CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Nikah Bawah Umur: Wajar, Selaras Dan Satu Keperluan Di Kelantan

29-11-2018 12:59 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3616| Komen: 21|Original author: Oleh: Myra Rozi

Termaktub dalam peruntukan Seksyen 8 Enakmen Keluarga Islam Kelantan 2002, perkahwinan bawah umur adalah wajar dan selaras dengan hukum syarak malah menjadi satu keperluan di Kelantan dengan syarat mendapat keizinan bertulis mahkamah.


Utusan Online melaporkan, tiada keperluan untuk meminda umur minimum pasangan beragama Islam di negeri ini iaitu 18 tahun bagi lelaki dan 16 tahun bagi perempuan yang telah ditetapkan dalam peruntukan enakmen tersebut.

Kenyataan tersebut adalah antara tujuh resolusi yang dicapai dalam Persidangan Meja Bulat Perkahwinan Bawah Umur : Penilaian dan Pendekatan Holistik anjuran bersama Kerajaan Pas Kelantan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jheaik) dan Pertubuhan Lepasan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (LUHAM) Kelantan.

Antara lain, Persidangan itu juga turut menolak Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCRC) dan Konvensyen Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW) yang mendesak agar kanak-kanak berusia 18 tahun ke bawah tidak dibenarkan berkahwin tanpa sebarang pengecualian.


Contoh kes nikah bawah umur
Tambah resolusi tersebut, “Dua konvensyen ini tidak sesuai dilaksanakan khususnya bagi orang Islam di Kelantan mengambil kira kebejatan sosial hari ini serta telah wujud-nya mekanisme ketat kawalan perkahwinan bawah umur yang telah diperuntukkan dalam undang-undang dan Piawaian Operasi Standard (SOP) yang digariskan.

“Kemaslahatan perkahwinan pasangan bawah umur hendaklah dinilai melalui penelitian menyeluruh daripada aspek kerelaan pasangan dan kesedia-an mendirikan rumahtangga seperti kemampuan, emosi, fizikal, mental, seksual, sosial, spiritual, kesihatan, pendidikan, sekufu dan sebagainya.”

80 peserta mewakili pelbagai jabatan dan institusi termasuk perkongsian beberapa panelis antaranya pakar undang-undang dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Datuk Noor Aziah Mohd Awal; Presiden Persa-tuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Datuk Zainul Rijal Abu Bakar dan Ketua Jabatan Perubatan Keluarga, Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP) Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Madya Dr. Rosediani Muhamad terlibat dalam persidangan itu.

Ia dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta negeri, Datuk Mohd. Nassuruddin Daud. -CARI
9

Bagus
14

Marah
8

Terkejut
12

Sedih
6

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (62 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote judicata 29-11-2018 01:22 PM
"Termaktub dalam peruntukan Seksyen 8 Enakmen Keluarga Islam Kelantan 2002, perkahwinan bawah umur adalah wajar dan selaras dengan hukum syarak malah menjadi satu keperluan di Kelantan dengan syarat mendapat keizinan bertulis mahkamah."

what the flying f? satu keperluan? keperluan kawen dengan budak bawah umur yang spenda pun mak apak dia masih belikan?
Quote buapakperut 29-11-2018 01:43 PM
memang perlu bile mak bapak tak reti didik anak jauhi zina,tau tambah adik je. minta dijauhkan keturunan kita dari zina. harap2 yang dikahwinkan awal tu pandaila bertanggungjawab,jangan besok lari ikut lelaki lain.
Quote bakingsoda 29-11-2018 02:07 PM
mmg satu keperluan....utk pedo!! umur minimum rasanya tak perlu pinda tapi untuk pengantin bawah 21 tahun, kena ada gap umur maksimum dgn pasangan, contohnya tak boleh melebihi 5 tahun beza umur. kiranya [16-21] - [20-25] . kalau sekadar naikkan umur minimum, 18 tahun boleh la kawen atok orang? 21 tu kira dewasa dah, lebih bebas buat keputusan sendiri. kalau ada percubaan jual anak dan anak tu tak suka boleh la memberontak.
Quote SissySembah 29-11-2018 02:11 PM
judicata replied at 29-11-2018 05:22 AM
"Termaktub dalam peruntukan Seksyen 8 Enakmen Keluarga Islam Kelantan 2002, perkahwinan bawah umur a ...

keperluan lah kot sebab nak ikut sunnah idola mereka rasullulah tenaga 10 jantan???
sebab kalau tk ikut sunnah tk cukup la islamnya.. baru sipi2 jah islam..
kesian ugama beribu tahun dulu yg cedok dari ugama lain pun masih nk ikut.

Quote Sham143 29-11-2018 03:10 PM
Dunia akhir zaman..banyak manusia mempergunakan agama @ pertopengkan agama utk kepentingan diri sendiri dn nafsu..
Quote palmolive 29-11-2018 03:12 PM
topik yg mengundang
Quote Aerhys 29-11-2018 03:19 PM
Kalau umur pasangan sebaya boleh lah diterima lagi... Ini gap umur pasangan terlalu jauh, isteri 11 tahun suami pula 40 tahun kan dah jadi kes menghalalkan pedofilia. Ramailah lelaki hamsap bertepuk sorak ambil kesempatan
Quote miemiecha 30-11-2018 10:05 AM
jiran mek x amik spm pom!!
nikah..
mek smpai skrg belum lagik..
aman2 jeh...
tapi lau umo 11 tahun nk suh nikah, mmg kenot brainlah weyhhh
Quote leylapple 30-11-2018 11:17 AM
miemiecha replied at 30-11-2018 10:05 AM
jiran mek x amik spm pom!!
nikah..
mek smpai skrg belum lagik..

masa iols 14 thn, ada jiran iols 14 tahun pun kawen.. bukan dgn orang tua...tp dalam umo 19-20 tahun jugak la....at that time, iols rasa laki tu pun dah ckp tua utk kitorang..

mak jiran iols tu ibu tunggal...baru nikah dgn bapak baru jadi tak nak jaga anak lama...thats why bila ada orang berkenan dgn anak dia, she was happy to marr the daughter off

kawan iols tu, umo 15 dah kendong anak... masa nak beranak, nurse ingat dia mangsa rogol.(tp mmg dia nikah dulu sebelum pregnant)

umo awal 20an, anak dah 4. laki takder keje...bukak stall jual sate dgn nasi lemak serta rojak... business mcm nie kadang2 untung, kadang2 ckp2 makan..esp kalau sehari tak bukak...

so husband dia nak bukak business kat tempat lain, ended up kena penyakit apatah terus meninggal..

yang jiran iols tu pulak mcm terumbang ambing... dgn anak2 bderet pulak..last2 kawen dgn sapa2 yg nak kat dia...penagih dadah pulak tu...

kena kejar along, kena pindah randah...

so iols sampai skrg tak nampak pun keindahan berlaki awal nie... dahla hilang zaman remaja, tak macam orang lain... PMR,SPM pun tak da nak minta keja kerani...


Quote taikor 30-11-2018 11:22 AM
leylapple replied at 30-11-2018 11:17 AM
masa iols 14 thn, ada jiran iols 14 tahun pun kawen.. bukan dgn orang tua...tp dalam umo 19-20 tah ...

Mak dah salah, masalah berterusan ke anak dan cucu cicit
Quote ninja boy 30-11-2018 11:25 AM
Mak pak nak melepas diri Dari tanggung makan minum anak, sama dgn mak pak dulu2 kawen sbb nak melepas diri. Baik ko  jahit dusbin  slps beranak sorang
Quote miemiecha 30-11-2018 11:43 AM
leylapple replied at 30-11-2018 11:17 AM
masa iols 14 thn, ada jiran iols 14 tahun pun kawen.. bukan dgn orang tua...tp dalam umo 19-20 tah ...

kan kakak mod..
kdg mek x faham yg gigih nk nikah awal ni..

alsan nk elak zina..
kemonlah..
mek kdg nk tnya, elak zina tp dah sedia ke yg akan dtg tu..
jiran mek tu,
alhamdulillah bahtera umahtangga dia smpai la ni ke hari ni mek tgk ok, sbb mek mmg kawan ngan famly n abg2 adik bradik dia..
tp yg mek pertikai, yg nikah umo 14/15/16, ujg2 cerai berai bawak blik anak umahmak pak..
dah bertambah bebanan...

mebi pd org nikah muda itu bgus..
tp andai bahtera tu d layar dgn cantik dan baik..
ye x semua akan hadapi mslh n mustahil x png bermasalah..

eh mek x reti lah nk luahkan, tp pada mek, belasan tahun bkn usia yg cocok utk menikah..
and pleaselah, jgn gunakan alasan nak kawen awl sbb nk ringankan beban korge..

and kawan opismet mek, dlu koje mahkamah syariah..
byak je kes umo muda jd janda duda..
nikah sbb nafsu, org nk nikah ko nak nikah..

kakak faham x ape mek smpaikan, sbb kdg mek punya penyampaian tu bengong2 sikit..

mek nk luah tp x pandai.. nk guna bahasa isyarat kang, lg payah..
Quote leylapple 30-11-2018 11:44 AM
taikor replied at 30-11-2018 11:22 AM
Mak dah salah, masalah berterusan ke anak dan cucu cicit

betul....

yang kesian si pompuan la... too naive to say no... muda2 dah kena fikir macam2.. ilmu nak hidup pun blm byk lagi nak fikir pasal anak2 kecik..

can u imagine kalau kawin dgn orang tua? nak jaga org tua kutuk tu lagi...nak kendong anak lagi...persekolahan anak2 lagi...

so aku tak nampak apa keuntungan kawin awal except to that pervert and pedo guys
Quote leylapple 30-11-2018 11:54 AM
miemiecha replied at 30-11-2018 11:43 AM
kan kakak mod..
kdg mek x faham yg gigih nk nikah awal ni..

iols paham....

kes ni bkn pada malay muslim jer... yg native kat sini pun byk kes mcm nie... paling kesian sbb di usia 30an dah byk anak...lain2 bapak... yg menanggung nya si emak...jadi anak2 dia kecik2 lagi dah kena keja as minah/mat kilang, buruh construction, jadi pelayan

kesian tau..tp apa nak buat sbb kebodohan mak pak diturunkan kepada anak2...

kalau lah si mak pak tu fikir tentang masa depan anak2... susah payah pun tetap nak pastikan anak2 bersekolah dan atleast dapat SPM..dgn SPM tu blh minta keja gomen jadi kerani, blh masuk tertiary education peringkat sijil...

tgk si adi konon budak genius math tu.. takder SPM pun menggelupur...nasib ada modal nak buat business dgn teori math dia tu...imagine budak2 yang tak reti membaca dan mengira dan takder UPSR?mcm mana nak upgrade hidup mcm nie?

tahun depan dah 2019. tak lama lagi tahun 2020...pun ada keluarga yang illiterate dan nikah awal.beranak macam tikus pastu masuk bersamamu...
Quote miemiecha 30-11-2018 11:59 AM
leylapple replied at 30-11-2018 11:54 AM
iols paham....

kes ni bkn pada malay muslim jer... yg native kat sini pun byk kes mcm nie... pa ...

part last msk bersamamu tu mek sokom lah.. sbb kbyakkan nya mmg camtu, mesian terlalu di sogok ngan mesian pipel lain nya yg baik hati n suka mmberi sedekah..

kebodohan tu mmg mek sokom gak, bebudak bru mna lah pnh blh pk mana betui man slh, mak pak suruh, ngikut jelah. pastu ujg2 poblem..

haihhhh
Quote leylapple 30-11-2018 12:07 PM
dah lulus akta yang membenarkan budak bawah umur nie bernikah, tlg luluskan jugak nafkah sara hidup pada anak2 atleaast rm1k per month per child kepada biological mum.

anak2 diwajibkan bersekolah sehingga atleast obtaining SPM cert

jgn pandai nak tabur benih jer bebanyak pastu tak ngaku anak pulak...

Quote axl_bach 2-7-2020 03:48 PM
Mungkin mampu menjawab persoalan berkaitan apa relevannya status Twitter Ahso Hannah Yeoh dgn lantikan Ahli PAS
Quote axl_bach 2-7-2020 03:49 PM
Mungkin mampu menjawab persoalan @ally9970
Quote palmolive 2-7-2020 03:50 PM
dua tahun dulu dh komen

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 10:06 PM GMT+8 , Processed in 0.210188 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top