juara dunia berasal dari Terengganu juga telah mencapai pengiktirafan antarabangsa tanpa mengira pilihan pakaian dikenakannya.



Pada Ahad, Harian Metro melaporkan Wan Sukairi berkata konsep pemakaian patuh syariah itu adalah selaras dasar kerajaan negeri yang meletakkan Islam sebagai tunggak pentadbiran.

Menurutnya, sebagai permulaan semua pemain bola sepak beragama Islam di bawah Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) akan menjadi perintis pelaksanaan konsep pemakaian patuh syariah itu.

“Kita mahu wujudkan kesedaran bahawa realitinya yang paling penting dalam sukan ini ialah bakat dan keupayaan mereka, bukan pakaian yang mereka pakai.


Foto: NSTP

“Contohnya pelari muda kita, Azreen Nabila sudah buktikan dengan berpakaian menutup aurat pun beliau mampu mengalahkan pelari lain yang berseluar pendek dan ini tunjukkan pakaian bukan halangan,” katanya seperti dipetik daripada Harian Metro. - CARI
25

Bagus
19

Marah
19

Terkejut
6

Sedih
8

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (83 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pokaibanktokyo 27-11-2018 10:42 AM
Kaki jilat kafir ada hati nak buat takrif patuh syariah. Jangan kacau ahli sukan la pundek
Quote lipans 27-11-2018 11:08 AM
jangan kacau. aku nak mandi ais.
Quote SWORKS27 27-11-2018 11:11 AM
biar la menteri PAS teganu tu x bagi pakai sluar pendek...nko dah kenapa menteri Sukan PH??
Quote JamesDeen 27-11-2018 11:26 AM
selama skuaq bola kita pakai seluaq pendek...tak pernah masuk world cup pun..tak dak beza pakaiikut syariat ka dak..yang penting bakat dan kemampuan hangpa atlet....wakakakakakkakakaka

lama tak dengaq syed soddoq bersuara....rindu dengan statement bowdow dia yang mengundang teguran muhyidin....equal wealth distribution and equal opportunity......equal justice fighter la lagu tu...wakakakkakakakakkakaka
Quote FOTHER-MUCKER 27-11-2018 11:33 AM
Suruh sahaja pak lobai jadi football player.
Quote dhiakandar 27-11-2018 11:48 AM
matlamat tak menghalalkan cara YB oiiii....haish apa nak jadi menteri2 PH sekarang ni
Quote zorrro_03 27-11-2018 11:58 AM
berbunyi lagi 'S' ni.   
Quote kucingitam 27-11-2018 12:38 PM
yelah, kang dia takleh jog pakai seluar pendek lagi..terasa la heols..
Quote tripleid 27-11-2018 12:41 PM
mcm team bola red warrior kelate lah..konon nak patuh syariah sgt main bola pn lutut kena katup.ujung2 jadi team sendu jah
Quote rosasen 27-11-2018 01:45 PM
dia buat utk atlet terengganu kan yg nak trigger sgt SS ni knape? dhabitah n gymnast tu bukan org trg pon so x kacau la.. tgk azreen nabila boleh je jd olahragawati br ni
Quote onexox97 27-11-2018 01:46 PM


napa makin dengan pas ganu ni
org luar takyah campur
yang taknak ikut sila wakili negeri lain ye
Quote idakamaruddin 27-11-2018 01:47 PM
rasa nak sepuk kepala mamat ni
Quote Buritan 27-11-2018 01:50 PM
Aku no komen.. dah mmg standard baju utk gimrama cam tuu nak buek cmn.. baju remang pun cam tuu..
Quote Buritan 27-11-2018 01:51 PM
melavad replied at 27-11-2018 11:37 AM
pakaian je elok, tapi ajak jantan lain dating dinner padahal laki kat sebelah, tarak guna jugak.

...

Sukan pun ade dating jugakke
Quote Buritan 27-11-2018 01:53 PM
rosasen replied at 27-11-2018 01:45 PM
dia buat utk atlet terengganu kan yg nak trigger sgt SS ni knape? dhabitah n gymnast tu bukan org tr ...

Ooo mcm tuu ke.. tak kaco pun nogori lain.. biarlaa pakai lobai pun main gimrama..
Quote Zaien 27-11-2018 02:00 PM
kalau ini "S" berckp.. benci aku.. mcm bgus2 je
Quote DollahRepek 27-11-2018 02:02 PM
Biar la atlet diaorg nk pakai apa pun..xeffect pun kembangan sukan negara..bengong punyer menteri
Quote biozipstar 27-11-2018 03:00 PM
susah juga kalau isu keagamaan diutarakan dalam sukan.

Lihat semua komen(56)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 08:03 AM GMT+8 , Processed in 0.255732 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top