CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Abang, Kakak Jolok Kerongkong Adik OKU Dengan Rotan

29-11-2018 02:56 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4276| Komen: 25

Description: Ke mana perginya belas ihsan dan kasih sayang antara adik-beradik apabila sanggup memperlakukan adik sendiri yang merupakan seorang kurang upaya (OKU)?
Ke mana perginya belas ihsan dan kasih sayang antara adik-beradik apabila sanggup memperlakukan adik sendiri yang merupakan seorang kurang upaya (OKU) dengan kejam?

Harian Metro melaporkan, seorang wanita OKU berusia 29 tahun menjadi mangsa dera abang dan kakak kandungnya di kediaman mereka di Taman Desa Aman, di Kulim.


Gambar Hiasan

Dalam kejadian, kerongkong mangsa dijolok dengan rotan sehingga berdarah selain dipukul sehingga lebam. 

Mangsa dipercayai didera sejak kecil dan kekejaman kakaknya berusia 33 tahun dan abangnya, 35, terbongkar selepas orang awam menyedari kejadian itu pada jam 2.30 petang Selasa sebelum memaklumkannya kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kulim, semalam.


Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ahmad Nasir Jaafar mengesahkan pihaknya menerima laporan daripada JKM mengenai kejadian.

Polis dan pihak JKM yang tiba di lokasi mendapati mangsa bersama ibunya berusia 50-an, membawa wanita itu ke Hospital Kulim untuk menerima rawatan.

“Siasatan juga mendapati mangsa adalah pelatih Pusat Dalam Komuniti Taman Desa Aman dan tinggal bersama ibu, abang dan kakaknya yang bekerja kilang, manakala bapa mereka sudah meninggal dunia.

“Mangsa juga dipercayai dijolok dengan rotan di kerongkongnya secara kuat sehingga berdarah selain terdapat kecederaan teruk di seluruh badan,” katanya.

Hasil pemeriksaan mendapati terdapat kesan luka dan kesan dera di seluruh badan selain kesan parut lama.

“Suspek sudah ditahan sebaik datang ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim untuk menyerah diri malam tadi.

“Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan mereka direman tiga hari bermula hari ini,” katanya.

Menurut laporan media, mangsa mengalami lebih daripada satu jenis ketidakupayaan. - CARI
9

Bagus
17

Marah
29

Terkejut
20

Sedih
8

Lawak
18

Bosan

Friends Rank (101 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote fushimi 29-11-2018 02:21 PM
babinya abang ngan kakak cam gini

meh sini aku jolok ko pulak
Quote gujiwa 29-11-2018 02:35 PM
“Suspek juga dipercayai dijolok dengan rotan di kerongkongnya secara kuat sehingga berdarah selain terdapat kecederaan teruk di seluruh badan,” katanya.


ape la pening bace berita lately.. mangsa tukar  suspek.. bahasa tatabahasa pun ke laut..


nak jaga OKU ni mmg perlukan sifat sabar..
kesiannye mangsa..
Quote jue10 29-11-2018 02:41 PM
KESIAN NYE DIA... knp lah buat mcmtu..
Quote Artemesiaa 29-11-2018 02:43 PM
Kejamnya perbuatan.  Ni akibatnya bila tak semua adik beradik boleh terima ada ahli keluarga yang oku.  Bila dah tak dapat menerima pasti akan jadi pendera.
Quote Burong_Hantuk 29-11-2018 02:57 PM
tak ada gamba kah???
Quote EvieWanKenobi 29-11-2018 02:59 PM
kesiannya.. kalau tak nak jaga, bagitau lah awal2..
Quote buapakperut 29-11-2018 03:05 PM
abang dan kakak tak oku tapi jadi syetonnirojim. perlu ke jolok kerongkong orang tu. kejam sangat . depan kawan2 dan sedara mesti purak2 baik.
Quote Remyda 29-11-2018 03:10 PM
Gambar aku takda
Sesiapa ada tepek lah
Quote albedah 29-11-2018 03:11 PM
Mak dia tak tahu ke
Quote awekjepun 29-11-2018 03:18 PM
Kesiannya.wahai kakak dan abg..korg tu msti ada gak genetik oku tu..tggu la saat anak korg jd oku plak.
Quote Supersirap 29-11-2018 03:24 PM
Sedihnya mendengar berita sebegini, harap pelaku mendapat balasan yang setimpal
Quote cammie1711 29-11-2018 03:42 PM
tolong cek kot2 kene rogol sekali ngan abg setan gondol tu.

kalau gini la korang nak buat dia nape tak dilemaskan dlm baldi masa kecik2 dulu

mmg syaitan korang ni

sesungguhnya oku2 ni adalah penghuni syurga

korang tak rasa bersalah ke wahai syaitan2?
Quote Kiah.comei 29-11-2018 04:10 PM
Allahu kesiannya adik ni kena dera. Mcm nak makan kalau kerongkong sakit .
Semoga org yg buat jahat kat adik ni dpt balasan nya..
Quote chicozinn 29-11-2018 04:15 PM
agreed..aku pun tkot mangsa kne sondol ngan abang setan dia ni..mujibaker tol perangai akk n abang dia ni
Quote moocoww 29-11-2018 04:38 PM
Mujur ada yg prihatin..
Quote Aerhys 29-11-2018 05:10 PM
Abang dan kakak yg mendera tu yg OKU sebenarnya. Manusia waras dan normal tak kan dera orang lain macam tu sekali.
Quote Remyda 29-11-2018 05:12 PM
Sekarang lambakan manusia yg bertopengkan syaitonnirrojim

Quote giyomi 29-11-2018 05:24 PM
sialan tul...tangkap dan sebat jgn dikasihani mereka berdua
Quote dodolgemok 29-11-2018 05:31 PM
Babi2 ni dah kenapa nak jolok2 org? Xpuas menjubo sesama sendiri ke? Mmg hanat yah!

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 06:05 PM GMT+8 , Processed in 0.284455 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top