CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bekas Pemain Bola Sepak Negara Terpaksa Hidup Bergelandangan

4-12-2018 05:02 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 10667| Komen: 69|Original author: Oleh: Myra Rozi

ABekas pemain bola sepak kebangsaan era 90an bagaikan hidup bergelandangan di Jalan Hang Lekiu, Kuala Lumpur sementara menunggu tarikh pembedahan memasukkan perentak jantung tahun ini.

Lelaki berusia lewat 40an itu terpaksa tidur di kali lima setiap kali datang ke Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).

"Simpanan semakin berkurangan, sebab itu lebih lapan bulan saya menjalani hidup sebegini setiap kali datang ke Kuala Lumpur untuk menjalani rawatan di Institut Jantung Negara (IJN), saya tidak mampu untuk menyewa hotel maka terpaksa tidur di kaki lima ini. 

"Saya bukanlah penghuni tetap di kaki lima memandangkan saya cuma berehat dan tidur dalam tempoh tertentu sahaja (beberapa minggu dalam sebulan).

"Sejurus selesai sesi rawatan, saya akan pulang ke kampung, apapun inilah nasib saya sekarang," katanya seperti yang dilaporkan Mingguan Malaysia.

Gambar Hiasan

Kesukaran hidup bekas pemain posisi pertahanan yang pernah mewakili beberapa pasukan negeri itu bermula sekitar tahun 2009 apabila dia disahkan menghidap penyakit jantung.

Penyakitnya bertambah kronik sejak tiga tahun lepas.


Nasib anak kelahiran Pulau Pinang yang pernah bekerja sebagi buruh selama setahun bertambah malang apbila tidak boleh bekerja lagi kerana penyakitnya.

Walaupun menjadi gelandangan sementara, dia boleh menguruskan hiduonya dengan baik dengan menggunakan kemudahan awam seperti surau dan masjid untuk membersihkan diri dan bersolat.

Dia kini sudah bercerai dan memiliki tiga anak yang sedang belajar, terma-suk seorang daripadanya sedang menuntut di salah sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

"Ketiga-tiga anak saya tidak tahu saya hidup begini, saya tidak mahu mereka tahu kesusahan saya, takut mereka susah hati pula." -CARI

14

Bagus
11

Marah
23

Terkejut
25

Sedih
11

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (98 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Syd 4-12-2018 12:34 AM
Ingat lagi tak?
Quote Syd 4-12-2018 12:36 AM

Isnin, 3 Disember 2018 | 8:27pm

Bekas pemain mahu bantu Salahuddin
Oleh Firdaus Hashim

[email protected]

KUALA LUMPUR: Kesempitan hidup dialami bekas pemain kebangsaan era 90-an, Salahuddin Che Rose segera mendapat perhatian bekas-bekas pemain Harimau Malaya bagi membantu meringankan beban tonggak pertahanan itu.

Salahuddin, 50, difahamkan kini hidup bergelandangan sekitar ibu kota selepas tidak berkerja ekoran menghidap penyakit jantung sejak 2009 menyebabkan dia tidak boleh melakukan pekerjaan berat.

Menurut wakil bekas pemain kebangsaan, Malek Rahman, dia dan rakan-rakan yang lain terkejut dan berasa simpati selepas mengetahui nasib malang menimpa Salahuddin.

"Selepas laporan media mengenai Salahuddin, kami beramai-ramai khususnya daripada skuad Projek Barcelona 1992 mahu membantu memulihkan kehidupan rakan kami itu.

"Buat pengetahuan, sudah ada sebuah syarikat swasta mahu membantu dan menyalurkan bantuan kepadanya.

"Cuma masalahnya kami tak tahu dia sekarang berada di mana. Kalau boleh saya nak jumpa dan serahkan sendiri kepadanya bantuan itu," katanya kepada Sukan NSTP, hari ini.

Bermain di posisi pertahanan, Salahuddin adalah antara anggota skuad Barcelona Babes yang dibentuk khas oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada 1990 dengan sasaran layak ke Sukan Olimpik 1992.

Kegagalan projek itu menyaksikan skuad berkenaan dibubarkan dan semua pemain pulang mewakili pasukan negeri masing-masing namun Salahuddin disambar Pahang.

Selepas dua tahun bersama Pahang serta menikmati kejuaraan Piala Malaysia pada 1992, dia kembali ke pangkuan Pulau Pinang pada 1994 dengan tawaran gaji RM12,000 sebulan, satu jumlah yang dianggap besar ketika itu.

Namun tsunami rasuah melanda bola sepak negara ketika itu menyaksikan Salahuddin turut ‘sangkut’ dan digantung seumur hidup oleh FAM, sesuatu yang sangat dikesali olehnya sehingga sekarang.
Quote noraidil_06 4-12-2018 12:40 AM
Pernah dengar nama, tp koi x keney
Quote Syd 4-12-2018 12:40 AM
Rasuah membawa padah!

Salute pada kawan-kawan ahli sokan yang tebal semangat setiakawan nya
Quote Syd 4-12-2018 12:41 AM
Ada pic dia tido gelandangan tu.

Sat cari balik.

I dah tgh mlm baru teringat. Padahal siang tadi dah baca
Quote LostStar 4-12-2018 12:53 AM
Sadisnya.. punca rasuah jek..
Quote slyfynx 4-12-2018 12:55 AM
...kembali ke pangkuan Pulau Pinang pada 1994 dengan tawaran gaji RM12,000 sebulan, satu jumlah yang dianggap besar ketika itu.


Even skrg pun aku rase jumlah yang besar. Nampak no miskin aku neh
Quote hasniey 4-12-2018 01:40 AM
Bru je trpikir org main bola kan byk duit.xlan xde simpanan.rupanye kene buang sbb rasuah.so x cukup la tu simpanan dia smpai mermpat.
Xpelah pakcik.anggap balasan dosa yg lepas.tu kwn2 pon nk bantu.harap lebih sihat lps ni
Quote VespaSilbe 4-12-2018 02:09 AM
Sakit jantung kronik tu nak kena buat apa?
Bypass? Stern? Valve?
Kalau kronik mesti doktor dah set tarikh nak operate.
Geram betul aku bila tulis sakit jantung je.. macam pian cecupak.
Quote VespaSilbe 4-12-2018 02:17 AM
Lagi satu.. ijn tolong orang susah. Kos rawatan ikut pendapatan.
Quote pyropura 4-12-2018 03:15 AM
Sportsman pun kena sakit jantung? Kat situ aje kita dah tau ini semua salah individu tu sendiri
Quote otai_g 4-12-2018 03:20 AM
pyropura replied at 4-12-2018 03:15 AM
Sportsman pun kena sakit jantung? Kat situ aje kita dah tau ini semua salah individu tu sendiri

penyakit x kenal siapa bang. dr pun ada yg obesiti dan ada penyakit darah tinggi, kencing manis.
Quote pokaibanktokyo 4-12-2018 05:47 AM
Barcelona babe
Quote mea 4-12-2018 07:21 AM

Sumber:Facebook

bolasepak.jpg
Quote NBM 4-12-2018 07:44 AM
silap masa lampau dia yg dia pun dah menyesali kot. tapi kena check jugak betul2 tu betul ke sakit jantung sampai jadi gelandangan sementara, aku tak rasa teruk beno hospital kita walaupun aku tau nak dpt treatment kena tunggu berjam2 la jugak tapi takde la sampai berhari2
Quote gaara_X 4-12-2018 08:09 AM
jangan dipersalahkan lagi apa yang telah berlaku dan dia telah menghadapinya....so pihak berwajib perlu tampil membantu....
Quote little_sis 4-12-2018 08:14 AM
glemer kan dia dulu aku igt lg time aku skolah dulu..
Quote ifanonline 4-12-2018 08:16 AM
malas kerja ni...bangla takde tangan pun boleh angkat batu
Quote Syd 4-12-2018 08:34 AM
ifanonline replied at 4-12-2018 08:16 AM
malas kerja ni...bangla takde tangan pun boleh angkat batu

Abang Ipan,

Apa cakap.macam nih?

Lihat semua komen(69)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 02:48 AM GMT+8 , Processed in 0.057760 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top