CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

Lari Kerana Didera? Kucing 'Dodi' RM50K Milik Aliff Syukri Dijumpai Selepas Hilang..

5-12-2018 11:17 AM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 15425| Komen: 86|Original author: Oleh: Sang_pencinta

Setelah dilaporkan hilang selama dua hari kerana terlepas dari rumah, kucing baka Savannah milik usahawan Datuk Aliff Syukri yang dinamakan Dodi akhirnya dijumpai.


 

Kredit foto: mStar


Menurut Instagram beliau, kucing itu yang dikatakan bernilai RM50K dijumpai oleh orang awam di tepi jalan bersebelahan hutan di mana ianya mula-mula dilihat terlepas. Pihak Jabatan Bomba Daerah Petaling Jaya kemudiannya dihubungi untuk membantu menangkapnya dibantu oleh kakitangan beliau sendiri. Dalam video yang dimuatnaik oleh beliau, Dodi kelihatan tidak bermaya dipercayai tidak makan selama dua hari kerana sudah biasa makan makanan tersedia seperti daging dan ayam yang dipotong.


Kredit foto: Instagram


Kehilangan Dodi yang sudah dipelihara keluarganya selama 4 tahun itu mula-mula dilaporkan oleh Datuk Aliff dua hari lepas. Kucing baka Savannah adalah kacukan antara kucing domestik biasa dan kucing liar yang berasal dari benua Afrika. Untuk memeliharanya, seseorang perlu memohon permit dari Jabatan Perhindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN).

 


Menurut pihak berkenaan, sebarang pengendalian kucing kacukan seperti ini perlu kemahiran oleh itu pihak Bomba atau Perhilitan perlu dihubungi jika terjumpa sebarang kucing Savannah berkeliaran kerana penjagaan dan pengendaliannya perlukan kemahiran.

 


Ini bukanlah kali pertama kucing milik Datuk Aliff menjadi berita. Sebelumnya, kucing itu menjadi kontroversi apabila pihak berkuasa menyerbu rumah beliau berikutan terdapat aduan awam melaporkan kemungkinan berlaku penderaan haiwan. Dodi ketika itu dikurung di dalam tandas. Berikutan serbuan itu, ‘kediaman’ kucing itu kemudian dinaiktaraf ke premis baru di kediamannya di Kota Damansara.

 

Harap Datuk Aliff Syukri mengambil iktibar bahawa habitat binatang liar adalah di hutan dan bukannya di rumah. - CARI 

10

Bagus
12

Marah
7

Terkejut
8

Sedih
11

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (55 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote newyork 5-12-2018 11:21 AM
Sampai kucing pun lari.. tak payah bela la ..
Quote annehuda 5-12-2018 11:23 AM
tengok muka kucing tu mcm stress plak balik kt tuan die
Quote goss79 5-12-2018 11:26 AM
sian kucing tu...
Quote prettyuglybabe 5-12-2018 11:26 AM
bodohnya penjaga dia..
nak cuci kandang biar pintu tak lock?
dah la kandang kecik macam tu..
menganiaya binatang je..
semoga dapat balasan satu hari nanti..
Quote kucingitam 5-12-2018 11:29 AM
dah kenapa gi pulangkan balik kat si tok lip...kucing tu sendiri dah stress dok rumah besar tapi tak bahagia..
Quote Sang_Pencinta 5-12-2018 11:30 AM
Kucing tu macam tak happy pula jadi peliharaan Dato Aliff

Bukan macam kucing domestik biasa yang bermanja2 dengan tuannya
Quote hzln 5-12-2018 11:32 AM
kucingitam replied at 5-12-2018 11:29 AM
dah kenapa gi pulangkan balik kat si tok lip...kucing tu sendiri dah stress dok rumah besar tapi tak ...

rumah tuan dia ajer besar mcm istana
kandang kucing sekangkang kera
aku paling pantang tgk org yg kunun2 sayang menatang
tapi duk kurung macam banduan
bodo namampos
Quote Sang_Pencinta 5-12-2018 11:34 AM
Aku doakan kucing tu terlepas balik, boleh??


Tapi kucing tu membesar diberikan makanan, masuk hutan tentu tak pandai memburu macam kucing liar lain
Quote Spicymami 5-12-2018 11:43 AM
Saje letew nk buat video yutube viral. Kejam
Quote akuMNdia 5-12-2018 11:47 AM
toklip ni spesis bodoh ke kedekut?
dodi patut dapat rumah kucing yg selesa utk dia bergerak
Quote HujanBatuTiga 5-12-2018 11:49 AM
Sakit aku tgk leher dodi kene pegang mcm tu {:yameteh
Quote kibodwatriuh 5-12-2018 11:54 AM
pray for dodi
Quote slyfynx 5-12-2018 11:58 AM
Walaupun aku kesian kt kucing tu
Boleh x x payah amik tau pasal family batak perhatian ni.
Lantak die la
Sbb kite bagi publisiti free je kt die ni.
Pastu die leh riak lg dpt duit byk dr google
Quote kucingitam 5-12-2018 12:00 PM
hzln replied at 5-12-2018 11:32 AM
rumah tuan dia ajer besar mcm istana
kandang kucing sekangkang kera
aku paling pantang tgk org y ...

betoi...member aku buat rumah kucing pun beribu...rumah batu lagi..tu pun kucing2 local je duduk situ..


Quote saviour_09 5-12-2018 12:02 PM
murang?

seriously?
so called jotawan ni eja murang?
Quote ALDRIN 5-12-2018 12:08 PM
Kucing heols ni larik sbb meluat tuan dia pondan ke camne??? Terjerit2 mcm anu tersepit zip....
Quote buapakperut 5-12-2018 12:09 PM
konon macam pak arob la ada cheetah sebagai pet. iols tengok depressed dodi ni, kesian sangat. ko bela che ta je
Quote myakayina 5-12-2018 12:12 PM
buapakperut replied at 5-12-2018 12:09 PM
konon macam pak arob la ada cheetah sebagai pet. iols tengok depressed dodi ni, kesian sangat. ko be ...

klu dibelanya cheetah mau kena ngap dah toklip ni dek stress..
Quote buragazz 5-12-2018 12:13 PM
Baka ni diam nya  dalam kawasan hutan mana la tak stress..

Lihat semua komen(86)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 07:21 PM GMT+8 , Processed in 0.053765 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top