CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Subjek Sejarah Sekolah: Media Digesa Betulkan Laporan Isu 1MDB

4-12-2018 12:48 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2743| Komen: 11

Description: “Laporan media memetik seolah-olah Dr Maszlee mengatakan kes 1MDB akan dimasukkan ke dalam silibus subjek Sejarah Malaysia adalah tidak tepat."
“Laporan media memetik seolah-olah Dr Maszlee mengatakan kes 1MDB akan dimasukkan ke dalam silibus subjek Sejarah Malaysia adalah tidak tepat."


Setiausaha Akhbar kepada Menteri Pendidikan, Shahrul Aman Mohd Saari menafikan menterinya, Dr Maszlee Malik merancang memasukkan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB ) ke dalam silibus subjek Sejarah di sekolah, lapor Harian Metro.



Tegasnya, Dr Maszlee tidak merujuk kepada sukatan pelajaran, sebaliknya beliau merujuk kepada sejarah Malaysia secara am.

Shahrul menggesa pihak media memperbetulkan laporan berhubung dakwaan itu.


Kredit foto: IG Maszlee Malik

“Ketika menjawab soalan tambahan YB Pontian (Datuk Seri Ahmad Maslan), Dr Maszlee hanya menyebut isu 1MDB akan dimasukkan dalam sejarah Malaysia.

“Soal sama ada ia akan dimasukkan ke dalam silibus terserah kepada jawatankuasa kajian kurikulum Kementerian Pendidikan.

“Kerjasama media dipohon agar membuat pembetulan bagi mengelak kekeliruan dalam kalangan masyarakat," katanya dalam satu kenyataan, hari ini. - CARI


11

Bagus
9

Marah
9

Terkejut
15

Sedih
9

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (67 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote slyfynx 4-12-2018 01:01 PM
Soal sama ada ia akan dimasukkan ke dalam silibus terserah kepada jawatankuasa kajian kurikulum Kementerian Pendidikan.


In a way, kalau boleh nk jgk la masuk silibus?
Quote bangcak 4-12-2018 01:48 PM
sejarah2 penipuan alfonso di albukaki tu dah bleh digugurkan.
byk penemuan2 terkini yg dah disahkan palsu seperti hasil2 tulisan
tun sri lanang yg mengaku upahan portugis pon dah bleh digugurkan.

sudah tiba masanya kita sisipkan 'sejarah berdata lengkap' buat
generasi baru.

takde la dorang dok main sebut 'kalau...mungkin...' sbg fakta.
Quote pagaruyung 4-12-2018 01:56 PM
ramai menteri kona baring skang ni
Quote pai.kacang 4-12-2018 04:49 PM
i tot sejarah ni hanyalah untuk perkara yang telah berlaku. bukannya perkara yang sedang berlaku,... n dalam kes 1mdb ni pun.. okt belum lagi dijatuhi hukuman bersalah pun. yang x sabo sangat tu nape?
Quote ashilalat 4-12-2018 05:04 PM
Yg dh terbukti bersalah di mahkamah dan dh jalani hukuman sbb kes liwat x nk masuk silibus ke? Yg kes masih berjalan kat mahkamah, ko pulak acah2 hakim jatuh hukum kata org bersalah?

Bodo punya munteri, ko bg statement pastu ko kata media yg salah. Cepat la ko mampos.
Quote meisapoya 4-12-2018 05:49 PM
Nanti, kisah nya tergantung lah kan sebab kes masih berjalan. Ke macam mana? Kalau tergantung, i tak sokong. Nampak sangat gopoh. Isu dipolitikkan lebih2, bukan nak buat pengajaran.
Quote lonso 4-12-2018 05:58 PM
yg patut diperbetulkan sejarah tanah melayu.. kerajaan2 yg wujud... n sejarah yg mana skrg byk penemuan org melayu dulu hebat dalam teknologi dan kerajaan yg bukan cikai2... yg patut diperbetulkan sejarah yg cakap melayu asal dari yunan.. sdgkan dah ada penemuan siap ada bukti dna.. melayu lebih lama dari kamu2 lain.. tamadun sungai batu kene masuk dalam sejarah.. mereka yg berhaluan kiri ygs elalu dianggap salah patut masuk dalam sejarah .. sbb tka semua haluan kiri ni salah..

yang patut diperbetulkan bukan sejarah melaka aja ada.. banyak kerajaan2 besar yg lain yg wujud dekat di tanah melayu ngan borneo.. sampai tahap budak2 tak paham sejarah sebab banyak lompat2 ajar....
Quote CiliPadiSedap 4-12-2018 10:18 PM
bangcak: sejarah2 penipuan alfonso di albukaki tu dah bleh digugurkan. byk penemuan2 terkini yg dah disahkan palsu seperti hasil2 tulisan tun sri lanang yg men ...

Alfonso pernah pergi sekolah pakai kasut hitam stokin pink. Buktikan tali kasut alfonso warna rainbow atau hitam? ( Soalan aras tinggi kebat)
Quote CiliPadiSedap 4-12-2018 10:19 PM
lonso: yg patut diperbetulkan sejarah tanah melayu.. kerajaan2 yg wujud... n sejarah yg mana skrg byk penemuan org melayu dulu hebat dalam teknologi dan kera ...

Dino2 ckp founder apple bukan steve job tp orang melayu keturunan arab syeikh al dino cap lipton
Quote hussaini4675 6-12-2018 02:23 PM
Menteri yoda cuba menegakkan benang basah. Kantoi kot cakap dalam parlimen. Ada hansard dan rakaman video la.
Quote dizekni 6-12-2018 02:48 PM
dah lebih 6 bulan PH pegang kuasa

Apa kesalahan sebenar isu 1MDB, dan siapa individu2 yang patut disalahkan
pun tak tahu lagi hujung pangkal

dok kitar semula mainkan persepsi rakyat je sejak 2014

ada hati nak masukkan dalam silibus sejarah malaysia konon

ahaha

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 02:23 AM GMT+8 , Processed in 0.086882 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top